Selasa, 25 November 2014

Memfailkan Dokumen-dokumen Semasa

Sambungan untuk projek memfailkan dokumen.

Catatan sebelum ini yang disimpan dalam draf dengan tidak sengaja diterbit.Padahal nak buat satu saja catatan untuk projek fail ni tapi tersalah terbit pula.
Dalam catatan sebelum ini,failnya  lain.Bila dah jadi,failnya lain pula.Itulah,bila ditenung-tenung semula,tak menariknya fail tu,dahlah besar pula tu.Masa beli,memang fikir yang tebal dan besar akan menjimatkan tapi bila nak buat,rasa macam tak sesuai pula.Tak terfikir pula fail untuk PBS yang dibeli sendiri untuk sistem fail di sekolah dah tak digunakan lagi kerana PBS yang terkini tak memerlukan cikgu menyimpan evidens pelajar.Pihak sekolah manalah nak menyediakan fail untuk cikgu.Nak sistematik,kena keluarkan wang sendiri.Jadi,fail tebal tu,fail PBS manakala fail yang nipis tu fail pelajar.Dia dah masuk ke Kolej Vokasional,ditinggalkan fail sejarah begitu saja.Menyemak mata,nak dibuang sayang,saya guna semula.Sekarang,fail ni dah ada isinya tapi belum sempurna lagi.Banyak bahagian yang masih kosong,perlahan-lahanlah proses mengemas rumah dan mencari surat-surat yang terselit.
kebetulan kertas berbunga tu ada dalam simpanan.gunakan saja.Kertas berbunga,kertas A4,alat tulis mesti ada untuk hiasan kelas.

di bahagian tulangnya perlu ditulis tajuk supaya senang nak nampak..tiada masalah untuk mencetak kerana dari 2006 lagi saya dah guna komputer untuk menulis Buku Rekod Mengajar.sekarang,kalau ada apa-apa masalah tentang pencetak,hantar ke kedai saja.

bahagian dalamnya.penanda tu dibahagi dua...nak jimat.tapi,fail ni tak disediakan pembahagi tu.pembahagi tu diambil daripada fail lama
fail ni akan diletak di depan pintu utama.ada rak buku di situ.lecehnya guna fail macam ni kerana kena buka satu-persatu kalau nak masukkan bil di bahagian bawah..

Untuk menyimpan dokumen kereta,rumah dan sijil-sijil yang ada,dokumen-dokumen tu dah ada rumahnya yakni failnya tersendiri.Hanya dokumen-dokumen itu saja yang melalui proses pemfailan pada awalnya tetapi dokumen-dokumen lain agak berterabur.Sekarang,alhamdulillah,semuanya dah tersusun cuma kena pastikan proses penyimpanannya dilakukan secara berterusan.In sya Allah...

Nota kaki:Teringin untuk kumpulkan sijil-sijil yang dapat di sekolah tapi sekarang ni kena mendobi dan menyimpan baju dulu.Pagi esok nak bertolak ke Terengganu.Mudah-mudahan dipermudahkan kerana sekarang musim hujan..Beli tiket bas pun kena melepasi hari Selasa supaya dapat tengok Setitis Kasih Darmia dulu...

5 ulasan:

  1. Wah cantik bunga2 lg.

    Patutla, enSuami saya kertas PBSnya bsepah je kat rumah.
    Rupanya kena beli fail sendiri yek... adoi, nasib cikgucikgi sekarang, huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya minta pelajar beli...kita minta duit dengan budak tapi tak bolehlah pula guna untuk tujuan peribadi.PBS yang lama memerlukan perekodan kerana ada borang untuk setiap pelajar,sebab tu beli fail...Nak senang beli sendiri semua peralatan.kalau tak digunakan,boleh digunakan untuk peribadi...

      Padam
  2. da beberapa idea sama dgn yg ni..mmg ramai suka idea mcm gini..terbaekkkk sis :)))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jimat wang dan ruang...sebab tu suka cara ni...

      Padam
  3. Salam sis telah memenangi pakej 1 Home Binder by susunatursioca...:)

    http://susunatursioca.blogspot.com/2015/01/pengumuman-pemenang-cabaran-bulanan-11.html

    Nanti sis emel info nama utk front page ke yuzai_angah@yahoo.com k :)

    Tahniah and terima kasih sis ^*

    BalasPadam