Khamis, 30 Ogos 2012

Salam Kemerdekaan Merdekakan Diri...

Salam Kemerdekaan dan Lebaran...Cuti hujung minggu ni rasanya kena gigih mengemas rumah..





Selasa, 28 Ogos 2012

Jom Deko 2

Baru siap masuk markah tapi ulasan belum siap lagi.Dengan line internet yang sekejap ok sekejap tidak, makan masa juga.Apa-apapun,rehat dulu.Hilangkan stress dengan berblog dulu.Cuci mata dengan hiasan rumah ni.Kalau warna hujau,rasanya cantik juga.Suka sangat saya tengok rumah ni,tambahan pula dengan perabot jatinya tu.

Rumah sendiri bersepah lagi.Kerja-kerja mengemas masih berjalan.Bila nak siap mengemas,tak tahulah.Dengan meja makan yang baru dibeli,meja makan yang lama tak tahu tempat nak simpan.Sebetulnya,memang tak bercadang nak menambah perabot baharu,tetapi kalau dah suka membeli,terbeli juga.

Khamis, 9 Ogos 2012

Senang Kerja Menanda kertas Objektif...

Nasib baik ada mesin ni untuk membuat kerja-kerja menanda kertas objektif.Mudah kerja.Kalau tidak,sebelum ini penat juga nak menanda.Boleh buat ulasan lagi tu.











Penghujung Ramadan Dah...


Cepatnya masa berlalu,tinggal seminggu lagi waktu pagi sebegini akan dilalui.Bacaan Yassin dan tazkirah sepanjang pagi  pada bulan Ramadan ni.Sebelum ini tidak berkesempatan kerana selalu sampai di sekolah agak lambat tapi sekarang jam 6.30 sudah sampai di sekolah.Itupun orang yang ketiga.Moga-moga Ramadan tahun depan akan dapat melalui situasi ini lagi.

Jom Deko...


Masa untuk saya menulis di blog ini agak terbatas sekarang.Adakah pengunjung setia blog ini?Susah nak dipastikan.Saya menulis bukannya untuk mencari nama tapi untuk tatapan diri sendiri dan bahan bacaan pada masa akan datang.Menulis blog pun satu cara untuk hilangkan stress di samping membaca blog-blog yang ada.
Menghias juga boleh mengurangkan stress.Buat masa ini,mood nak  mendeko menjelang raya belum ada lagi kerana sibuk nak menghabiskan menanda kertas peperiksaan percubaan PMR dan ujian 2.Kali ini saja nak kongsikan koleksi kediaman cantik yang ada simpanan .Sebelum membuang majalah yang dibeli,ruangan deko dikoyakkan untuk disimpan.Manalah tahu,nanti boleh dijadikan rujukan.





Rumah Munif Hijjaz..