Memaparkan catatan dengan label Berpantang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berpantang. Papar semua catatan

Khamis, 9 Februari 2012

Berpantang

Catatan ini untuk melihat perkembangan Akmal dan aktiviti penting yang dilakukan sepanjang tempoh berpantang;
Hari ke-5
Luka pembedahan mula berdarah.Tak pernah pula terjadi sebegini.Bila petang,penuh bahagian seluar.Tak boleh jadi ni.

Hari ke-7
Saya ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya tapi doktor tersebut berkata tiada apa-apa.Luka tersebut hanya dicuci saja tanpa membuat apa-apa untuk menutup luka tersebut dan mengelakkan darah keluar.Kesalnya.

Hari ke-9
Darah masih keluar lagi.Tiada jalan lain,terpaksa ke PPUM.

Hari Ke-10
1.Pusat Akmal dah tanggal walaupun saya tidak berbuat apa-apa kerana kali ini saya tidak menggunakan set bersalin Salindah,maka tiadalah minyak tersebut.Kebiasaannya saya menggunakan minyak khas tersebut untuk merawat pusat bayi.Tak sangka juga agak cepat pusat Akmal tanggal.

2.Akmal juga sudah mula berjaga malam.Jam 3 pagi dia mula buka mata.Jika tidak,tidur memanjang.

3.Akmal juga dah berjalan-jalan hari ni.Itu gara-gara nak mendaftarkan Adib ke tadika.Dia langsung tak mahu ikut bila sebut saja ke sekolah.Dia sebenarnya agak takut nak ke taska kerana dua kali telah digigit oleh kawannya.Antara taska dan tadika/sekolah,dia masih keliru.Demi nak memujuknya, terpaksalah saya ikut bersama kerana dia akan ikut jika saya juga pergi.Lepas ke tadika,pergi ambil Ammar di sekolah agama dan selepas itu singgah pula di pasar raya.

4.Pendarahan pada luka pembedahan masih lagi ada walaupun tidak banyak seperti sebelum ini.Nampaknya tak ada lagi cara yang dapat menutup bukaan jahit itu.Perut juga sudah kembali kepada biasa,tak buncit sangat dah

Hari Ke-11
1.Adib mula masuk tadika hari ni walaupun agak lambat.Mati-mati dia tak mahu ke sekolah walaupun puas dipujuk sedangkan sebelum dia sibuk nak beg,buku dan kasut seperti abangnya Ammar.

Hari ke-18
Temujanji dengan doktor di PPUM.Akmal terpaksa ditinggalkan bersama sepupunya yang merupakan anak buah suami.Sebelum ini tak pula ada temujanji.Keliru juga,nak tengok bayi atau maknya.Terpaksalah saya menelefon ke PPUM sehari sebelumnya untuk memastikannya.Temujanji jam 2 petang,jam 1 lebih kami dah bertolak dan sampai dalam jam 2.20.Lengangnya klinik masa tu.Pekerjanya pun relak saja nampaknya.Jika waktu pagi,tempat duduk yang disediakan penuh dengan orang.Hanya ada seorang saja bayi masa tu,orang yang datang untuk menerima rawatan pun tak ramai.Tak sampai 10 orang.Jika macam nilah selalu,alangkah bahagianya.Dalam jam 3.05 petang,saya sudah selesai berjumpa dengan doktor.Luka pembedahan agak baik dan mengambil masa untuk baik sepenuhnya.Lega bila doktor kata begitu.Masa balik,sempat juga beli baju untuk Akmal memandangkan kebanyakan baju yang dibeli merupakan saiz yang agak besar.Tak banyak pilihan yang ada,hanya dapat beli dua pasang saja.

Pantang Hari ke-20
Temujanji lagi hari ni di klinik jantung pula.Jam 9 lebih baru bertolak tapi temujanji jam 11 pagi.Bila sampai,Ya Allah,ramainya orang.Sebenarnya,saya sendiripun tak tahu tujuan saya ke sini hari ni sama ada kena buat ECHO atau jumpa doktor.Sampai saja di klinik perubatan,saya terus meluru di kaunter untuk buat temujanji ECHO.Pekerja di situ memberitahu bahawa saya perlu ke kaunter 2.Kali kedua rasanya saya datang untuk berjumpa doktor tapi dah lupa prosedurnya.Terpaksalah tengok keadaan dulu supaya tak keliru sangat nak buat apa.Tapi pada mulanya saya main terjah saja kaunter 2 seperti yang ditunjukkan oleh pekerja di bahagian temujanji untuk ECHO.Pekerja dikaunter 2 pula meminta saya mengambil nombor dulu.Macam itukah?Kenapa ramai sangat yang berkerumun di kaunter 2 tu?Saya pun pergi jugalah.Rupa-rupanya kena ambil nombor pula untuk jumpa dengan doktor apabila nombor tadi dipanggil.Bila dah dapat nombor untuk berjumpa dengan doktor,tunggulah sehingga nombor tersebut dipanggil pula.Sebelum tu,kena ambil tekanan darah dulu.Entah macam manalah sistem nombor giliran,sejam menunggu barulah nombor yang bermula dengan 6 dipanggil.Sebelum ini hanya nombor yang bermula dengan 4 dan 5 saja yang dipanggil.Menunggulah saya sambil menonton tv yang dipasangkan di klinik tu dengan bosannya.Jam 1.30 tapi nombor saya belum dipanggil.Nombor giliran untuk pesakit yang datang waktu petang pula dipanggil sedangkan nombor pesakit yang datang dari pagi tadi belum juga habis.Jam 2.40 barulah nombor saya dipanggil.Bila masuk saja ke bilik doktor,doktor tu pula berkata,dalam pantang lagi ye,tak datang pun tak apa.Berderau darah mendengar kata doktor tu.Masuk dalam tu hanya bersembang,
bukannya nak perisa jantung macam mana.Sekurang-kurangnya periksalah nafas.Geram betul.Dahlah anak di rumah ditinggalkan agak lama, perut lapar pula tu.Dugaan betul hari ni.Macam buat kerja sia-sia saja.

