Khamis, 29 November 2012

Kabinet Dapur

Lagi perkongsian gambar daripada majalah terbitan Karangkraf iaitu Dapur Impiana dan Impiana.Memandangkan binaan dapur bagi rumah teres sekarang agak sempit walaupun rumah agak luas,kita mesti peka terhadap kriteria bagi mewujudkan kabinet dapur yang baik.

Takkanlah setahun digunakan,nak runtuhkan untuk bina yang lain bagi mencari keselesaan.Sebelum bina,perhati dan kaji dahulu.Jangan serah bulat-bulat kepada orang yang membinanya kerana kadangkala mereka tidak tahu kesesuaiannya dengan kita.Contohnya ketinggian kita,citarasa kita...

selesakah urusan memasak dengan keluasan antara singki dan dapur yang sangat terhad?ada orang tiada masalah tapi pada saya.saya akan pasti jarak singki dan dapur agak jauh supaya ada ruang untuk meletak perkakasan memasak.
masalah yang sama,tetapi jika ini saja pilihannya,kita perlu menerima seadanya

yang inipun cantik juga tetapi singkinya jauh dengan dapur pula.apa-apapun masih ada ruang di sebelah dapur untuk meletakkan sayur,dan bahan-bahan mentah yang lain


putih dan hitam...gabungan yang menarik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan