Sabtu, 24 Julai 2010

Dua Acara Penting...




Hari ini ada dua peristiwa penting.Paginya ada sukan Pasti dan pada masa yang sama sekolah saya mengadakan majlis kenduri.Dua-dua majlis mesti hadir.Sukan Pasti didahulukan kerana acaranya hanya di taman yang sama.Bila dah tamat acara tu barulah ke majlis kenduri.Tugasan saya ialah bahagian tajaan,jadi taklah menjadi orang penting pada paginya.

Baca Surat Khabar...Kerjakah Itu?

Geram juga rasanya apabila semua perkara kita perlu lakukan.Sedang kalut di dapur,tangan sedang ligat membersihkan ayam yang baru dibeli,tiba-tiba yang sulung datang ke dapur minta dibancuhkan susu untuknya. Terpaksah cuci tangan pula.Bila dah siap dibancuh, terlihatlah si ayahnya yang sedang syok menonton tv.Lagilah berasap kepala dibuatnya.Tak boleh jadi macam ni.Semua perkara,anak hanya memandang ke arah umminya untuk membuatkannya, sedangkan nama ayah langsung tiada dalam kepala anak.Satu hari,saya cubalah bercakap dengan si anak sulung supaya dia faham akan situasi dan tanggungjawab.
"Abang,kalau abang nak susu atau nak apa-apa saja,kalau ayah ada,suruhlah ayah buatkan.Semua benda ummi nak buat,nanti penatlah ummi.Kalau ummi tak buat apa-apa masa tu,tak apalah kalau nak ummi buatkan.Faham tak?"
"Faham" Ammar menjawab.Tunggu sajalah nanti, macam mana.Saya menjawab dalam hati.
Tak lama selepas itu,"ummi,pasang tv,ayah tengah buat kerja.Pada masa itu memang ayahnya sedang buat kerja lain.Oklah,dia faham apa yang saya cakap tu.Selalunya kalau dia minta buatkan apa-apa,pasti dia akan kata ayah sedang buat sesuatu.
Satu pagi,semasa saya sedang menjemur baju di ampaian, tiba-tiba Ammar bersuara,"ummi,pasang tv,ayah sedang baca surat khabarlah mi."
Menyirap juga darah saya apabila melihat ayahnya yang senang-senang bersilang kaki membaca surat khabar di sebelahnya dikatakan sedang buat kerja. Saya yang cepat-cepat nak menyiapkan jemuran kain kerana tidak tahan dek bahang matahari,tak buat kerjakah?Entahlah...tak boleh nak salahkan dia juga.Nak marah pun ada,nak gelak pun ada masa tu. Tersilap tafsiranlah pula si Ammar ni.

Jumaat, 23 Julai 2010

Kerja Dah Bermula..



Hari ni operasi membaik pulih bahagian dapur belakang sudah bermula.Kononnya nak berjimat,buat dapur terbuka sahaja.Rupa-rupanya hayat tak juga kesampaian apabila timbul masalah lain.Semuanya gara-gara tersilap pilih tukang buat.Kerja-kerja hanya diserahkan kepada pekerja sahaja tanpa penglibatan bos,kesudahannya kerja yang dibuat jadi lain.Yang terpaksa menanggungnya ialah tuan rumah.Nasiblah...

Khamis, 22 Julai 2010

Bila Tiba-tiba Diuji...

Dua hari saya sakit peha.Tiba-tiba sahaja sakit peha apabila bangun dari tidur.Kifarah atas dosa-dosa saya agaknya sehingga diuji sedemikian.Hari pertama tidak berkesempatan untuk ke klinik kerana suami balik dah lewat petang.Lepas maghrib pula saya sudah kepenatan,maka saya hanya tidur sahaja.Bila saja masuk hari kedua,bila balik dari sekolah saja,sakitnya makin menjadi-jadi hingga hendak membengkokkan kaki pun sakit.Itulah kesannya apabila banyak bergerak.Di sekolah,panjat tangga sudah kemestian apatah lagi berjalan-jalan.Di dalam kelas pun saya tak betah sekiranya hanya duduk di kerusi sahaja tanpa berjalan-jalan memerhatikan anak-anak murid membuat latihan.Lagipun ada juga antaranya yang suka mengambil kesempatan jika kita terlalu menaruh kepercayaan kepada mereka.Kita di depan, mereka di belakang sempat lagi membuat kerja lain.Siapa yang tak naik angin.Bila minta hantar buku,ada pula yang tak sempat nak siapkannya apabila dalam kelas asyik buat kerja lain.Setelah menelan tiga biji ubat,barulah lega sekarang ni.

