Hari ini sudah hari Khamis.Memang tidak terasa cepatnya masa berlalu.Apa yang dibuat dalam masa cuti itu?Banyak perkara sebenarnya yang telah selesai.Alhamdulillah,walaupun tak ke mana-mana,pengisiannya tetap ada cuma anak-anak saja agak kebosanan.Cuti yang ada digunakan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang tertangguh.
Cuti saja,saya akan menyiapkan kerja sekolah,macamlah tiada kerja lain yang nak dibuat.Memang itulah yang perlu dibuat.Melihat saya selalu menggunakan masa cuti untuk menyiapkan kerja sekolah,satu hari Ammar berkata:
Ammar:Ammar tak naklah jadi cikgu...
Ummi:Kenapa?
Ammar:Bila cuti saja,asyik je kena buat kerja sekolah...
Ummi:Tak terkata apa-apa tapi dalam hati berkata siapa suruh jadi cikgu...Antara serba salah,baru saja berniat nak mencari soalan ujian untuk BM pada malam nanti.Tanpa pedulikan kata-kata Ammar,pada malamnya saya mula membelek-belek buku BM tingkatan 3 untuk mencari soalan yang sesuai.
Ammar:Ammar dah kata dah....
Ummi:Tersenyum tanpa kata kerana itulah realitinya cikgu...hanya guru sahaja yang faham.
Tanggapan begitu sudah melekat dalam kepala Ammar sekarang kerana saya selalu membawa kerja sekolah ke rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan