Ahad, 8 April 2012

Forum Remaja

kelemahan biasa semasa pertandingan,mikrofon tidak mencukupi menyebabkan mereka terpaksa berkongsi.kadangkala tidak dapat berfungsi dengan baik.

Baru saja hari kedua saya masuk bekerja,tiba-tiba Hari Isnin lepas sudah dapat tugasan baharu.Berbelah bahagi antara nak atau tidak,akhirnya terima juga kerana niat nak tolong orang dan pada masa yang sama akan mendapat pengalaman baharu.Nasib baiklah ada cikgu yang boleh ditumpang untuk ke sekolah tersebut.Pada mulanya bimbang juga kerana tidak diberi taklimat sebelum ini tapi diminta menjadi hakim pula.Tapi,kalau tak dicuba,manakan nak dapat pengalaman.Dua hari (Rabu dan Khamis)saya dikehendaki menjadi hakim bersama dengan lima rakan guru yang lain dari sekolah yang berlainan.

Bila sekolah telah menjadi tuan rumah bagi sesebuah acara,sudah pastinya sekolah tersebut akan menerima pelawat.Perkara tersebut mungkin ada yang terlepas pandang.Beginilah yang terjadi kepada pihak penganjur pada hari pertama pertandingan.Dengan persediaan yang tidak lengkap,sudah pastinya nama sekolah tersebut menjadi sebutan kerana ketidaksempurnaannya dalam mengendalikan sesuatu acara.

Teringat pula saya kepada rakan semasa di sekolah Shah Alam dulu.Sebagai setiausaha panitia BM daerah,dia sendiri mampu mengurus aktiviti panitia daerah dengan sempurna.Saya sebagai penolong s/u sekadar membantu ala kadar sahaja.

Berbalik kepada pertandingan forum tadi,sebelum memulakan pertandingan pada hari pertama,kami sebagai hakim diberi taklimat ringkas.Dari situ,saya mendapat panduan untuk memberi markah.Pada hari kedua,majlis berjalan lancar dan persiapan sekolah tersebut juga sangat baik.

Dua hari tersebut,saya belajar sesuatu.Untuk menjadi guru pengiring,kita semestinya melatih murid-murid bersungguh-sungguh di samping menerangkan perjalanan sesuatu pertandingan tersebut.Jika murid tidak diberi penerangan yang jelas tentang perjalanan pertandingan,maka mungkin akan ada perkara-perkara yang tidak dijangkakan.KAsihan sungguh kepada satu daripada peserta yang bertanding.Nampak sangat mereka tidak didedahkan cara forum dikendalikan.Dahlah tidak menjelaskan definisi tajuk,semasa nak menutup forum mereka,pengerusi forum bertanyakan soalan kepada penonton.Bila tiba masa soalan spontan,dia juga turut menjawab soalan tersebut.Entah siapa yang patut dipersalahkan,guru pembimbing atau diri mereka sendiri kerana gagal mencari maklumat sebenar.

Cara pengendalian forum:
1.Mereka akan berforum selama 20 minit dengan mengupas definisi tajuk,isi penting 1,2,3,4,dan 5 serta menggulung perbincangan.Ahli panel dan pengerusi dinilai secara berbeza kerana ada penambahan aspek bagi pengerusi.Penggulungan oleh pengerusi akan menamatkan acara.
2.Setelah selesai,mereka akan diajukan satu soalan spontan oleh ketua hakim.Pengerusi sepatutnya memberi masa untuk ahli panel merangka jawapan dan bukannya terburu-buru meminta ahli panel menjawab soalan tersebut.
3.Pengerusi akan mengulas/mengulang soalan tersebut dan meminta ahli panel menjawabnya.Ketiga-tiga ahli panel perlu menjawab dalam masa 3 minit.





Sabtu, 7 April 2012

Sudah Seminggu

Alhamdulillah,sudah seminggu memandu sendiri ke tempat kerja walaupun kerap hujan sama ada masa pergi atau balik.Hampir seminggu jugalah saya solat subuh di sekolah.Maka,baru saja hampir seminggu,kereta sudah macam belacan.Almaklumlah,kereta sentiasa dipandu kiri jalan.Jalan berlopak,tak ratapun,saya redah saja.Hari Khamis terpaksa cuci sikit kereta kerana malu dengan diri sendiri.Itu belum lagi budak-budak sekolah tengok.Air muka cikgu kena jaga.Pagi-pagi kita sibuk suruh budak bersihkan kelas sebelum mula p&p,tapi kereta sendiri pun tak bersih.Nampak sangatlah kita ni tak mendidik melalui teladan.

Setiap kali nak balik,berdebar-debar juga.Bila baca rabbi yassir wala tuassir,alhamdulillah..dipermudahkan perjalanan balik.Nak singgah ke mana-mana tak berani lagi lagipun masa balik tak pernah pula dapat terus balik jam 1.15.Paling tidak pun 1.30 petang baru balik.Biasanya ada-ada saja kerja yang perlu dibuat lepas sekolah.Hari ni pun balik lambat.Jam 3 petang baru balik pada hal loceng berbunyi jam 12.30 lagi.Sebagai cikgu,memang tak sesuai nak berkongsi kereta ke tempat kerja sebab setiap orang ada tugasan yang berbeza.Ada yang akan balik lambat semata-mata nak siapkan kerja dulu tapi ada juga yang terus balik bila loceng berbunyi.Sebelum ini,terpaksa ikut saja kawan balik ikut masanya dengan mengenepikan kerja-kerja yang ada.Almaklumlah,kita menumpang orang.Bila dah balik lambat,kasihan pula kepada Akmal yang ditinggalkan di taska.Maka, hasrat nak singgah ke tempat lain tu terpaksa simpan dulu.

Jumaat, 6 April 2012

Rabu, 4 April 2012

Hari Kraf Kebangsaan


Banyak ukiran kayu yang ada tapi ini saja yang sempat dibeli...

Sampai juga di Kompleks Kraftangan pada hari Ahad lalu untuk pameran Hari Kraf 2012.Tujuannya semata-mata nak mencari tudung saji dalam gambar tu.Dapatpun walaupun agak tergesa-gesa kerana suami,Adib dan Akmal menunggu di dalam kereta.Biasalah bila masa jalan-jalan,Adib tak boleh dibawa.Hilang dalam kesesakan orang ramai,manalah nak dicari.Ramai juga pengunjung tapi tidaklah sesak.Macam nak pergi lagi jika tahun depan ada lagi pameran sebegitu.Tak puas tengok ukiran kayu.