Isnin, 18 Februari 2013

Ahad, 17 Februari 2013

4 TANDA HIDUP TAK BERKAT

Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan-NYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.

Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.

Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti.

Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing.

sumber;facebook

Khamis, 14 Februari 2013

Bersihnya Rumah

Catatan  Hias Kelas yang telah dikongsikan di fb menyebabkan beberapa rakan guru mula meyedari kehadiran blog saya.Memang segan kerana dalam blog ini banyak gambar peribadi yang tak sesiapa pun tahu.Lebih memalukan apabila ada seorang rakan guru menyapa,bersihnya rumah.Saya hanya tergelak besar mendengarnya kerana gambar yang ditonjolkan itu diambil setelah saya selesai mengemas.Jika dalam keadaan bersepah,tak sedia atau mata tak berkenan melihatnya,maka mana-mana gambar tidak akan dimuat naik.

Sebenarnya,gambar-gambar tersebut juga sebagai motivasi diri supaya rajin mengemas rumah.Maklum sajalah,dengan sikap anak-anak yang lasak memang susah nak kekalkan keadaan rumah supaya sentiasa kemas dan bersih.Realitinya,memang sukar nak kekalkan keadaan rumah seperti dalam gambar tetapi sedaya mungkin akan terus berusaha ke arah itu.

Nota kaki:Sedaya mungkin juga saya cuba untuk tidak bersikap nak menunjuk-nunjuk sama ada menunjuk kelebihan diri atau kelemahan orang dalam setiap catatan yang dibuat.

Cuti Pun Kerja

Hari ini sudah hari Khamis.Memang tidak terasa cepatnya masa berlalu.Apa yang dibuat dalam masa cuti itu?Banyak perkara sebenarnya yang telah selesai.Alhamdulillah,walaupun tak ke mana-mana,pengisiannya tetap ada cuma anak-anak saja agak kebosanan.Cuti yang ada digunakan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang  tertangguh.

Cuti saja,saya akan menyiapkan kerja sekolah,macamlah tiada kerja lain yang nak dibuat.Memang itulah yang perlu dibuat.Melihat saya selalu menggunakan masa cuti untuk menyiapkan kerja sekolah,satu hari Ammar berkata:

Ammar:Ammar tak naklah jadi cikgu...
Ummi:Kenapa?
Ammar:Bila cuti saja,asyik je kena buat kerja sekolah...
Ummi:Tak terkata apa-apa tapi dalam hati berkata siapa suruh jadi cikgu...Antara serba salah,baru saja berniat nak mencari soalan ujian untuk BM pada malam nanti.Tanpa pedulikan kata-kata Ammar,pada malamnya saya mula membelek-belek buku BM tingkatan 3 untuk mencari soalan yang sesuai.
Ammar:Ammar dah kata dah....
Ummi:Tersenyum tanpa kata kerana itulah realitinya cikgu...hanya guru sahaja yang faham.

Tanggapan begitu sudah melekat dalam kepala Ammar sekarang kerana saya selalu membawa kerja sekolah ke rumah.