Ahad, 29 Jun 2014

Doa Menyambut Ramadan


"Ya ALLAH, sampaikanlah aku ke dalam Ramadhan dalam keadaan sejahtera, dan berikanlah daku kesejahteraan di dalam Ramadhan, dan terimalah amal ibadat kami dalam keadaan diterima dan diredhai olehMU.” 



Jumaat, 20 Jun 2014

Pasu Sarawak

Dah lama berhasrat nak mengumpul pasu yang cantik-cantik.Selama ni memang ada pun simpan dua pasu kecil yang biasa-biasa tapi tersorok dalam kabinet pula kerana tak ada tempat nak peragakan. Apabila lihat gambar masa di Tuaran,Sabah masa bujang-bujang dulu,keinginan untuk memiliki pasu seperti yang dalam gambar tu sangat tinggi macam mengidamlah pula.Belum sempat nak minta bantuan rakan yang masih tinggal di Sabah untuk membelikannya,tiba-tiba ada orang nak nak menjual pasu Sarawak dalam fb deko-deko.Rezekilah ni setelah dah lama mencari orang yang menjual pasu secara on line.
tak sangka, zaman bujang2 dulu saya masih pakai baju kurung apabila keluar berjalan-jalan.sekarang mana nak kenal baju kurung dah kalau tak masa kenduri atau pergi kerja... 
pasu yang tinggi RM25..


pasu kecil sikit RM 8.kos penghantaran RM 14 kerana pasu dipos dari Bangi sahaja..kalau beli di Sarawak,kos penghantaran lebih mahal...


letak di atas kabinet dapur ni supaya selamat daripada mainan anak-anak.agak terlindung sikit terutamanya yang rendah tu.dekat nak raya,baru akan ditinggikan sikit kedudukannya tu..




Sukantara 2014

Semalam berlangsungnya Sukantara walaupun tiada dasas-desus tentangnya tapi dalam Takwim sekolah memang semalam.Nampaknya Sukan Tahunan terpaksa ditunda kerana kesuntukan masa,bulan Julai dah mula berpuasa.


Semasa acara berlangsung.Kononnya tak nak pakai baju sukan kerana malas nak menyertai acara tapi tak ada masalahpun untuk menjaringkan bola jaring tu walaupun pakai baju kurung.Memang menyertainya juga untuk mata rumah sukan Hang Nadim(Oren).Tak masuklah pula bola tu walaupun masa buat latihan,dua kali bola masuk ke dalam jaring.

dapat masukkan bola ke dalam jaring baru mendapat 3 mata dengan dua kali percubaan...

pelajar lelaki mesti menimang bola takraw..dapat menimang lima kali baru dikira berjaya dan dapat 3 mata...

Isnin, 16 Jun 2014

Kabinet Dapur Daripada Papan Lapis

Kagumnya melihat kesungguhan pemilik blog yang memaparkan kabinet dapur ini.Kabinet dapur ini hanya dibina daripada papan lapis sahaja tapi hasilnya menyamai kabinet dapur daripada kayu biasa.Hanya berbekalkan idea, bakat dan diikuti dengan kesungguhan, hasilnya terserlah.





sumbernya di sini :kabinet atas


Jumaat, 13 Jun 2014

Cuti Dah Nak Habis?

Memang sekejapnya rasa.Masa mula-mula bercuti dulu,macam macam ada dalam fikiran yang nak dibuat tapi tak terbuat juga.Kononnya nak bawa anak lepak-lepak di perpustakaan Shah Alam,jalan-jalan ke Tesco Setia Alam atau mana-mana di Shah Alam dan nak mengubah wajah di ruang membaca pun tak terbuat juga.Masa habis dengan mengemas rumah saja.Mengemas dapur sahaja dah beberapa hari.Bangun pagi-pagi,dah sibuk mengemas di dapur mengalahkan bibik pula kerana selagi kerja mengemas tidak siap,nak membelek kertas peperiksaan pun tak seronok.Baru saja bercadang nak ke Bukit Tinggi,suami dah ada program lain pula.Tinggal dua hari lagi untuk jumlahkan dan masukkan markah sebelum cuti tamat.

Sarung Kerusi

Masa balik Terengganu tempoh hari,sempatlah saya membeli kain English cotton warna hijau sebanyak 8 meter.Cadangnya nak buat deko-deko dan bukannya nak buat baju.Sesuaikah kain yang lembut tu nak dibuat sarung kerusi?Tak kisahlahkan asalkan berkenan.Mula-mula tak nak beli tapi mata asyik asyik memandang kain itu saja.Akhirnya beli juga,murahpun hanya RM 30 pun sepasang.
Contoh-contoh sarung kerusi ni diambil daripada GOOGLE dan fb untuk rujukan kerana projek untuk cuba-cuba menjahit tu tak tahu bila boleh bermula.Yang penting,contohnya dah ada disimpan rapi.












