Rabu, 16 Mac 2016

Baju Batik Songket

Dah lama saya beli kain batik songket.Cadangnya nak dijadikan baju raya tahun ni tapi tak ada fesyen yang sesuai memandangkan sehelai kain batik songket warna ungu dah dijadikan kain manakala bajunya disesuaikan dengan kain kosong bercorak sulam yang kakak beri.Nak dibuat baju,kain batik songket tu bercorak sangat,tak sanggup pula nak memakainya.Terpaksalah google untuk cari baju yang tak berfesyen sangat tapi bukan baju kurung biasa.Bolehlah jamu-jamu mata dengan fesyen yang ada ni.












Selasa, 15 Mac 2016

Jalan-jalan ke Shah Alam

Boleh dikatakan hari ni jalan sampai lebam kaki.Apa taknya,dari Aeon Shah Alam yang besar tu menapak dengan kereta ke PKNS tapi parkir kereta di SACC Mall.Senang nak balik jika parkir kereta di situ sebenarnya.
Pada mulanya nak ke Romantika selepas selesai urusan di PKNS tapi entah macam mana boleh singgah di Aeon dulu baru ke PKNS Shah Alam.Masa sampai di Aeon,pintu masuk belum dibuka lagi dan banyak parkir kosong.Setelah sejam lebih meronda dan jalan-jalan dalam Aeon,perut pun dah lapar.Memang ada banyak tempat makan dalam tu tapi tak saya lebih suka makan di PKNS.Masa nak keluar,ramainya orang.Nasib baiklah saya sampai awal,tak perlu nak pening-pening fasal parkir.
Hampir jam 12 tengah hari saya sampai di SACC Mall,parkir di situ masih lengang.Suasana yang agak berbeza kali ni.Mungkin ramai yang bertumpu di Aeon agaknya.
Suasana dalam Aeon.












Suasana di kedai Giftmine,PKNS.Tercuci duit sekali sebab berkenan dengan pinggan hijau yang berpenutup tu.RM 89 harganya.









Di Romantika,penyangkut yang kecil ni dah tak ada.Sebenarnya saya mencari penyangkut besar sikit saiznya tapi memang tak ada.Yang ada hanya yang kecil ni saja.Lihat daripada deko yang digantung,penyangkut tu muat pula tapi bila nak buat sendiri di rumah memang tak muat.Jurukedainya benarkan ambil penyangkut yang digunakan untuk pamer hiasan tu kerana stoknya memang dah tak ada tapi masih tak muat juga dengan saiz pinggan yang ada.Mungkin kena cari di kedai Romantika lain agaknya baru ada penyangkut tu.


Ke Rawang Tonton Wayang

Hujung minggu lalu saya ke Rawang lagi kerana membawa anak-anak menonton wayang Boboiboy.Sebenarnya ambil peluang nak jalan-jalan,menonton wayang tu hanyalah alasan saja.Ok jugalah sekali keluar dapat buat banya perkara.Pilihan yang ada ialah wayang di Setia Alam, Space U8 dan Aeon Rawang.Antara tiga tempat tu,Space U8 paling dekat tapi tak seronok nak jalan-jalan di situ,terpaksa masuk Shah Alam pula.Kalau di Setia City Mall memang seronok tapi bila beli tiket secara atas talian, hanya wayang di Aeon Rawang saja yang ada.Makanya,ke Rawang lagilah.Pertama kali mereka ni tengok wayang.Bukan budak-budak saja pertama kali masuk wayang,saya pun sebenarnya pertama kali masuk panggung wayang.Macam tak percaya pula.Memang saya diasuh tidak bersosial seperti ini.Zaman belajar di U dulu pun memang saya tak jejak ke panggung pun sebab kaki saya lebih suka ke perpustakaan hujung minggu.

Wefie dulu sebelum masuk Aeon kerana bangunan tu belum dibuka lagi masa kami sampai.Nak ke mana kalau tak tunggu dalam kereta dulu.

Bila dah sampai,ramai pula orang.Nasib baiklah saya dah beli tiket malam tadi secara atas talian.


