Rabu, 28 Mei 2014

Koleksi Teko Baharu

Saya membeli teko ini untuk kegunaan harian setelah teko yang selalu digunakan telah lama pecah.Apabila dah sampai ke tangan,cantiklah pula,terus tak jadi nak guna.Apatah lagi dengan cawannya yang sesuai sangat,tak besar dan tak kecil sangat sesuai untuk kegunaan jika ada orang bertandang.







Nota kaki:rakan-rakan bertanya apabila nampak teko ni:nak guna ke untuk hiasan saja?Mereka pun dah tahu saya suka mengumpul barang untuk hiasan...

Isnin, 26 Mei 2014

Hadiah Hari Guru (Ammar)

Tahun ni saya agak kelewatan menyediakan hadiah Hari Guru untuk anak sulung disebabkan sibuk dengan urusan sekolah,apa tah lagi kurangnya budaya memberi hadiah kepada guru di sekolah,makanya terlupa tentang anak.Nasib baiklah sambutan di sekolah Ammar agak lewat,maka sempat juga menyediakannya.
Banyak benda yang boleh diberikan tapi biarlah hadiah yang tak seberapa tu ada manfaatnya.Agak terkilan juga apabila hadiah yang saya terima kurang kegunaannya,maka saya cuba fikirkan untuk sediakan hadiah murah yang memang ada gunanya seperti pen,stapler,kerongsang,pen drive dan bingkai gambar.Apabila sampai di kedai Super Save(SaccMall) semalam,tertarik juga dengan beg kecil ni.

Beg kecil tu berharga RM1.50,pen RM0.80 dan beg tu RM0.50 setiap satu.Gara-gara malas nak membungkus,terpaksalah pula berkerja keras membuang tanda harga dan hilangkan gamnya...leceh juga.Beg kecil tu bolelah digunakan untuk simpan duit syiling atau simpan pendrive...

Berkenan juga dengan thum drive ni apabila ditulis USB..keliru juga...thum drive atau apa ni?

Khamis, 22 Mei 2014

Dari Muar ke Tanjung Bidara

Hari Sabtu lepas,pihak sekolah mengadakan Hari Keluarga di Tanjung Bidara.Jika tak pergi,kena buat surat tunjuk sebab.Leceh betul.Terpaksalah pergi walaupun hari minggu kebiasaannya saya tak suka keluar kerana sibuk mengurus hal ehwal rumah.Kebetulan pula hari Sabtu tu ada majlis bertandang bagi anak buah yang berkahwin minggu lepas di Muar.Masa balik,singgah membeli pau Muar setelah tengok ramai juga yang membelinya.






Rabu, 21 Mei 2014

Penghadang Ruang Dapur

Untuk catatan yang ke-753,dah berminggu-minggu saya simpan catatan untuk panghadang dapur ni.Sudah beberapa kali berhasrat nak pasang penghadang di tepi dinding yang bercermin supaya dapat buat pagar sebelum ke ruang dapur tapi tak menjadi saja.
Ada-ada saja halangannya tapi saya gigih mencari idea supaya penghadang tu tak menjadi masalah bagi ruang dapur.Suami memang tak setuju tapi saya yang perlu berhadapan dengan kerenah anak-anak lebih lama daripadanya terasa sangatlah stressnya.
Sudah beberapa kali air masak tumpah dan si kecil tu jatuh kerana lantai licin.Ini gara-gara si kecil Akmal suka sangat meneroka di dapur sehingga hilang fungsi dapur yang sebenar.Pintu kabinet,pintu peti ais mesti diikat.Jika tidak,habislah barang-barang dipunggah.Pantang terlupa,mulalah dia buat kerja.Kebiasaannya,abang-abang dan ayahnyalah yang selalu lupa untuk buat apa-apa yang patut supaya barang-barang tidak diselongkar.Makanya,makin banyak kerja yang perlu dibuat.


pemegang pintu terpaksa dibuka supaya Akmal tidak memanjat tapi berjaya juga dia sampai di atas kabinet.makanya,terpaksalah tarik laci di bahagian bawah,barulah dia tak boleh memanjat..kerusi semua kena ikat.jika tidak,kerusi tu akan ditarik entah ke mana-mana.alas kerusi juga perlu diikat supaya dia dan abang-abangnya tak tarik alas tu....alahai 3 askar ni kreatif betul....

