Memaparkan catatan dengan label Dekorasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dekorasi. Papar semua catatan

Ahad, 12 April 2015

Deko Bunga dan Basikal...Ralatnya...

Kononnya sekarang ni tak nak membeli benda- benda yang tak penting tapi bila jamu mata lihat deko bunga di basikal ni,berkenan pula.Mulalah sesi singgah di Mr Diy semalam.Bakul basikal ada,bakul kereta pun ada.Cantik sangatlah tu.Dah pegang-pegang,cuma tak ambil untuk ke kaunter saja.Tiba-tiba mata terpandang bunga yang dah siap dalam pasu kecil.Terus ambil yang itu ke kaunter.Hari ni lihat lagi deko bunga dalam bakul basikal tu,cantiknya.Rasa rugi pula beli bunga dalam pasu.


yang ni dah ada bunga tapi masih ralat

Nota kaki:Kalau dah ditakdirkan nak rugi,terimalah seadanya..ada hikmahlah tu.Sesi memujuk diri sendiri

Jumaat, 3 April 2015

Cat Dinding Bersegi-segi

Tak tahu nama sebenar untuk corak dinding sebegitu,berilah nama sendiri.Sudah menjadi trend sekarang agaknya,ramai orang mengecat dinding dengan corak sebegini.Disebabkan tak pasti  nama untuk corak segi-segi sebegini, nak cari dalam En Google pun tak jumpa.
Semua gambar ni saya salin daripada fb kerana menariknya idea ni.Minta halalkan kalau tuan punya gambar ni ada baca blog ni.Kalau ada kerajinan,bolehlah dibuat sebegini.













Ahad, 15 Mac 2015

Dapur Hijau

Cuti sekolah ni mesti siapkan minit mesyuarat,menanda kertas ujian dan teks ucapan untuk Hari Kecemerlangan.Memikirkan kertas ujian yang belum sempat ditanda kerana sibuk dengan soalan cuti terancang,memang tak rancang nak balik ke kampung.Sebelum memulakan kerja-kerja ni,cuci mata dulu dengan dapur hijau ni,sejuk mata memandang.






Dah banyak perkakas hijau di dapur, nampaknya tak perlulah kabinet saya nak dicat hijau.Nanti tenggelam pula perkakas hijau tu..
Nota kaki:bila nak jahit langsir,siapkan pemegang periuk hijau
(dah lama potong kain tapi tak dijahit lagi) dan siapkan bilik bawah kalau asyik banyak kerja saja ni?

Selasa, 9 Disember 2014

Idea Kreatif Untuk Dapur

Gambar-gambar ni hasil fb.Biasanya memang susah nak cari gambar yang dikehendaki di Google.Inisiatifnya,simpan gambar hasil perkongsian fb.Kredit untuk tuan punya gambar iaitu Anne Ann,Mak Faiz dan Rohaya Shuib(harap tak silap)
Sesiku L digunakan untuk letak para-para tu.Dah jimat ruang...

Rak kasut dijadikan rak untuk dapur..

Rak buku yang bertutup macam ni pun boleh dijadikan rak untuk dapur supaya barang-barang tersimpan rapi.Nak cantik lagi,catkan warna kesukaan..dah lupa nama empunyanya...

Yang ini lagi hebat idea empunya  ruang ni.Rak kasut juga untuk bahagian atas tu.Bahagian bawah pula jika tak silap,kayu katil.Satu kombinasi idea yang sangat menarik.

Nota kaki:Ada idea,sesuatu tu akan jadi menarik walaupun murah...

Rabu, 5 November 2014

Alahai Pelekat Warna-warni

Dalam masa terdekat,Mr Diy Setia Alam,Bukit Jelutong,dan Kota Damansara dah saya terjah.
Bersemangat mencari pelekat warna-warni ni untuk menggantikan hiasan yang ditampal di ruang tamu yang dah terjatuh.Mula-mula bahagian kanan,kemudian kiri pula.Tinggallah satu-satunya yang di tengah tu.Sekarang,yang tengah tu pun dah jatuh.Meninggalkan kesan pula tu.Catnya terkopak mencacatkan dinding.Cadangnya nak menampal pelekat  yang berwarna-warni tu pula di situ supaya tak jatuh-jatuh lagi tapi hingga sekarang belum dijumpai.Nampaknya saya terpaksa terima keadaan bahawa pelekat tu memang tak ada di Mr Diy yang berhampiran.Kena tunggu balik ke kampung pula untuk ziarah kedai Eco 2.Jika tidak ada juga,terpaksalah tampal semula hiasan yang sedia sedia ada.Sebelum tu,cari dulu pelekat yang bergam.Kalau dapat warna merah,memang sangat sesuai.Pelekat ni perlu untuk memberi keseimbangan terhadap hiasan pemandangan  yang tergantung tinggi.Nak buka semula,alang-alang sangat.
gambar disalin daripada fb.susahnya nak mencari pelekat ni...

Sekarang...tak sampai dua bulan pun,dah jatuh semuanya...
dah terkopak catnya...

Sabtu, 1 November 2014

Deko Dinding Guna Stensil

Sekarang ni macam trend pula orang menggunakan stensil untuk mendeko dinding.Rupa-rupanya cara stensil ni sudah lama dilakukan untuk mendeko dinding.Kemudian,muncul pula penggunaan kertas dinding berpelekat menggantikan stensil.Sekarang,penggunaan stensil popular.Saya pun teruja juga melihat deko menggunakan stensil ni tapi memang perlukan masa untuk membuatnya.Jika tak gigih,lupakan saja.
Peralatan yang diperlukan ialah kertas stensil, pensil, pisau pemotong, berus cat dan cat serta pelekat. 






Banyak lagi gambar,di sini

Nota kaki:Sebelum ni tertarik melihat dinding berjalur.Teringin juga nak buat tapi belum buat pun.Yang ini pun suka juga melihatnya.Jika buat di ruang menonton.di tingkat atas cantik juga.Satu dinding tampal kertas dinding berpelekat,satu dinding lagi buat corak stensil..Seronoknya berangan.Wanita,1 akal 9 nafsu,semua benda disukai...alahai...

Ahad, 21 September 2014

Sudut Kopi

Sudut kopi...jika di pejabat nampaklah fungsinya.Tapi jika di rumah,pentingkah sudut ni?Tak pasti pula tapi macam seronok saja kalau ada sudut kopi di sini.Setakat ni tempat untuk simpan kopi,teh,gula, dan milo memang adapun tapi tak sempurna keadaannya kerana cawan dan sudu di tempat lain.Sudut kopi seperti ini memudahkan kerja juga sebenarnya kerana semua kelengkapan untuk bancuh air ada di satu tempat.Susun atur di rumah juga lebih tersusun.








Sabtu, 20 September 2014

Pelekat Suis Lampu di Mr Diy

Banyak betul saya memborong di Mr Diy.Bekas plastik dibeli lagi.Kertas dinding berpelekat pun dibeli juga.Alang-alang dah sampai ke Mr Diy,beli saja yang terfikir.Harap-harap akan dideko kemudian dan bukannya tersimpan saja...




harga RM 2.90 di Mr Diy

Cuci Mata di Romantika Setia Alam

Semalam dapat cuci mata di Romantika.Suka sangat sebab dekat sikit tempat ni dengan rumah.Kalau tak kena pergi ke Shah Alam,jauh sikit dengan rumah.Pada mulanya tak tahu tempat nak terjah,cuma tahu berhampiran Tesco sahaja.Memandangkan saya tinggal di Saujana Utama,setiap kali ke Tesco memang terus ambil jalan ke kiri menghala ke Setia City Mall.Makanya,memang tak perasan bangunan-bangunan yang ada selepas Tesco tu.Rupa-rupanya deretan kedai perabot ni berada selepas bangunan Tesco jika dari SU dan sebelum Tesco kalau dari Klang.
Tak banyak barang yang saya beli kerana selepas ni nak ke Mr Diy.Puas hati menghabiskan duit semalam kerana penuh bonet kereta saya memborong di Mr Diy...















Khamis, 28 Ogos 2014

Alas Berenda RM 2...

Bila ke Kedai 2 Ringgit,mata asyik terpandang alas berenda putih ni saja kerana kain ni diletakkan di bahagian depan dan berdekatan kaunter pembayaran.Akhirnya beli juga walaupun pada mulanya nampak macam tak cantik.Saya beli satu helai dan dipotong dua.Sangat jimat kerana dengan RM2 saja saya dapat dua helai kain tu(setelah dipotong dua)
suka cara ni untuk letak kain tu..