Rabu, 27 Jun 2012

Dua Minggu yg Sibuk

27.6
Hari Terbuka(Menandatangani Buku Prestasi)sekarang sudah tak ada buku prestasi tetapi hanya slip sahaja.Rasanya sama sahaja bagi setiap pelajar kerana ia dcetak daripada SAPS..
Hari ini juga Hari Koperasi.Hari berjual beli.Budak-budak bebas berkeliaranlah hari ni di gerai yang ada di tapak perhimpunan.

29.6
Hari Persaraan PK Hem.Tema ungu.nasib baik ada baju ungu yang baju dijahit.

7.7
Sukan Tahunan.Kerja lagi pada hari Sabtu.

8.7
Hi Tea sempena Majlis Persaraan PK Hem di Hotel Concorde.Bila masalah nak mendobi di rumah ni.Sabtu dan Ahad ada hal saja...

Jumaat, 22 Jun 2012

Sukantara

Seperti biasa,bacaan Yassin dan tazkirah Jumaat diadakan sebelum loceng dibunyikan.Biasanya bacaan Yasin dimulakan pada jam 7 pagi kerana tidak mahu mengganggu p&p yang sepatutnya dibermula pada jam 7.25.Alhamdulillah,jarang-jarang sekali p&p waktu pertama tersasar tepat pada masanya.Tahun ini nampaknya saya memang berpeluang mengikutinya kerana saya sentiasa tiba awal di sekolah.
Jam 8.30 pagi barulah sukantara dimulakan.Nampak lebih teratur perjalanan sukantara kali ini kerana guru dikumpulkan bersama bagi acara guru.Sebelum ini,acara guru dilakukan selepas acara murid-murid untuk rumah sukan masing-masing.Jika terlepas peluang,nasiblah.Tetapi tahun ini,seronok juga apabila dapat melihat  guru-guru lain membuat lontaran.

Geli hati mengingatkan acara untuk guru-guru semasa membuat lontaran peluru dan cakera.Ramai guru yang melepasi garisan yang ditetapkan dan ramai juga yang tidak melepasinya termasuklah saya.Kata orang,tengok badan dah boleh agak jarak peluru dan cakera boleh dilontarkan.Apa-apapun,tetap ada markahnya walaupun tidak melepasi jarak yang sepatutnya.Beberapa orang ustazah telah mengambil bahagian walaupun berbaju kurung,semuanya untuk markah rumah sukan masing-masing .Tahniah..
Gembira apabila Rumah Hang Nadim(oren) yang mendapat nombor 1.Tunggu 7.7 ni,Sukan Tahunan akan berlangsung,rumah apa yang akan menang tak pasti lagi...

Ahad, 17 Jun 2012

Akmal

 rambut panjang lagi
 manisnya senyum....

 rambut pendek dah...hari khamis lepas ayahnya gunting
 hari rabu masa cuti baru dapat meniarap...

Sekadar Renungan...




Isnin, 11 Jun 2012

Bilik Kanak-kanak Riang

Hasil main-main dengan Ammar dan Adib pada hari Khamis dan Sabtu,inilah hasil bilik Ammar dan Adib.Stiker tu pada hari Rabu di pasar raya yang berdekatan dan pasar malam pada petangnya.Namun tak cukup lagi hingga terpaksa ronda-ronda di The Store.

dunia Angry Bird...




inilah hasilnya....

sedang mengegamkan keratan
masa untuk menampal


hati-hati,nanti terkoyak...

Sabtu, 9 Jun 2012

Sepetang di Cameron Highland

Cuti kali ini sememangnya saya tidak mengharap untuk bercuti ke mana-mana memandangkan banyak kertas peperiksaan belum selesai ditanda dan ditambah pula dengan kerja-kerja rumah yang agak lama tidak diurus dengan sempurna.Tanpa diduga suami mahu membawa kami jalan-jalan ke Cameron Highland pada hari Isnin lalu.Macam tak percaya saja tapi itulah luar biasanya pada hari itu.Disebabkan haiwan peliharaan makin banyak,maka tengah hari barulah dapat bertolak.Jam 12.30 dari rumah,jam 2 sudah berada di Tapah.Kami melalui jalan Tapah.Jalannya memang sempit dan bengkang-bengkok.Kereta memang tak boleh dipandu dengan laju sepanjang 55 km perjalanan.selepas Lata Iskandar,ada gerai jualan barangan kraf.Apa lagi,kami singgah sekejap.Kebetulan Akmal pula diam dalam kereta.Sporting betul.






Kami hanya singgah di MARDI.Gambar-gambar ni diambil sekitar Mardi.












































Semasa nak balik singgah di pasar malam Brinchang.Seronoknya seab macam-macam ada tapi kami hanya beli makanan, strawberi dan pelekat peti saja.Jalan sesak sepanjang jalan ke Brinchang.Nasib baiklah perjalanan kami lancar saja.Kami balik ikut jalan Simpang Pulai.