Alang-alang memikirkan penghadang,biarlah dapat cari yang istimewa sikit...Inilah antara idea yang ada dalam fikiran
cantik juga idea ni.ruang-ruang yang ada bolehlah diperagakan dengan perhiasan yang kecil-kecil tersimpan dalam kabinet dapur...

nampak macam biasa saja

mula-mula berkenan dengan rak ni tapi muatkah di ruang yang terhad tu?


apabila nampak idea ini,sesuai sangat di ruang yang terhad tu..kononnya nak buat seperti ini 

gambaran menyeluruh..dah ada idea nak letak mug,teko kecil di situ...wah seronoknya jika jadi kenyataan ni.bahagian bawah pula buat kabinet untuk letak ubat-ubat,teko yang selalu digunakan untuk bancuh teh...terujanya...

Nota kaki:memang mudah untuk berangan-angan.moga-moga dipermudahkan untuk memujuk suami...idea rasanya sudah hebat...duit dan hujahan saja tak hebat untuk cairkan hatinya... 

Sabtu, 17 Mei 2014

Warna-warni Hari Guru

Sambutan Hari Guru semalam yang bertemakan Hijau dan Merah disambut sederhana sahaja tapi sangat menyeronokkan.Selepas sesi bertukar-tukar hadiah,tiba-tiba ada ruang berfoto di lorong antara blok.Apalagi,sangat sporting rakan-rakan yang lain merakamkan gambar.



dah ditakdirkan badan kecil,memang kena berada di barisan depanlah...


ini saja cikgu lelaki sesi pagi?












Ahad, 11 Mei 2014

Dapur Ruang Paling Istimewa

Ruang dapur merupakan ruang paling istimewa bagi saya kerana:
1.ruang ini paling maksimum penggunaannya dan sering dilalui untuk ke tandas,dapur basah,cuci baju,cuci pinggan,ambil & simpan penyapu,buang sampah dan banyak lagi tapi tak pula rasa bosan dengan suasana dapur yang ringkas ni
2.ruang yang paling kerap dibersihkan dan mengambil masa yang agak lama
3.ruang yang tidak perlu diubah-ubah perabotnya kecuali pinggan mangkuk dan aksesorinya saja yang kerap diubah.

reka bentuk kabinet dibuat mengikut keperluan walaupun ruangnya sangat terhad(16'x6').ruang penstoran tidak mencukupi,maka ruang di dinding digunakan sepenuhnya.barulah ada ruang untuk simpan gula,teh dan air masak yang praktikal
pening juga untuk memenuhi kehendak hati dengan ruang terhad ni.yang penting,ruang pameran bercermin untuk koleksi pinggan mangkuk,rak terbuka,rak untuk gantung cawan-cawan,meja untuk buat tempat makan-makan dan kerja lain, dan ruang penstoran yang banyak(simpanan barang-barang dapur dan pinggan mangkuk) mesti ada.

inilah wajah-wajah dapur.kabinetnya tetap begitu,yang berubah hanyalah aksesorinya saja..
alang-alang dah jadi juru hiasan dalaman yang tak tauliah,rencana pendek ni saya hantar ke Anjung Seri untuk menghargai peranan dapur bagi suri rumah yang berkerja..sekarang ni gunakan dapur hadiah tu saja...terima kasih Anjung Seri

Catatan ini untuk Cabaran Ruang Istimewa
dari blog Susun Atur Sioca
Penajanya

Nota kaki:gambar-gambar yang ditunjukkan merupakan gambar-gambar yang dah basi dalam blog ini...