Hari ke-26
Akmal mula ada tabiat baru iaitu tidur meniarap.Bila dia sukar untuk tidur,cara meniaraplah dia akan lena.

Hari ke 28
Lucunya perangai Akmal hari ini.Pada tengah harinya pak ngahnya datang,dia tidur selena-lenanya tanpa mencelikkan matanya sekejap pun.Bila saja pak ngahnya balik,barulah dia membukakan matanya.

HAri ke 41
Hari yang paling lama dia merengek untuk tidur iaitu dari jam 3-8 pagi.Mengantuknya saya.

Seronoknya Berpantang dan Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa:3 bulan saja...

Hari ni dah habis berpantang selama 40 hari.Pengalaman berpantang untuk kali terakhir ni memang menyeronokkan walaupun saya hanya berpantang cara koboi.Tak laratlah nak betul-betul berpantang.Dahlah berpantang seorang diri saja tapi taklah susah kerana ini dah kali kedua saya berpantang sendiri.Ada hikmahnya juga luka pembedahan berdarah semula pada hari yang kelima.Apa tidaknya,hingga hari yang ke-40 pun suami masih masuk ke dapur, anak-anak juga dia yang uruskan.Saya hanya uruskan yang kecil sahaja, itupun beri susu,tukar lampin dan berjaga malam tapi untuk mandikan Akmal,suami yang buat.

Sebelum ni,saya saja yang asyik ajak makan bila sudah siap memasak.Kali ini, suami pula yang panggil saya makan bila dia siap memasak.Masa suami sedang sibuk-sibuk memasak di dapur,saya bersenang-lenang dalam bilik menghadap notebook ataupun tidur.Bestnya rutin masa sedang berpantang ni.

Itu disebabkan luka masih belum baik,jika tak rasanya masa berpantang kali ini akan sama seperti sebelum ini.Kebiasaannya, minggu ketiga saya sudah masuk ke dapur untuk masak, untuk diri sendiri juga.Memanglah tak susah nak masak untuk orang berpantang,tapi prosesnya yang menyebabkan rasa renyah.Jadi,tepatlah jika saya katakan setiap perkara yang terjadi itu ada hikmah di sebaliknya.

Isnin, 16 Januari 2012

Berpantang dengan Shaklee

Saya ditegur oleh suami kerana keluar rumah semasa berpantang.Peliknya,tak boleh keluar rumahkah semasa dalam tempoh berpantang?Tempoh hari semasa hari ke-10,kita dah bersiar-siar banyak tempat di perumahan ni kerana nak mengambil anak di sekolah.Kenapa pula masa tu,boleh?Peliknya...Untuk berpantang tidak keluar dari rumah,sememangnya saya pasti tidak boleh ikut kerana saya manalah boleh terperak di dalam rumah saja.Walaupun jarang-jarang sekali keluar berjalan-jalan,tetapi tidaklah bermakna saya tidak keluar dari rumah langsung.Sekurang-kurang akan keluar dari rumah untuk menyedut udara di sekitarnya.Itu wajib rasanya.

Setahu saya,selepas bersalin,kita perlu berpantang makan benda2 sejuk tujuannya supaya urat tak kembang dan berpantang drpd buat keja berat utk mengembalikan tenaga & menguatkan rahim yg sedang dlm proses mengecut.Beberapa perkara penting tentang berpantang iaitu:

@Keluaran darah nifas, darah bantal dan darah bayam yang lancar selepas bersalin akan menentukan kembali kejelitaan dan kesihatan ibu

@Cara bertungku yang salah akan menyebabkan masalah lain seperti mulut peranakan tidak menghadap saluran faraj atau terpusing ke belakang. Ini boleh menyebabkan sukar untuk hamil atau jika hamil kerap keguguran

@Demam bentan urat berlaku jika menggunakan tenaga secara berlebihan ketika masih berpantang. Rawatan mengurut hanya akan memburukkan keadaan.

@Gila meroyan adalah kesan daripada darah bantal yang tidak keluar dengan sempurna, berkumpul dalam rahim dan menjadi busuk.

Untuk berpantang kali ini,saya mengambil set Shaklee yang mengandung 5 vitamin dengan harga RM 150.
(1) B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.
(2) Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
(3) Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.
(4) Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.
(5) Calcium-Magnesium with Vitamin-D (Shaklee OsteMatrix). Boleh membantu mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu. Bagi yang menghadapi masalah sukar membuang air besar, boleh ambil Lecithin kerana ianya tidak mengganggu penyusuan bayi, serta melancarkan sistem penghadaman dengan cara yang lembut sekali.

Percubaan set C Shaklee ini bertujuan untuk menambah susu badan dan melawaskan pembuangan air besar.Setakat ini pembuangan air besar tiada masalah walaupun prosesnya tidak hari-hari.Sebelum ini,terpaksalah ambil ubat sembelit untuk memastikan prosesnya senang tapi sekarang tidak perlu lagi.

Masalah kekurangan susu masih lagi berlaku memandangkan saya baru makan kesemua vitamin ini.Sebelum ini,hanya vitamin untuk memulihkan luka yang didahulukan kerana terlalu banyak ubat yang perlu dimakan,makanya terpaksalah dahulukan yang dirasakan penting dulu.