Inilah rupa tiket kami.Saya hanya cetak saja dan tunjukkan di pintu masuk,Seronoknya...caranya,google saja "beli tiket wayang online".tapi saya beli di sini.Mudah saja.


Lepas dah tonton wayang,anak-anak nak pula beli komik ni.Beli sajalah di Popular.

Masa nak balik,sempat singgah di Eco Shop RM 2.tol dah mahal,alang-alang nak datang semula ke sini.Bertambahlah lagi koleksi hijau saya.


Ke Tesco Rawang Pula

Masa kali kedua ke Rawang tu saya tak pula singgah ke Sakan kerana duit tak banyak dalam poket.Nak cucuk duit pula tak tahu tempatnya lagipun masa tu saya ke sana dengan seorang akak.Segan pula singgah mana-mana,kalau seorang bolehlah saya panjangkan langkah.Makanya,ternampak-nampaklah alas kerusi tu.Dahlah ukurannya sangat sesuai,murah pula tu RM 17.90 untuk satu alas.Jika nak bandingkan dengan alas kerusi merah ni,harganya sangat mahal.Sekarang, alas merah ni dah jadi nipis.Tak berbaloi dengan harganya yang mahal.
Memang kena pergi.Bila masuk ke Tesco,jumpa lagi dengan instant shawl yang murah di kedai kain Takzim.

Bila dah masuk Sakan, alas kerusi hanya tinggal dua sahaja,ralatnya.Kena cari lagilah ni.Misi ke Sakan Tanjung Karang mungkin.Ke Tanjung karang,boleh singgah di Romantika pula..




Yang lama ni dah nipis..

Alas Kaki dan Karpet di Sakan Rawang

Salam cuti...
Agak lama juga blog ni menyepi.Apabila nak buat catatan,gambar dalam telefon tiada dalam Photos,makanya terbantutlah hajat nak tambah catatan di blog.Agak lama ambil masa untuk adakan mood semula hingga hari ni baru sampai mood untuk kemas kini blog.
Penghujung tahun lalu,bukan main lagi saya bertekad nak mencari alas kaki sempena pertandingan #dapurdrksk hingga ke Tesco saya pergi walaupun dah tahu di Sakan ada alas kaki yang murah tapi terasa jauhnya Sakan tu,saya mencari di tempat yang dekat walaupun harganya agak mahal.
Tapi,dalam hati memang nak sangat jejak ke Sakan tu.Nak minta encik suami bawa ke Sakan,memang tidak mahunya dia kerana manalah dia suka saya ni boros berbelanja.Jadi,sabarlah wahai hati.

Nak dijadikan cerita, penghujung bulan Februari tempoh hari saya ditugaskan untuk menjadi hakim bagi pertandingan bahas di zon Rawang.Tahun lepas pun dah jadi hakim,makanya tahun kena jadi hakim lagi kerana bilangan hakim yang ada tak ramai.Inilah kesempatan yang diambil.Sebelum ke sekolah tersebut pada hari yang ditugaskan,saya mesti tahu jalan dahulu kerana tak nak tersesat dan menggelabah pada hari kejadian.Apatah lagi saya ni hanya pandai memandu nak ke sekolah sendiri saja, nak ke mana-mana kurang pandai sikit.Hujung minggu tu, memang ada sebablah nak ke Rawang.Sebelum ni, memang malas nak cuba semata-mata nak mencari pasar raya Sakan tu.Alhamdulillah,ada juga peluang untuk ke sini.Sempatlah saya singgah di Sakan dan Parkson.Kalau diikutkan,Tesco pun memang nak singgah tapi bila ke sana dah waktu petang,malaslah nak lama-lama.Puas hati singgah Sakan,boleh cuci mata.Berkenan pula dengan alas kerusi tapi tak pasti muat atau tidak,makanya tak beli.




Corak hijau seperti ni saja yang ada.corak seperti yang saya beli tak ada,makanya memang hanya cuci mata saja.







sempat lagi rembat tudung di Sakan.hanya RM 17.90