Seminggu sebelum peperiksaan,beberapa orang pelajar lelaki meminta izin untuk menghias kelas setelah kemahuan mereka sejak awal tahun lalu tidak dilayan kerana memikirkan banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mengecat kelas.Bersopan pula mereka ni kerana meminta izin daripada guru kelasnya untuk melakukan sesuatu terhadap kelasnya,kata saya dalam hati.Namun,saya agak hairan kerana hampir menjelang peperiksaan dan dah nak masuk pertengahan tahun.Apabila ditanya sebabnya,"bosanlah cikgu,asyik kelas tu je yang menang setiap minggu." Selama ini saya yang bersungguh tapi mereka yang tidak menunjukkan minat.Sekarang,saya memberi lampu hijau kerana mereka telah berjaya menyerlahkan ruang papan kenyataan yang berwarna oren di belakang.Semua urusan diuruskan oleh mereka.Saya hanya datang untuk melihat-melihat dan mengarah sahaja pada hari kejadian iaitu pada hari Rabu dan Khamis minggu lepas.
Sesi tanggal-menanggal sebelum mengecat
Mengikis cat yang lama
Untuk keselamatan,pakai topi keledar supaya habuk tidak masuk mata
Hari Khamis mereka sambung lagi setelah kepenatan pada hari Rabu.Belum sempat siap dan mengemas peralatan,mereka telah balik.
Cat tumpah merata-rata
kesan cat yang ada di lantai memang sukar nak ditanggal.masa cat,mereka tak lapik dan main-main pula
pelajar lelaki malu untuk bergambar...
pelajar perempuan saja yang mahu bergambar....
@sekurang-kurangnya mereka tahu betapa sukarnya mengecat kelas sendiri.