Memaparkan catatan dengan label Saujana Utama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Saujana Utama. Papar semua catatan

Khamis, 26 Mac 2015

Barangan Hello Kitty di Home Mart

Jalan-jalan cuci mata kerana sepanjang cuti seminggu,saya tak makan angin ke mana-mana.Nak ke Laman Seni 7 di Shah Alam pun tak sempat kerana nak menyiapkan kerja penandaan kertas ujian tapi tak sempat juga.
Hanya sempat cuci mata di Home Mart yang ada di kawasan perumahan saja. Home Mart ni merupakan kedai yang baru  dibuka di Saujana Utama untuk menjual peralatan rumah.Kedainya seakan Mr Diy juga tetapi harga barangan tidak semurah di Mr Diy.  Untuk mencuci mata,memang boleh kerana agak banyak barang yang ada.Ini satu-satunya kedai yang saya jumpa untuk produk Hello Kitty.Saya bukannya peminat HK tetapi seronok juga melihatnya.











Permainan untuk kanak-kanak pun ada juga di sini.Kalau anak-anak singgah di sini,mahu melompat mereka kerana banyak mainan dijual.




Basikal pun ada.Dah lama anak-anak tak berbasikal

 Barang yang dibeli.Ok saja.Plastiknya melekat di dinding dengan kuat sekali.

Nota kaki:Banyak kedai yang muncul di sini sekarang tetapi kadang kala ada juga yang  tidak dapat bertahan..

Isnin, 17 Disember 2012

Jualan Murah di Blackred Butik

Geramnya tengok kain pasang di butik ni sangat murah sempena jualan akhir tahun.Kalau diikutkan hati,mahu memborong semua jenis kain tapi...

Kain pasang semurah RM 20,mungkin kita akan membuat andaian bahawa kain tersebut kurang elok.Tidak semuanya begitu kerana kain Korean silk yang saya beli sangat lembut walaupun harganya RM 20 sahaja.


Kain-kain lain yang berharga RM 20.Berkenan juga sebab kainnya swiss cotton,cuma tak pasti lagi sama ada kainnya lembut atau kasar ..Kena ke butik itu untuk melihatnya sendiri..


Jenis lain dah ni...
RM 40...berkenan juga tapi cuba sabarkan diri...




Di butik ni juga saya tempah jahit baju kurung kerana RM 35 sepasang baju.Harga tu sama juga di tempat-tempat lain.Masa yang diambilpun tidak lama iaitu hanya seminggu sahaja.Biasalahkan,baju baharu memang tak sabar nak pakai.Kalau lama sangat masa yang diambil untuk menjahit,itu yang buat nak marah...

Info tentang butik ni,layari saja fb Blackred Butik yang terletak di SU3,Sungai Buloh.Penghantaran melalui pos juga dibuat oleh pemilik butik ni.

Khamis, 13 Disember 2012

Agenda Hari Jumaat Lepas

Hari Jumaat lepas merupakan hari berbelanja.Entah macam mana boleh membeli-belah dengan begitu banyak padahal bukannya ke Jusco,Sogo atau mana-mana pusat beli-belah yang ada jualan murahpun tapi hanya di Pasar Kemboja,dan kedai pakaian biasa saja.

Memang dah lama nak ke Pasar Kemboja Kg.Kubu Gajah tapi tak berpeluang kerana pasarnya hanya beroperasi pada hari Isnin dan Jumaat saja.Memandangkan sekarang cuti sekolah,nampaknya tak boleh tangguh-tangguhkan lagi kerana makin ditangguh,makin tidak menjadi.Pagi tu kiranya nekadlah nak pergi sendiri walaupun tahu agak susah nak cari tempat letak kereta yang sesuai untuk orang yang kurang mahir seperti saya.

Masa tu pergi dengan Adib,nasib baik dia tak banyak kerenah kerana dia dah jumpa permainan yang disukainya(gasing) masa mula-mula nak masuk ke tapak pasar tu.Sempatlah beli tudung tiga helai,telekung dan baju bola untuknya dan abangnya.Rasa macam nak pergi lagi je sebab nampak murah saja kain pasang di situ.