Sebab Ruang Menjadi Istimewa



Membaca cabaran Ruang Istimewa dalam Susun Atur,saya terfikir-fikir dua perkara:mengapa istimewa dan yang mana satukah istimewanya ruang di rumah saya ni.Makanya,seakan dua pula catatan cabaran ini tapi kali ini saya nak bercerita sebab saya menganggap ruang di rumah saya ni istimewa.
Sejujurnya semua ruang yang ada di rumah sangat istimewa bagi saya kerana hampir kesemua ruang yang lahir sebegitu hasil perahan minda saya yang bukan pakar tentang hiasan rumah tapi sangat berminat untuk mendeko rumah.
Disebabkan semasa menyewa,saya terpaksa reda dengan keadaan rumah yang didiami,maka setelah memiliki rumah sendiri saya perlu segera melunaskan segala yang dihajati sedikit demi sedikit biarpun suami kurang menonjolkan sangat keterjuaannya mendiami rumah baharu.Disebabkan sangat teruja untuk menghias dan ditambah pula dengan minat yang mendalam untuk mendeko rumah,saya sanggup menggerudi dinding sendiri kerana malas nak melayan  kereneh suami yang sering  memberi alasan.Dia sebenarnya tidak suka semua sudut dinding digerudi tapi saya  pula bosan apabila melihat dinding yang kosong.Makanya,terpaksalah buat sendiri.Nasib baiklah dia tidak marah, cuma bersuara:"semua dinding digerudi."

dinding di tepi tangga kayu itulah ruang pertama yang saya gerudi...berpeluh-peluh juga  dibuatnya.apabila bosan dengan cara hiasan tersebut,cuba pula untuk cara lain.alhamdulillah,boleh pula tanpa menambah lubang lain
cara hiasan kedua di dinding ni...guna lubang yang ditebuk  asal saja untuk susun sebegitu.
dinding kedua yang digerudi..jika dilihat dari dekat,memang hasilnya tidak sebaik hasil kerja lelaki tapi sangat puas hati apabila dapat menggantungkan bingkai yang tersadar lama ni...
Sehari /beberapa hari kemudian,barulah berganjak ke didnidng tangga.Doa-doa dan hadis yang diambil daripada kulit Majalah Anis diliminat dan dibingkaikan.Bingkainya agak mahal juga.Tak terfikir pula masa ni untuk menggunakan bingkai yang dibeli di kedai RM 2.Lagipun masa ni belum kenal lagi kepentingan kedai RM 2.Sekarang,banyak peralatan untuk dekorasi boleh dibeli di kedai ini dengan harga yang murah.

supaya mug yang digantung tu berkeadaan selamat di situ,dinding digerudi tu....
Berbekalkan semangat yang diambil daripada wanita-wanita lain yang gemar mendeko,kejayaan mereka mengecat rumah sendiri memberi inspirasi untuk saya menampal pelekat kertas dinding ni bagi menutup contengan anak-anak.Saya kurang yakin untuk mengecat kerana prosesnya yang melibatkan sebelum,semasa dan selepas seakan memberi tekanan kepada saya. Pada saya,menampal kertas dinding lagi mudah kerana proses sebelum,semasa dan selepasnya tidak renyah seperti mengecat.
Apabila melihat dinding rumah yang penuh dengan hiasan,saya berasa sangat berpuas hati kerana dapat menjamu mata di rumah.Cantik atau tidak di mata orang,saya tidak kisah kerana saya yang tinggal di rumah ni namun prinsip cuba dan ubah selalu dibuat untuk mencari kesesuaiannya.

Nota kaki:selalu menggerudi dinding semasa jiran sebelah tiada di rumah dan semasa suami pergi kerja kerana tidak mahu mengganggunya serta tidak mahu ditegur oleh suami.

Sabtu, 10 Mei 2014

Sabtu Yang Sibuk

Sabtu ni merupakan hari yang padat dengan jadual.Dahlah paginya bersekolah, hari yang sama juga kenduri anak buah pihak suami.Malamnya pula ada makan-makan anjuran kejiranan taman perumahan.Apabila sampai di rumah hampir jam 10 malam, badan agak kepenatan.Tambaha Akmal yang masih kurang sihat sudah lena.Makanya, majlis malam tu tidak dapatlah saya hadiri.




Inilah biras-biras saya...