Jumaat, 3 Julai 2015

Persiapan Raya

Cepatnya masa berlalu.Sudah pertengahan puasa.Seperti tahun-tahun lepas,masa sekarang memang kalut di sekolah dengan pelaksanaan PT3 Sejarah.Minggu depan pelajar perlu siapkan semua tugasan.Maka,cikgu-cikgunya keraplah pinjam-meminjam masa guru lain untuk mengejar pelajar supaya dapat menyiapkan tugasan seperti yang dikehendaki.Bila dah ada penambahan masa,memang sangat penat terutamanya pada bulan puasa seperti ini.Sampai di rumah,memang akan lena dulu sebelum ke dapur.
Sehingga kini,memang tak ada masa nak mengemas rumah untuk raya.Nak deko-deko,lagilah tak sempat.Nasib baiklah baju Melayu untuk anak-anak dah beli lama.Pada bulan April lagi di Hari-Hari.Nasib baik dapat beli yang ok.Jika lambat,tak dapatlah nak cari yang agak baik sikit.Untuk baju Melayu anak-anak,saya memang beli yang bukan cekak musang kerana anak-anak cepat panas.Tema tahun ni warna-warni kerana nak kitar semula sampin yang hanya pakai sekali setahun.Jadi,sampin tak perlu beli,pakai saja yang mana-mana ada.Setelah GST,ternyata baju Melayu agak mahal.
Biskut raya?Biasanya tak beli banyak kerana tiada orang nak makan.Beli ala kadar sahaja.Biasanya banyak beli kerepek kerana itu pilihan yang digemari.Nak buat biskut raya?Jangan mimpi di siang hari.Di rumah ni memang tak ada oven.Oven bukan satu kemestian,apa tah lagi bila tak ada tempat nak letak di dapur.Memang tak terfikir nak membeli oven pun sekarang ni.
Akmal dah pakai kerana nak mencuba.Nasib baik lengan seperti itu,tak perlu dijahit bila lengan agak panjang kerana boleh dilipat dan butangkan

antara baju Melayu yang ada di Aeon Big Kota Damansara masa dalam cuti tempoh hari.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan