Rabu, 13 November 2013

Duka, Ada Penawarnya


Semalam,masuk ke bilik guru dengan lenggang kangkung kerana sangkakan akan berkursus PBS hingga petang tapi rupa-rupanya tengah hari sudah habis.Alhamdulillah.Sejam 'dok saja' bak kata Mat Saja dalam cerita Bini-biniku Gangster.
Hari ini,misi nak menyiapkan minit mesyuarat dan menulis laporan KPJ kerana kena hantar pada minggu ini juga.KPJ satu-satunya kelab yang dipantau di peringkat PPD dan orang yang dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan laporan ialah saya kerana saya ketua guru penasihatnya.Agak terkilan kerana format yang diberikan tidak boleh digunakan kerana emel dihantar melalui pdf.Terpaksalah buat format sendiri.

Dah siap minit mesyuarat dan aktiviti KPJ,tiba-tiba baru perasan thumdrive yang digunakan untuk menyimpan fail tersebut hilang dan tak tahu tempat letaknya.Puas mencari tapi tak jumpa,stressnya.Dahlah tak simpan dalam komputer riba kerana windows 8 dan microsoft word tidak serasi.Rasa macam nak menjerit saja tapi cuba juga bertenang dengan singgah di kantin, bungkus neskafe ais.
Saya cuba cari lagi dalam poket tas tangan.Semua barang dikeluarkan.Poketnya pun saya keluarkan.Ohhh...baru tahu ke mana hilangnya thumdrive tu.Poket yang berzip tu dah tembus.Bukan sembarangan tas tangan rasanya.Bukan beg tangan RM 30 tapi Alfio Raldo pun tak tahan juga.Baru hari Jumaat lepas beg tu dibeli.Nasib baiklah thumdrive tu ada di bawah beg.Alhamdulillah.Dugaannya hari ni. 
Alang-alang dah poket tas tangan tembus,saya mulalah terfikir betul-betul nak simpan beg kecil dalam beg tangan.Selepas singgah di Kedai 2 Ringgit, terpandang majalah Keluarga di kedai runcit.Sajalah membelek-belek.Muka surat yang dibelek,macam biasalah ruangan Dekorasi kerana nak tengok gambar rumah dalam majalah tu cantik atau tidak.Lepas tu,terbelek ruangan di atas pula.Macam kenal je rumah ni.Haaa...rumah sayalah ni.Lamanya.Keluar juga rupa-rupanya.Terus hilang stress sepanjang hari.Senyum pun memanjang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan