Memaparkan catatan dengan label kekeluargaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kekeluargaan. Papar semua catatan

Sabtu, 10 Mei 2014

Sabtu Yang Sibuk

Sabtu ni merupakan hari yang padat dengan jadual.Dahlah paginya bersekolah, hari yang sama juga kenduri anak buah pihak suami.Malamnya pula ada makan-makan anjuran kejiranan taman perumahan.Apabila sampai di rumah hampir jam 10 malam, badan agak kepenatan.Tambaha Akmal yang masih kurang sihat sudah lena.Makanya, majlis malam tu tidak dapatlah saya hadiri.




Inilah biras-biras saya...

Sabtu, 12 November 2011

Ceritera Ubi Musim Tengkujuh

Lebat betul hujan pagi tadi.Bila hujan lebat sebegini terutamanya musim tengkujuh semasa tinggal di kampung waktu remaja dulu, pastinya menu ubi rebus menjadi menjadi kemestian.Sedapnya.Sudah agak lama saya tidak menikmati menu ubi rebus seperti zaman remaja dulu.Agak-agaknya saya sudah melupakan detik itu apabila telah berkahwin dan jarang-jarang pulang waktu tengkujuh.Maklumlah, bimbang pula akan bermasalah bila nak balik ke Selangor jika air ditenggelami air banjir.Seronoknya makan ubi pada musim tengkujuh ialah dapat makan bersama-sama sambil bercerita dab bergosip.




Ahad, 29 November 2009

Kemeriahan Hari Raya

Disebabkan kami tidak balik ke Kuala Selangor pada hari raya pertama,kakak ipar saya menyangka kami telah balik ke Terengganu kerana sambutan hariraya di sana lebih meriah sangkanya.Saya sering diajukan persoalan itu dan kadang kala sukar juga untuk menjawabnya kerana pengalaman saya berhari raya di kampung sendiri tiada istimewanya.

Sambutan hari raya di rumah sendiri pada tahun ni memberi jawapan kepada persoalan tersebut.Sambutan hari raya korban mungkin meriah jika kita mengadakan acara korban kerana biasanya di kampung saya,majoriti penduduk akan melakukan acara korban.Paling tidaknya mereka akan berpakat sesama sendiri untuk mengorbankan seekor binatang ternakan atau bagi mereka memang sangat mampu,mereka mengorbankan seekor binatang ternakan.

Biasanya awal-awal pagi lagi sudah ada orang yang bertamu di rumah kita untuk mengerjakan binatang korban sehingga selesai.Jika dah ada orang yang berkunjung, sudah pastinya makanan untuk mereka patut disediakan. Untuk memasak,pastinya memerlukan tenaga yang agak ramai dan bukannya dilakukan seorang diri. Keadaan ini sudah menggambarkan kemeriahan di hari raya.

Kemeriahan ditambah lagi sekiranya daging korban yang dikerjakan dimasak untuk dijamu kepada penduduk kampung. Keadaan ini bermakna rumah kita akan dikunjungi orang sepanjang hari bermula dari acara proses korban binatang ternakan hinggalah majlis makan-makan.Jika tiada acara korban,maka di mana-manapun kita berada sama ada didesa atau bandar,kemeriahannya tidak akan dirasa.

Sekiranya tiada acara korban,pernah juga berasa hari itu seperti tiada apa-apa yang istimewa kerana tiada orang yang berkunjung dan tiada tetamu yang perlu dirai serta tiada apa-apa yang perlu dilakukan kerana pengisian hari raya Aidil Adha ialah acara korban.

Teringat pula pengalaman saya menyambut hari raya korban di Tambunan,Sabah lima tahun yang lalu.Disebabkan penduduk Islam di situ hanyalah minoriti,acara korban hanya dilakukan di masjid.Untuk memeriahkan hari raya, kami saling berkunjung ke rumah rakan-rakan yang lain sambil menikmati juadah yang dimasak.