Selasa, 27 November 2012

Rumah Lama(1)

Semasa membelek-belek majalah Impiana edisi 83 Julai 2006 yang lalu,ada satu rumah yang seakan-akan sama dengan rumah yang pernah saya duduki semasa baru-baru kahwin dulu.Apabila sudah memiliki seorang anak,keluasan rumah yang sangat sempit itu sudah tidak selesa untuk kami kerana rumah itu sangat sempit berbanding dengan rumah ini.

Apa boleh buat,saya hanya menyewa rumah itu dan terpaksalah menerima seadanya kekurangan rumah itu.Jika rumah sendiri,sempitpun tiada masalah kerana kita boleh membuat apa-apa sahaja termasuklah mengubahsuainya.Disebabkan rumah itu ialah rumah abang ipar dan pernah diduduki oleh abang ipar dan adik ipar yang lain sebelum ini,maka banyak barang yang ditinggalkan di situ.

Berdikit-dikit saya mengemas dan membuang barang-barang daripada tiga orang pemilik yang tidak diperlukan lagi.Saya juga cuba mengubah perabot yang ada untuk mencari keselesaan dalam rumah itu.Itu sajalah yang mampu saya buat.Pernah suami agak terkejut  melihat beberapa perabot kecil telah saya ubah.Mana tidaknya, masuk saja ke rumah,tiba-tiba berubah wajah.

Sekarang,dia sudah tidak kisah jika keadaan susun atur perabot berubah kerana dia sudah lali dengan perangai saya yang selalu tidak boleh diam.Paling tidak,dia akan bising apabila barang-barangnya tidak dijumpai setelah saya selesai kerja mengemas rumah.

Jom cuci mata melihat dekorasi rumah ni.Rumah secantik ini,sempitpun tak kisah dah...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan