Ahad, 9 Ogos 2020

Kau Laksana Bulan Versiku

 Drama bersiri ni mempunyai 13 episod. Setelah memotong babak-babak lain yang ada, jadilah 41 minit seperti video ni.Istimewanya drama tersebut, ucapan minta maaf kerap dituturkan oleh watak. Selain itu, drama ini memaparkan amalan orang Melayu yang semakin hilang iaitu amalan bersalaman apabila ingin keluar rumah dan balik dari mana-mana. Watak Adriana yang kerap keluar dengan beberapa lelaki tu saya tidak suka. Tetapi dia pandai menyimpan perasaannya, tidaklah tergedik-gedik.



Sabtu, 8 Ogos 2020

Travelog Sabah

 Berkunjung ke Sabah dengan keluarga kecilku pada penghujung tahun 2018 merupakan percutian yang menyeronokkan. Biarlah video di bawah yang berbicara.



Ahad, 2 Ogos 2020

Video Aidilfitri

Biasanya setiap tahun saya akan tulis mengenai sambutan hari raya untuk ingatan masa akan datang.Nampaknya dah beberapa tahun tak berkesempatan. Mungkin mood nak menulis blog dah semakin kurang. Raya tahun ini saya masukkan dalam buku solo.Tak istimewanya pun kerana hari raya tak dapat balik ke kampung sendiri. Balik ke Tanjung Karang saja sekejap. Itupun tak ada sesi bergambar. Tak teruja pun. Tahun sebelum ini pun sama juga, tak mesra bergambar sebenarnya.

 

Gara-gara Buat Video

Gara-gara nak buat video, data dalam telefon penuh. Bermulalah sesi padam gambar dan video yang tidak diperlukan. Kemudian tukar tetapan data memori kad. Bila nak cari gambar untuk buku solo,gambar tak dijumpai.Gambar dalam Google Photos tak banyak.Bila tengok dalam album, gambar di Telegram ada 11k.Terkumpul di situ pula. Nantilah nak kena tengok semula macam mana. Nasib baik dah buat video ni. Kalau tak, manalah nak cari video ni.


Pelbagaikan Tema Video

Bila dah pandai buat video ni,kerjanya buat video saja hingga penuh memori dalam telefon.Sebelum ni saya dah kumpulkan adegan yang bersemut antara Adriana dengan Firas.Kali ini saya kumpulkan adegan diari Adriana sebagai penulis.Tak  mampu  nak kumpulkan semua kerana data dalam telefon akan penuh.Banyak lagi tema yang boleh dikumpulkan melalui drama tu,tapi cukuplah setakat ni.