Memaparkan catatan dengan label Tips Dekorasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Dekorasi. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Disember 2013

Mengemas Rumah

Saja nak kongsikan tips untuk mengemas rumah yang dipetik daripada fb laman deko.Catatan ini untuk memudahkan saya nak merujuk kemudian nanti sambil berkongsi dengan orang lain.
Kebiasaannya pada hujung minggu saya sibuk dengan urusan cuci baju dan hantar baju seragam sekolah untuk diseterika.Nak mengemas rumah pada hujung minggu pun kadang-kadang tak sempat.Kalau keluar ke mana-mana,lagilah urusan rumah tak sempat dihabiskan.Teruknya rutin hujung minggu saya jika musim persekolahan. Sekarang barulah boleh mengemas sepenuhnya tapi badanlah pula tak berapa nak larat habiskan sekaligus dalam satu masa.
Cara 1:
 Cara 2:
saya pernah praktikkan yang ini tapi dalam beberapa hari saja kerana waktu pagi selalu sibuk dengan persiapan nak ke tempat kerja walaupun bangun seawal 4.30 pagi.kena pandai urus masa ni...

Ada juga saya singgah di blog mengemas rumah tapi tak semua saya boleh praktikkan.Nampaknya tahun 2014 mesti pandai urus masa.Antara mengemas dan menghias,yang mana satu patut diutamakan?Deko-deko untuk cuci mata,mengemas untuk keselesaan.dua-dua penting bagi saya 

Nota kaki:dah deko-deko baru bersemangat nak mengemas supaya boleh cuci mata dengan selesanya... 



Isnin, 2 Disember 2013

 Idea Bijak Di Ruang Dapur-Pamer aksesori

ceria tak dapur ni?kalau tak ceria lagi,kena tambah aksesorilah ni

@@Nota kaki:tak perlu menghias sangat,pamer saja peralatan yang berwarna-warni,ceria juga dapur kita.Suka hijau

Rabu, 27 November 2013

Bolehkah Menggantung Foto?

Saya suka menggantung foto dalam kuantiti yang banyak di rumah hinggakan ada sudut galeri keluarga di tingkat atas.Tujuannya hanya nak mengimbau kenangan lama dan penyeri ruang juga sebenarnya.Masalahnya,bolehkah begitu?













Selasa, 28 Mei 2013

Ruang Dobi

Perlukah ada ruang dobi di rumah?Mungkin ya atau tidak kerana bergantung kepada cara hidup seseorang.Rasa-rasanya di dalam rumah sesiapapun,memang ada ruang dobi cuma tidak dilabel dan dihidupkan ruang tersebut menjadiruang yang menonjol.Di mana-mana kita mencuci pakaian, di situlah ruang dobi di rumah kita.

Mungkin ruang mendobi merupakan ruang yang kurang penting, maka pemaju kurang menekankan ruang kecil ini.Sekadar mencuci mata untuk ruang dobi yang kecil bagi rumah teres,
 gambar-gambar daripada GOOGLE ni boleh dijadikan panduan.

Jika ruang dobi ada dibenak fikiran masa mula-mula memasuki rumah baharu dulu, mungkin idea ini boleh diambil. Kini, buatlah yang termampu dan seadanya kerana ruang di belakang yang seluas 5 kaki tu dah sempit sangat.




Tersembunyi...

Ceria ruang ni.Warna  hijau lagi...


@Projek ruang dobi di ruang belakang belum selesai lagi.Rak gantung belum dijumpai.Rak gantung tu untuk apa ye jika dah ada tempat untuk letak perkakas mencuci?

Sabtu, 4 Mei 2013

Dekorasi Rumah Islamik

Perkara yang dilarang
1) Islam mengharamkan membuat bejana dari emas atau perak dan seperei-seperei sutera murni dalam rumah seorang muslim

. Nabi sendiri memberikan ancaman keras terhadap orang yang cenderung kepada cara-cara ini.Perhiasan berupa pinggan mangkuk yang diperbuat daripada emas dan perak tidak dibenarkan.
- Ini kerana boleh menimbulkan sifat riak atau sombong atas kelebihan yang dimiliki oleh seseorang.


2)Islam mengharamkan dalam rumahtangga Islam meliputi masalah patung. Sebab adanya patung dalam suatu rumah, menyebabkan Malaikat akan jauh dari rumah itu, padahal Malaikat akan membawa rahmat dan keridhaan Allah untuk isi rumah tersebut.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya ada patung." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3)Gambar berupa penyanyi yang mendedahkan aurat tidak dibenarkan.
-Hal ini kerana  melambangkan keagungan dan perasaan memuja-muja manusia.

Rumah yang ada hiasan patung serupa macam kuil.Malaikat rahmat tidak akan masuk kerumah yang ada patung.Sebaliknya jadi sarang syaitan tempat berteduh.

Ibnu Abbas pernah solat tempat ibadah agama lain kecuali tempat ibadat mereka yang ada patung di dalamnya.[HRBukhari] 

4)Jangan Memelihara Anjing

Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata : "Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa memiliki anjing selain anjing penjaga ternak dan anjing pemburu maka setiap hari pahala amalnya berkurang dua qirath." (Shahih Muslim No.2940) 

Perkara yang digalakkan
1) Perhiasan yang dibenarkan merupakan gambar-gambar yang memaparkan pemandangan alam atau tulisan khat.
- Gambar dan tulisan khat ini boleh menyuntik perasaan insaf akan kebesaran dan keagungan ciptaan Allah s.w.t.
2)Islam mengharuskan kita memaparkan foto orang alim atau orang yang mempunyai kelebihan dari ketokohan dan kelebihan ilmu Islam. 
- Gambar-gambar ini diharuskan kerana ia boleh dijadikan contoh dan akan memberikan semangat kepada orang lain yang memandangnya.
3)Gambar keluarga untuk kenangan dan haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan dalam Islam.
4)Bekas acuan atau bekas-bekas kuih raya yang berbentuk haiwan seperti acuan kuih dibenarkan
5)Perhiasan seperti permaidani yang berlatar belakangkan gambar haiwan dibenarkan, kerana permaidani diletakkan dikedudukan yang rendah atau atas lantai, yang dipijak setiap hari dan tidak membayangkan ianya diagungkan. 
6)Tanamlah Pokok agar Teduh dan Sejuk - Tanamlah pokok dan pokok hiasan di rumah anda sehingga rumah anda teduh dan mendapat udara segar dari oksigen yang dikeluarkan pohon tersebut. Kenyamanan naungan pohon ini digambarkan Allah sebagai berikut: 

"Dan naungan (pohon-pohon Syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya." [Al Insaan:14]




Jumaat, 23 November 2012

Dekorasi Bingkai Gambar

Menarik juga sudut rumah jika kita pandai mendekorasikan bingkai gambar.Jom cuci mata sambil cari idea dengan gambar-gambar yang diambil daripada GOOGLE.Tuan punya gambar ,minta izin yer..
kayu pun disimpan?untuk kita, letaklah pasu di bawah tu...

yang ini menarik dan lain daripada lain...

bertambah sayang...

ruang kerja...untuk gambar sebelah kiri tu, boleh bingkaikan kata-kata hikmat supaya lebih bersemangat..

ruang makan atau ruang tetamu ni?diri sendiripin tak pasti...


cara biasa yang kita buat...




menarik juga idea ni..sekadar bingkai gambar,tak perlu nak fikir gambar  mana yang sesuai ...

idea nipun tak kurang menariknya...

Sabtu, 12 Mei 2012

Ruang Penyimpanan

Sukanya melihat ruang penyimpanan seperti ini.Ruang yang luas tapi tidak dalam untuk meletakkan stok barangan dapur memang memudahkan untuk mengambilnya.Bila ruang penyimpanan yang agak dalam,terpaksalah mencari-cari barang yang dikehendaki.Apa-apapun,bersyukurlah jika sudah ada ruang penyimpanan barang di dapur.Sekurang-kurang tidaklah bersepah ruang dapur.

Bagi yang masih mencari-cari reka bentuk ruang penyimpanan barangan dapur,reka bentuk ini memang sesuai dijadikan contoh.




Sabtu, 10 Mac 2012

Hiasan Dinding Guna Kain

Bagus juga idea ni.Cantik.Jika nak cuba,ringkas saja cara membuatnya.Keterangan lanjut http://miera301.blogspot.com/


ini hanya beli relung untuk buat sulam...

Rabu, 7 Mac 2012

Menaikkan Seri Sofa Ruang Tamu

Terdapat beberapa cara untuk ceriakan kembali ruang tamu anda:-

1) Gandingkan sofa dengan hamparan permaidani
Carilah permaidani yang senada dengan warna sofa ataupun jika mahukan kelainan, carilah permaidani yang mempunyai corak yang menarik!!

2) Hamparkan Throw Sebagai Penambah Hiasan
Percaya atau tidak, kain "throw" mampu menaikkan seri sofa anda!! Letakkan Throw secara bersahaja di atas sofa anda

3) Ayuh!! Pasangkan Lampu Itu
Carilah lampu meja yang menarik & sedondon untuk diletakkan bersebelahan dengan sofa anda!!

4) Side Table Yang Menarik
Kadang-kadang meja sisi juga berfungsi untuk menambahkan seri pada sofa. Pilihlah meja yang sesuai dengan warna sofa & tema ruang tamu anda

5) Hiasi Dengan Kusyen-Kusyen Kecil
Sofa tentunya menarik jika digandingkan bersama dengan kehadiran bantal-bantal kecil. Pilihlah yang bermacam-macam warna & letakkan di setiap bucu sofa anda

6) Sedondon Dengan Langsir
Tentunya menarik jika kita dapat menempah langsir sedondon dengan sofa atau kusyen kecil

7) Pelbagaikan Jenis Sofa
Gandingkan sofa 3 tempat duduk dengan sofa jenis arm chair. Barulah tak jemu mata memandang!!

dipetik daripada zailamohamad dalam Hias Kediaman Anda

Mari lihat apa yang sudah saya buat di ruang tamu rumah saya:
1.Permaidani digantikan dengan tikar Sarawak
2.Tak minat.Macam buat-buat saja
3.Ada.Cuma satu saja di tengah penjuru dinding
4.Tak ada.Nak kena beli ke?
5.Dah buat walaupun kusyen2 tu selalu jadi mainan Adib
6.Tak
7.Dah

Banyak yang sudah dibuat tetapi tak juga menarik.Mungkin warna dinding puncanya..


Jumaat, 2 Disember 2011

Hiasan Dinding Menawan



Rasanya memang pelbagai dekorasi ada di dinding rumah saya.Rak kecil ada,perhiasan lamapun ada.Minimumkan hiasan pun dah saya terapkan apabila menghias tapi dipandang,tak juga menarik.Macam mana tu?Apalah yang tak kena ye?