Ahad, 27 April 2014

Pelekat Bingkai Gambar 3D

Jumpa pelekat gambar ni masa ke Mr Diy.Cantik juga.










Nota kaki:anak selalu bersungut,rumah kita macam muzium dah.ummilah beli barang banyak sangat.dalam hati,ini baru deko manis2 saja(sikit-sikit saja).belum lagi yang sarat tu...

Gantung Baju dan Tudung Lagi

sumber google...



Pada mulanya saya  simpan tudung di tempat gantungan yang bulat tu.Sebelum tu,lipat tudung dan letak dalam laci tapi bila dah malas nak lipat,berubahlah cara simpanan dengan menggantungnya.Sekarang,leceh juga nak simpan di tempat gantungannya yang bulat tu.Pertama,tudung makin banyak sedangkan tempat simpannya hanya satu.Maklumlah,tudung yang saya pakai bukannya mahal pun,maka nafsu membeli tudung baharu memang selalu ada.Kedua,sudah bosan dengan cara tu,selalu tak jumpa tudung yang dikehendaki...
Bila ada idea nak gantung semua tudung,kena fikir tempatnya.Maklumlah di dalam bilik sudah ada 4 buah almari dan satu penggantung kayu.Nasib baiklah bilik utama sangat luas.
Semasa ke Tesco Puncak Alam Ahad lepas,jumpalah dengan penggantung ni yang berharga RM 39.90.Pasang sendiri saja walaupun terasa kelakar gara-gara sangkakan batang besinya tak cukup.Padahal,tersalah tafsir gambar.Apabila lihat gambar depannya,barulah faham.Nak buat macam mana,orang perempuan buat kerja.
Apabila disusun semula tudung tu,barulah jumpa beberapa tudung yang dah lama tak dipakai kerana terselit.Memang patut ubah pun cara simpan tudung kalau macam ni.Bahagian atas tu jubah yang dipakai masa mengandung dulu.Sekarang tak berapa nak suka pakai jubah ke sekolah dah,jadi kenalah fikir masa yang sesuai untuk pakai jubah tu.Baju-baju untuk jalan-jalan pun di situ,senang nak capai kerana terbuka seperti itu.Apabila letak dalam almari,susah juga nak cari kerana pintu almari yang jenis tolak(sliding) agak leceh sikit.

Nota kaki:tak suka gantung pakaian macam ni kerana habuk dan serabut mata melihat,tapi dah tak ada pilihan,kena reda juga cara macam ni...


Rabu, 23 April 2014

Jadi Hiasan Dapur



Berkenan sangat dengan pelekat tu,akhirnya di situlah tempatnya.Idea spontan jam 10.00 malam
bersama si kecil yang suka mengemas setelah tak tahu tempat nak dilekat.Sudah lima tahun kabinet tu,sekarang dah agak bosan dengan warnanya.
Kalau dicat hijau,mungkin cantik tapi remehnya.Sabarlah hati.Makanya,itulah cara untuk mengubat kebosanan.

Isnin, 21 April 2014

Pelekat Deko-deko


Semalam sempat jalan-jalan di Tesco Setia Alam untuk cari alas meja.Terujanya apabila jumpa banyak kertas dinding berpelekat di Mr Diy.Biasanya hanya jumpa yang warna coklat pekat saja,tapi kali ni banyak corak yang ada walaupun kuantiti tak banyak.
Kemaruk kertas dinding belum habis,makanya saya membeli lagi untuk ruang membaca pula.
Bila ke tesco,terjumpa pula pelekat deko ni,tergodanya walaupun tak tahu tempat
 nak gantungnya.Beli juga yang di atas tu walaupun harganya RM26.90 untuk dua keping saja.

Nota kaki:sampai rumah,stremik kena sambar petir lagi.catatan ini ditulis di telefon bimbit lagi......









Ahad, 20 April 2014

Idea Menampal Kertas Dinding

Kebiasaannya kita hanya menampal kertas dinding dengan cara biasa saja.Kadangkala bosan juga.Apa kata,kita pelbagaikan cara.Semua contoh saya ambil daripada internet sebagai panduan.Tuan punya gambar,mohon dikongsikan.Hanya satu saja yang saya punya.
corak batu-bata mengapit dengan corak utama
  
ruang ke dapur...letak tudung saji sebab dapur...

corak batu-bata dijadikan bingkai untuk corak utama



corak bunga diselang-selikan dengan corak bergaris 



Sabtu, 19 April 2014

Memakai Selendang

Saja nak kongsikan cara pakai selendang ni apabila ramai cikgu di sekolah mula menggayakan selendang.Model-model ni hanya hasil rujukan di Google.Nampak cantik tapi pastikan memakai tudung di bahagian dalamnya supaya rambut tak terjajak keluar melalui selendang.Lebih bagus,carilah tudung bahagian dalam seperti di gambar 2.Maklum sajalah selendang ni biasanya jarang saja.

Nota kaki:tak pernah cuba.mungkinkah akan mencuba hari raya nanti?sebenarnya saya sangat bersyukur kerana tak gemar sangat bergaya..

Rabu, 9 April 2014

Akmal Main Masak-masak

Ini gelagat si bongsu saya,pantang terlepas ke dapur tempat saya memasak,ada-ada saja perkakas dapur yang diambilnya untuk main-main.Besen,cawan,bekas makanan plastik dah jadi mainannya.Jika tidak diberi,meraunglah dia sekuat hati hingga bising seluruh rumah.Malu dengan jiran-jiran juga kalau selalu begitu.Maka,terpaksalah biarkan saja.Beberapa hari lalu,saya membawanya ke kedai.Masuk saja ke kedai tu,dia terus meluru ke rak mainan.Macamlah selalu ke situ. dah tahu Inilah yang diambilnya.Betul pula tu sebab ada satu lagi mainan masak-masak untuk perempuan tapi tak diambilnya.Dalam kereta dah buka plastiknya,dah main-main pun dalam kereta.Memang tak menyempat pula.