Selasa, 20 Julai 2010

Yang Ketiga Baru Jadi...


Hari Jumaat lepas,balik sahaja dari sekolah saya dapati ada tahi kucing di bahagian dapur belakang. Sudah pasti kucing tersebut dapat meloloskan diri melalui pintunya.Geram tak boleh nak cakap.Bila dah begitu keadaannya,usaha untuk mengubahsuai dapur tersebut dipercepat sebelum menjelang puasa.Hari selasa,saya telah bersetuju dengan satu kontraktor yang ada di kawasan perumahan ini.Setelah tiga kontraktor,barulah saya membut kata putus.Sudah rezeki dia,nak buat macam,tetapi dia sudah berjanji untuk menyiapkan dapur tersebut sebelum puasa.

Ahad, 18 Julai 2010

Kepentingan Asid Folik

Tajuk ini merupakan antara maklumat yang telah dicari dalam internet untuk dimuatkan manuskrip.Info yang amat berguna untuk ibu yang mengandung.

KEKURANGAN vitamin ketika hamil memberi banyak kesan kepada janin dalam kandungan. Oleh itu, pengambilan asid folik misalnya amat penting kepada wanita hamil dan yang merancang kehamilan.

Asid folik adalah vitamin B (B9) yang penting bagi pertumbuhan sel dan janin sempurna. Asid folik boleh diperoleh daripada pil yang dibekalkan doktor dan alam semula jadi.

Ia juga boleh ditemui dalam sayur-sayuran hijau seperti bayam, selain buah-buahan sitrus dan bijirin.

Pelbagai kajian menunjukkan wanita yang mengambil 400 microgram (0.4 miligram) setiap hari sebulan sebelum hamil dan tiga bulan pertama kehamilan, berupaya mengurangkan risiko terhadap kerosakan tiub saraf sehingga 70 peratus.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Fatima Najla Mohd Jaffar, berkata kerosakan tiub saraf yang biasa terjadi ialah spina bifida.

“Spina bifida adalah kecacatan pada tulang belakang yang menjadikannya kelihatan menonjol, tetapi kekurangan asid folik juga boleh mempengaruhi pembentukan tempurung kepala yang tidak sempurna (anencephaly) dan terjadinya bibir sumbing,” katanya.

Begitupun, lazimnya kejadian spina bifida lebih kerap berbanding yang lain. Ia berlaku berikutan penutupan tidak sempurna sebahagian sistem saraf tengah (spinal cord) dan tulang belakang (spinal columm) yang menyebabkan pertumbuhan otak janin terjejas dan juga berada dalam keadaan encephalocele - otak menonjol melalui jurang trauma dan konginental dalam tempurung kepala.

Di Amerika, kerosakan tiub saraf dianggarkan berlaku kepada seorang daripada 15,000 bayi. Ia juga adalah masalah kecacatan tiub saraf yang paling biasa.

Malah, di kebanyakan negara barat, masalah spina bifida sangat biasa. Di Malaysia tidak ada statistik khusus mengenai spina bifida tetapi ia biasa ditemui.

Antara faktor kes spina bifida tinggi kerana sikap hampir 67 peratus wanita hamil malas mengambil asid folik.

Angka itu diperoleh dalam satu kajian membabitkan wanita hamil di Amerika. Menyedari pentingnya asid folik ketika hamil, pada 1998 Persatuan Ubat dan Makanan Amerika (FDA) mengarahkan semua jenis bijirin dan roti mesti mengandungi 140 mcg asid folik.

Bagi pasaran Malaysia, kebanyakan bijiran dan roti juga mengandungi asid folik sebagai makanan tambahan.

Selain itu, kata Dr Fatima, spina bifida juga terjadi kerana kebanyakan wanita tidak merancang kehamilan.

“Selalunya, seseorang wanita itu hanya menyedari dia hamil selepas kandungan berusia antara enam hingga tujuh minggu. Sedangkan ketika itu kebanyakan organ sudah terbentuk,” katanya.

Oleh itu, merancang kehamilan sangat penting dan melengkapkan diri dengan bekalan asid folik amat perlu. Pengambilan asid folik yang banyak tidak menjadi racun tetapi pengambilan yang kurang boleh menjejaskan pertumbuhan bayi.

Bagaimanapun, pengambilan asid folik yang kurang bukan satu-satunya faktor terjadinya masalah ini. Ada beberapa faktor turut mempengaruhinya.

Antaranya termasuk genetik, wanita yang mendapatkan rawatan dialisis dan wanita yang mengambil sesetengah jenis ubat, contohnya epilepsi.

Faktor lain mungkin menghisap rokok, pengambilan alkohol dan obesiti. Apabila janin berhadapan dengan spina bifida, ia boleh dikesan seawal 12 minggu kehamilan. Menerusi imbasan, bakal ibu boleh melihat pembentukan tulang belakang janin.

Ada bayi yang lahir dengan masalah spina bifida yang sedikit. Peluang untuknya hidup normal agak cerah, tetapi bagi bayi yang mengalami spina bifida yang teruk, dia akan lumpuh dan tidak berupaya mengawal pundi kencing.

“Bagi kes lain disebabkan kekurangan asid folik seperti anencephaly, ibu dinasihatkan menggugurkan janin pada awal kehamilan. Bagaimanapun, bagi spina bifida yang terjadi dengan beberapa keabnormalan lain yang serius, kandungan ini mungkin juga akan gugur sendiri.

“Jika tidak begitu serius, ia akan lahir seperti bayi lain. Begitupun peluang untuk memiliki hidup yang normal bergantung kepada serius mana kecacatan tulang belakang yang dialaminya,” katanya.

Dr Fatima berkata, wanita yang pernah melalui kandungan bermasalah seperti ini digalakkan mengambil lebih asid folik.

Begitupun ada juga wanita yang mengambil jumlah asid folik yang betul hamil dengan bayi spina bifida, bibir sumbing atau tempurung kepala yang tidak sempurna. Dalam kejadian begini, selalunya faktor genetik turut memainkan peranan.

Jumaat, 9 Julai 2010

Tazkirah Pagi Jumaat-Tanda-tanda kematian

Pagi tadi agak lambat saya keluar dari rumah.Kebetulan pula jalan sesak,maka lambatlah saya sampai pagi tadi.Tidak sempat pula menyertai bacaan Yaasin dan mendengar tazkirah Tanda tanda kematian pada pagi tadi.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanyaakan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tandaini cuma samada mereka sedaratau tidak sahaja. Tanda ini akanberlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih iaitu jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tandamati maka getaran ini akanberhenti dan hilang setelah kita sedari akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yangada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika inidaun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas Arash Allah SWT.Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan berasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan iaitu orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu iaitu bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di manakita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun yang menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan apabila kita akan berasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ia akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.Saling berpesan2lah sesama kita.....

Sabtu, 3 Julai 2010

Petua Di Dapur

Koleksi Gelang Tangan


Apabila berkenan dengan gelang tangan yang dijual semalam,saya mula tercari-cari semula koleksi gelang saya.Semuanya ada 10 utas gelang tapi dua tak dijumpai sebab tak pasti tempat simpanannya.Kiranya dah banyaklah tu.Beberapa utas dah putus sebabnya gelang tu dah lama dibeli.Terpaksalah diikat dengan benang dahulu supaya tidak terlerai.Jarang-jarang sekali gelang tu dipakai.Gelang yang diikat emas sahaja yang selesa dipakai sekarang selain sifatnya yang nampak klasik kerana berjuntai-juntai. Memang menang membeli, tetapi alah memakai.Sebab itulah saya tidak membeli gelang yang dijual masa Hari Koperasi semalam untuk mengelakkan pembaziran.

Jumaat, 2 Julai 2010

Hari Koperasi 2010





bukan tudung yang dibeli tetapi penyangkutnya yang menjadi pilihan

Selepas rehat, gerai jualan Hari Koperasi bermula.Sebelum murid-murid rehat, selepas kelas jam 9.50 pagi saya telah meronda-ronda di sekitar tapak gerai untuk melihat barang-barang untuk dibeli.Walaupun ada gerai yang menjual tudung,kain pasang,barang perhiasan dan buku,gerai makanan tetap menjadi pilihan.