Khamis, 10 Jun 2010

Hari Penuh Debaran...

Hari yang paling menakutkan dan mendebarkan.Sekali lagi saya menduduki ujian memandu.Walaupun berdebar-debar, namun saya bersikap tenang.Walau apa pun keputusannya nanti, saya reda.13 haribulan ni lesen L saya akan tamat tempoh untuk dua tahun.Ya Allah,bayangkanlah berapa kali saya sudah membayar untuk melanjutkannya namun lesen memandu belum juga diperoleh.Tension memang sudah ditahap maksima namun apalah daya saya.Semalam sempat saya solat hajat agar semuanya berjalan lancar.Doa ialah senjata terakhir saya.Paginya saya sampai agak lewat berbanding sebelumnya, namun sesi ujian belum bermula lagi.Di sana saya berjumpa lagi dengan beberapa sahabat baru yang telah mengambil ujian dua minggu lepas tetapi kandas macam saya.Sebaik sahaja saya berada di tempat ujian, saya melihat dua orang anak murid yang juga mengambil ujian motosikal.Saya cuba bertenang dengan membaca rabbi yassir wala tuassir.Apabila tiba giliran saya membuat ujian bukit,tiba-tiba jantung saya berdebar kencang dan keadaan itu sememangnya mengganggu tumpuan saya.Baru saja kereta nak bergerak,tiba-tiba enjin mati.Dua kali keadaan begitu berlaku.Kali ketiga barulah saya dapat mendaki bukit,itupun agak perlahan.Setelah menekan sedikit pedal minyak,saya berjaya melepasi garis kuning.Lega sedikit rasanya.Setelah petugas JPJ memberi isyarat untuk menuruni bukit,saya mula mengatur strategi yang diajar oleh cikgu sebelum ini.Tekan pedal minyak hingga 2.5,kemudian lepaslan cekam perlahan-lahan sehingga meter menunjukkan angka 1.5 dan kemudian tambah sedikit minyak agak seimbang.Baru sahaja kereta bergerak sedikit, enjin mati lagi.Saya panik lagi tetapi petugas JPJ masih memberi pelepasan kepada saya kerana masa masih ada dan tayar masih dalam garisan kuning.Dua kali keadaan sedemikian dan kali ketiga barulah saya dapat menuruni bukit dengan jayanya.Sebelum ini tidak pernahpun berlaku sedemikian.Saya berjaya juga melepasi ujian bukit.Semasa saya menandatangani borang untuk ujian bukit, saya masih panik dan suara tak terkeluar semasa saya mengucapkan terima kasih kepada petugas JPJ.Selesai ujian bukit memberi semangat untuk saya meneruskan ujian yang seterusnya.Alhamdulillah,saya berjaya menjalani ujian.Penat menunggu giliran,akhirnya giliran saya tiba jua.Saya memandu dengan hati-hati.Sampai sahaja di selekoh untuk masuk ke sekolah memandu,tiba-tiba enjin mati lagi.Terpacul di bibir saya,Ya Allah Ya tuhanku.JPJ lelaki yang berada di sebelah hanya diam seribu bahasa sambil menulis sesuatu di borang.Nasib baik tak ada masalah untuk meneruskan perjalanan.Ada dua lagi selekoh yang agak membimbangkan kerana kawasan litar memandu ini sebenarnya berbukit.Doa rabbi yassir wala tuassir meniti lagi di bibir saya supaya saya dapat melepasi dua selekoh lagi.Alhamdulillah,walaupun terasa seakan terbabas sedikit semasa melalui dua selekoh itu namun kepantasan kaki menekan brek, akhirnya saya berjaya memandu hingga ke penamat.Semasa menandatangani borang ujian,saya hanya melihat angka 17/20 sahaja di borang itu tanpa sempat meneliti kesalahan yang dilakukan sebelummemberikannya kepada prtugas di kaunter.Angka itu sudah memberi gambaran gembira.Jam 3.20 barulah saya selesai mendudki ujian memandu.Alhamdulillah,kini saya lega daripada bebanan yang amat berat walaupun amat penat...

Tiada ulasan: