Ahad, 26 Jun 2016

Lapang Sikit...

Lapang sikit ruang tamu ni kerusi Jati merah dah dibuang.Bertahun-tahun juga menunggu nak membuang kerusi ni kerana tak ada idea nak membuangnya.Kerusi ni memang dah rosak kusyennya.Jika baiki pun rasa-rasanya tak berbaloi.Sementara dapat cari jalan untuk membuangnya,simpanlah dulu di dalam rumah.Kebetulan satu hari tu saya terbaca ada perkhidmatan untuk mengangkat barang-barang di fb.Jika nak tunggu suami yang ambil tindakan terhadap kusyen ni,rasa-rasanya lambat lagi kerana dia sendiri sayang nak buang.Alahai,kalau semua sayang nak buang,memang jadi muziumlah rumah ni.Sekarang dalam proses nak membuang televisyen yang besar gedabak pula.Tempoh hari,tv tu tak larat diangkat seorang diri, makanya saya tangguhkan dulu kerana sesi membuang barang-barang yang tak perlu kali kedua setelah saya selesai mengemas rumah.Masa tulah dia akan membawa pembantu kerana tv tu kena angkat berjemaah disebabkan berat sangat.Nak tunggu masa untuk mengemas tu yang tak datang seru lagi.Malasnya nak mengemas rumah..
Tiba2 ada kotak ajaib di situ...kotak tempat suami simpan alatan bertukang:gerudi dan beberapa alatan ada di situ.ruang depan tempat penyimpanannya???..


Akok

Hari Khamis lalu,suami ada buat akok.Semuanya dia yang buat.Resipi berdasarkan sumber google tapi sukatan bahan-bahannya memang timbang guna penyukat.Hasilnya,agak manis sikit akok ni.Lidah suami pun dah macam lidah orang Pantai Timur...Rupa-rupanya,ada acuan lain lagi untuk buat akok ni asalkan kreatif.


Khamis, 23 Jun 2016

Jimat Berbelanja

Tema raya tahun ni ungu.Kononnya malas nak beli tudung yang mahal-mahal,makanya timbullah idea ni untuk bergaya sikit.Saya beli selendang yang berharga RM 10 dan dijahit menjadi dua muka.Kemudian beli pula bunga kerawang tu RM 6.90.Apabila diletakkan di tudung,besarnya bunga tu.Daun-daun dipotong dan dijahit di hujung tudung.Tak sangka,boleh jimat pula macam tu.Kalau bukan tudung raya,memang dah dipakai tapi sabarlah dulu,nanti bila dah raya bosan pula.Dengan RM 16.90,boleh juga bergaya.Syukurlah macam tu..

Bila ambil gambar,terlebih cahaya pula hingga warna ungu muda tu tak ketara jadinya.

Cuci-cuci Mata di Space U8

Bila ada jualan murah patchwork,barulah hidup sikit kompleks ni.Kalau tak,hidup segan,mati tak mahu pula bangunan ni.Sunyi saja setiap kali saya singgah.











 Sebelum ruang tapak jualan patchwork ni dibuka,saya singgah di Mr Diy dulu.Tempat yang mesti singgah kalau datang ke sini.Kononnya nak mencari langsir yang siap.Ok juga langsirnya walaupun tak jumpa langsir hijau yang berkenan di hati.Jumpa alas meja yang besar sikit.Malahan boleh potong sikit dan baki kainnya boleh dijadikan runner.Jimat RM 16 untuk beli runner.






Tips Bersihkan Rumah












Jumaat, 10 Jun 2016

Ruang Tamu Inggeris Melayu


Salam 5 Ramadan..cepatnya masa berlalu.
Masih dalam proses lagi kerana langsir yang dah siap belum ditukarkan.Alang-alang langsir ni baru digantung,biarlah hingga raya baru ditukarkan.Alas kerusi belum ada lagi.Misi ke Pasar raya Sakan atau beli melalui internet saja pun tak pasti tapi lagi jimat jika beli di Sakan kerana spannya tebal.Mungkin akan tahan lama.Alas kerusi yang sebelum ni dah lembik.

Bunga di sebelah kiri tu belum digantung lagi.yang ni gantung acah-acah saja dengan tack it yang tinggal satu baris.Semalam pasu tu dah jatuh,pecah dah pasu tu.nasib baik ada pasu lain,hijau lagi..

Masalah biasa bila pasang sendiri,bila tiba bahagian bawah,ada2 saja masalahnya:tak sama atau terlebih.bila potong dua,nampak pula bahagian penyambungnya.memang susah nak dapatkan hasil yang sempurna.kena kreatif untuk tutup segala cela tu dengan letak hiasan pula..



Nota kaki:Sangat puas hati kerana semuanya dilakukan sendiri.Selama ini pun begitu juga.Itulah ubat stress.

Ahad, 5 Jun 2016

Langsir Siap yang Murah

Kain langsir hijau yang dibeli setahun lepas baru dihantar ke kedai untuk dijahit.Kononnya nak jahit sendiri tapi mesin jahit dah buat hal,lagipun projek jahit-menjahit ni agak lemah sikit.Bila langsir merah dicuci,dah tak ada langsir yang sesuai nak diganti.Masa nilah baru terasa pentingnya ada banyak langsir.Makanya,mulalah saya mencari-cari langsir yang murah di kedai-kedai sekitar perumahan.Nak je Mr Diy,Kaison,Super Save memang malas.Kebetulan di Pasar raya Karnival ada jual langsir.Langsir hijau ada tapi terang sangat warnanya.Corak pun bunga-bunga,dahlah kertas dinding berpelekat pun berbunga,serba salah pula nak beli.Satu hal lagi,ukurannya.Tinggi langsir yang diukur semalam ialah 96 inci tapi langsir tu tingginya hanya 90 inci.Nak buka kelim bawahnya atau letak renda supaya labuh sikit tapi lecehlah pula.Tapi akhirnya saya beli juga langsir yang berharga RM 49 ni.Reda sajalah untuk sementara waktu,lagipun langsir tu boleh digunakan untuk bilik utama.Bila balik ke rumah,tak sabar nak gantungkannya.Alhamdulillah,ok saja.Nasib baiklah ada idea lain untuk selesaikan masalah ni.Taklah ketara singkatnya bila guna penyangkut yang tinggi.

Baru belajar tentang lebar langsir hari ni.130 inci tapi bila dibuka pendek pula.rupa-rupanya 130 tu untuk dua keping langsir.lebarnya kurang sesuai sikit tapi terpaksa kurangkan jumlah cangkuknya

Guna penyangkut yang tinggi cangkuknya supaya kedudukan langsir tak singkat.Kalau langsir labuh,mungkin boleh guna cangkuk yang satu lagi tu supaya kedudukan langsir tinggi sikit

Gelang bulat ni penyelamat juga sebenarnya..


Solat Terawih untuk Wanita