Khamis, 31 Mei 2012

Bilik Tidur Kanak-kanak Lelaki

Bersemangatnya nak mendeko bilik Ammar dan Adib ni.Selagi tak selesai kerja yang satu ni,tak ada mood nak menyambung menanda kertas peperiksaan.Alhamdulillah,siap sempena hari lahir Adib.Mereka pun bersemangat nak melihat almari baru dan suasana bilik mereka.Sampai saja almari tu hampir jam satu tengah hari tadi,tak sabar-sabar mereka nak mengisi pakaian di dalam tu.Tanpa disuruh,mereka dah mendahului maknya.Kebetulan pula Akmal sedang tidur,elok sangatlah tu.Kebetulan pula hari ni hari lahir Adib yang kelima,bilik yang dah siap ni bolehlah dikatakan hadiah sempena hari lahirnya walaupun belum pasti mereka akan tidur dalam bilik ini memandangkan keddua-duanya memang penakut.Walaupun begitu,bilik ini perlu disempurnakan supaya kerja-kerja melipat pakaian makin berkurangan.Bilik ini juga boleh dijadikan bilik tetamu jika ada saudara yang bertandang.
sempat lagi beraksi semasa susun baju sendiri


asalnya hanya satu tempat gantung tapi diminta tambahkan satu lagi.adib punya yang ini...

bila dah digantung baju,ngam-ngam sahaja tempat gantung baju tu...kalaulah satu lagi ruang tu ditambah penggantung,cukuplah untuk baju Akmal nanti...

inilah bilik saya...hadiah hari lahir..kononnya nak cari almari sebegini di Perabot Bahagia tapi kedai yang biasa pergi tu dah berpindah tempat...tak tahu tempat baharu,di V Seng Perabot saja almari ni dibeli

katil bujang saja sebab bilik tak luas tapi tilam dua dan boleh ditarik keluar serta boleh dibawa ke mana-mana saja. jimat ruang.


katil dari sudut pintu.maklumlah bilik sempit,nak abil gambar penuhpun tak dapat...


kosong lagi di dinding tu.tak sempat lagi nak beli wall stiker

Tiada ulasan:

Catat Ulasan