Khamis, 12 Jun 2014

Aktiviti Hari Ini:Tanda Kertas Peperiksaan,Main2 dgn Kucing & Berblog

Aktiviti hari ni,menyambung penandaan kertas sejarah 3 untuk tingkatan 4.Bosannya bila menghadap kertas peperiksaan.Walaupun pelajar dapat melihat buku untuk menulis jawapan,ada juga yang hanya menyalin soalan saja dalam masa 3 jam.Itulah realiti pelajar sekarang.Sangat kecewa dengan sikap mereka.
Sambil melayan kertas peperiksaan,sempat lagi melayan kucing-kucing di rumah ni untuk melepaskan bosan.
Sempat lagi berblog.Itu sudah semestinya jika cuti sekolah begini.


meja ni dah jadi tempat longgokan kertas peperiksaan pula.buat kerja di sini kerana senang nak memantau tiga beradik yang tak tahu nak diam tu...







Rabu, 11 Jun 2014

Wajah-wajah Dapur

Bila dah selesai deko-deko dapur tu,mulalah terfikir sendiri:berapa kali dah saya mengerjakan dapur ni?Otak mulalah cuba mengingat semula kronologi sejarah dapur ni. 
Maka,inilah wajah-wajah dapur setakat ni.






Ahad, 8 Jun 2014

Dapur Basah Berwajah Baharu Lagi

Lamanya masa untuk mengubah dan mengemas dapur ni.Kerja menampal kertas dinding berpelekat sudah memakan masa satu hari.Mengasing perkakas yang tidak dikehendaki pun memakan masa juga.Kemudian,mencuci dan mengering perkakas juga ambil masa.Mencari perkakas yang berwarna hijau juga ambil masa.Sangat memenatkan namun puas hati kerana terasa cerah sahaja apabila berada di dapur tu.

kertas dinding batu-bata berdaun yang dibeli di Mr Diy,RM 3.50 untuk 2 meter agak susah untuk ditampal kerana sangat nipis.Batu-batanya pun tak sama.Kali ni malas nak cantum bunga kerana hanya ada 4 gulung sahaja,mesti berjimat cermat.Batu-batu yang nak dicantum pun tak tercantum kerana memang macam tu.Nasib baiklah di dapur..
bekas-bekas plastik untuk simpan bahan mentah disimpan di dalam bakul hijau tu supaya tak berhabuk dan semak mata memandang.bakul tu diletak di atas rak..



dulang sudah diletakkan di bawah kabinet kerana berhabuk.begitu juga dengan penutup periuk..

gambar yang diambil semasa proses mencuci dan mengering perkakasan dapur,penuhnya rak pinggan tu


rak pinggan tiga tingkat yang dibeli di KT berharga RM95.50 diharapkan dapat mengurangkan keadaan semak perkakasan dapaur di rak tu... 


Semasa sesi mengemas,suami ternampak banyak perkakasan dapur dibuang.Macam biasalah,dia mengutip semula tapi cepat-cepat saya bersuara:"tak ada tempat nak simpan,abang bukannya suka kemas pun".Isi hati yang berterus terang itu menyebabkan suami tak jadi nak ambil bekas plastik dan mangkuk percuma yang dibuang.Itulah masalah utama menyebabkan proses membuang barang memudahkan kerja. 

Simpan Cawan

memang tak berhabuk walaupun berlubang kerana disimpan dalam kabinet yang bertutup...bakul besar bahagian bawah tu muat untuk 2 jenis cawan manakala bakul atas tu 1 jenis saja bersekali dengan piring-piringnya.Harganya RM 21.50 dan RM18.50
Dalam internet tidak jumpa pula cara yang praktikal untuk simpan cawan dalam kabinet.Sebelum ni,cawan disimpan macam biasa saja iaitu susun tindih-tindih cawan tu seperti gambar di atas tu.Apabila macam tu,makan ruanglah pula,susah pula tu nak ambil.Setelah habis fikir,barulah datang idea nak susun cawan dalam bakul.
Kebetulan masa ke Mr Diy dulu,sempat juga tilik-tilik bakul yang berpenutup ni tapi tak tahu nak guna macam mana.Harganya pun agak mahal juga,berbelas-belas ringgit makanya memang tak belipun kerana bimbang membazir kerana tak tahu nak guna.
Bila dah datang idea ni masa mengemas dapur,takkanlah nak ke Mr Diy...makan masa juga sedangkan kerja mengemas perlu dihabiskan dengan segera.
Nak tak nak,cubalah nasib di kedai berdekatan dulu.Nasib baiklah kedai peralatan dapur di sini ada menjual bakul ni,tak perlulah nak ke Mr Diy.walaupun harganya agak mahal sikit berbanding harga di Mr Diy,tapi itulah kos melepas untuk masa.Nak ke Mr Diy makan masa juga sedangkan malas pula nak tangguh-tangguh kerja mengemas dapur yang dah beberapa hari beroperasi ni tapi tak siap-siap juga.

Khamis, 5 Jun 2014

Mengemas Dapur Lagi

Lama tak mengoperasikan dapur ni. Kerja mengemas dapur dengan memunggah barang-barang dapur hanya mampu dilakukan tiga kali setahun saja iaitu cuti pertengahan tahun, menjelang raya dan cuti hujung tahun.Masa-masa lain memang tak sempat kerana kerja-kerja mengemas ni saya memang tak berapa pandai,kena ambil masa untuk buat satu-persatu.
Agak serabut dengan debu dan habuk dan peralatan dapur yang tak tersusun,salah satu agenda cuti ni ialah mengemas dapur.Cuti sekolah makin berkurang,jika tidak dikerjakan segera,banyak perkara tergendala.Teruja dengan rak pinggan yang baharu,maka kerja mengemas dapur sudah bermula semalam dan kerja mengemas akan bersambung lagi hari ini kerana kabinet bahagian bawah belum dikemas lagi.Semalam hanya sempat menampal pelekat kertas dinding saja.

Jalan-jalan Cari Teko

Teko untuk kegunaan harian yang sesuai belum dijumpai lagi,maka pencarian teko masih berjalan.Saja nak jalan-jalan tu sebenarnya.
Sebelum ini,saya menggunakan teko yang dibeli di Leno dan hadiah perkahwinan dulu.Sebenarnya,agak susah nak mencari teko yang tak mahal sekarang ni.Nak mencari teko saja pun agak susah.Yang ada, teko dan cawan.Kalau ada teko saja,ukurannya agak kecil dan kurang sesuai untuk kegunaan ramai orang.Di Romantika,ada juga teko sahaja yang dijual tapi bunga roslah pula.Memang bukan pilihan hati.Teko yang bari dibeli sebelum cuti hari tu sangat sayang nak digunakan kerana klasik sangat..dah jadi koleksi kesayanganlah pula...

Antara pilihan teko yang ada.



akhirnya beli teko yang panjang tu sebab besar sikit...

yang ini pun beli juga tapi macam sebelum ni juga,air melelah dari muncungnya apabila dituang...

Nota kaki:sempat beli baju Melayu warna peach untuk raya,hanya tinggal sepasang tu saja di Hari-hari.syukur..

Rabu, 4 Jun 2014

Buah Tangan Dari Terengganu

Hari Rabu lepas,pertama kali saya balik ke Terengganu dengan bas bersama-sama dengan anak sulung.Balik pun sekejap saja, tak sempat nak ke mana-manapun.Bila duduk di rumah kakak, berkenanlah pula dengan rak pinggan tiga tingkat ni. Ini sajalah yang sempat dibeli,nak menilik-nilik tudung di Desa Murni pun tak sempat kerana kakak pula kurang sihat. 
E



Dah Terjebak Dengan 'Decoupage'

Sangat tertarik apabila nampak bunga ni dalam fb.Rupa-rupanya ada dijual di Romantika.RM 15.Pada mulanya tak dapat nak gambarkan rupa asal bunga ni.Dua minggu sebelum cuti sekolah hari tu,sempatlah ke Plaza Alam Sentral seorang diri saja.Dapatlah ke sana kerana minggu tu dah peperiksaan,taklah terbeban sangat nak fikir hal-hal sekolah.
Rupanya-rupanya bunga ni dalam bentuk pelekat.Ada 11 kuntum bunga rasa-rasanya dalam satu kertas pelekat,rapat-rapat pula tu.Memang kena gunting mengikut bunganya.Tak dapatlah nak letak bunga ni dalam bingkai gambar kerana tak dapat nak fikirkan caranya.
Semalam,cubalah buat deko ni dengan Ammar,seronok pula menolong.Mudah saja,cuma tak tahu nak gunakan pengilat untuk kilatkan lapisan bunga ni bila dah siap.Biarkanlah,guna sendiri,itupun dah cantik..
kebetulan pinggan ni dah lama dibeli hingga jadi menyemak di rak pinggan,guna saja pinggan ni...kuranglah pinggan di rak pinggan yang memang dah semak tu...hijau tetap menjadi pilihan

pinggan ni pinggan lama...ambil 3 sahaja dari kampung