Pesanan yang saya jumpa dalam internet tentang Pasar Kemboja Kg.Kubu Gajah ni mungkin mengiyakan bahawa tempat tu memang istimewa..
KEPADA SAHABAT2 YG DIINGATI, KAK AIDA NAK KONGSI CERITA TENTANG JUALAN MURAH >>BAJU KURUNG, TUDUNG DAN EKSESORI MANIK DAN BEG TANGAN. MINGGU LEPAS KAWAN KAK
>>AIDA MEMPERKENALKAN PADA AKAK SATU TEMPAT YG DINAMAKAN PASAR KEMBOJA YG >>TERLETAK DI KG. KUBU GAJAH SG. BULOH. DI SANA BAJU KURUNG DAN TUDUNG BOLEH >>DIDAPATI DGN HARGA MURAH YG JAUH BERBEZA DARI HARGA DI BAZAR  DAN BUTIK2 >>BAJU& TUDUNG. SALAH SATUNYA TUDUNG SITI NURHALIZA DIJUAL DGN HARGA RM10.00
>>TETAPI AKAK TENGOK DI BAZAR DAN BUTIK DIJUAL DGN HARGA RM35.00. BAJU KURUNG >>DAN KEBAYA YG SIAP DI JAHIT DI JUAL DGN HARGA RM45 - 50, KAIN YG DIGUNAKAN >>ADALAH DARI JENIS KAIN YG BAIK DI MANA DBUTIK2 DAN KEDAI DIJUAL DGN HARGA >>RM80.00. MANAKALA TUDUNG RAINBOW FESYEN TERKINI DIJUAL DGN HARGA RM15 UTK 2 >>HELAI. PASAR INI HANYA ADA PADA SETIAP PAGI ISNIN DAN JUMAAT BERMULA DARI >>7.00 PG HINGGA 12.00 TGHARI. AKAK BERITAHU NI SAJA NAK BERKONGSI PENGETAHUAN>>BUKAN NAK PROMOSI TEMPAT INI KERANA AKAK TAK ADA KEPENTINGAN DI SINI. BUAT SEMUA RAKAN2 SIM, AKAK NAK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,BERHATI2 DIPERJALANAN.


Apabila dah habis berbelanja,saya terus ke Desa Coalfields untuk bertanyakan mengenai sarung sofa.Sampai di sana,berbelanja lagi sebab tak pernah jumpa cadar saiz kelamin yang berharga RM 30 saja dengan kainnya yang betul-betul kapas di Kedai Pakaian Masnita milik seorang makcik yang membahasakan 'nenek' kepada Adib.Nasib baik tak beli dua.Lepas tu tinjau-tinjau pula kedai jahit di SU2.Rupa-rupanya ada 3 kedai jahit di situ.Kedai jahit untuk membaik pulih baju ada bersebelahan Sheeda Tomyan. Kedai jahit baju kurung dan sofa yang saya nak pergi tu selang beberapa lot kedai tapi kedainya dibuka pada waktu petang. Kedai jahit tudung ada di bangunan yang sebelah bersebelahan kedai gunting rambut.Label tidak ada di kedai tu.

Kemudian,setelah makan tengah hari di kedai makan dengan Adib,saya nak menempah baju di Butik Blackred(SU3), tapi kedainya tutup kerana masa tu masa makan tengah hari.Tak tahu nak ke mana,singgah ke Cosway sebab teringat ada terbaca dalam blog bahawa rak bertingkat tu ada jual di situ.Bila dah nampak,terujanya.Saya pun pilihlah beberapa barangan lain.Apabila tiba masa anak membayar,rak tersebut sebenarnya berharga RM 79.90 untuk bukan ahli.Saya bukannya ahli Cosway.Terpaksalah jadi ahli Cosway semata-mata nak beli rak bertingkat tu.Hingga hari ini rak tersebut belum dipasangpun lagi padahal teringin sangat nak membelinya.Alahai hati...banyak sangat keinginannya.