Memaparkan catatan dengan label Kertas Dinding Murah Berpelekat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kertas Dinding Murah Berpelekat. Papar semua catatan

Rabu, 10 Jun 2015

Kertas Dinding Berpelekat dari Mr Diy

Dah lama tak mendeko.Cuti sekolah yang masih berbaki ni gigih saya menyiapkan penandaan kertas peperiksaan.Sambil-sambil tu sempat lagi saya entri untuk hilangkan bosan dan mengantuk.Gambar-gambar ni hasil penggunaan kertas dinding berpelekat dari Mr Diy.Banyak lagi yang belum ditampal,tak pasti bila boleh dikerjakan.Dah minta suami tampalkan di pintu tapi tak juga dibuatnya.Dah berbulan-bulan.Sabar sajalah..
Semua gambar lama...







Ahad, 29 Mac 2015

Kertas Dinding Berpelekat di Rumah

Gara-gara kemaruk kertas dinding berpelekat,hampir setiap ruang rumah ditampal dengan kertas dinding berpelekat.Berlainan corak pula tu.Masih ada lagi yang masih tersimpan kerana belum sampai seru untuk menampalnya.
Nasib baiklah suami tak pula bersuara.Ok juga hobi menghias rumah kerana semua orang dapat manfaatnya walaupun seorang diri saja yang bertungkus-lumus mengerjakannya.


Nota kaki;Seronok juga dengan hobi menghijaukan dapur kerana hobi itu mendorong untuk kerap ke Mr Diy,Daiso,kedai-kedai berhampiran dan Kedai RM 2.Masa inilah peluang untuk jalan-jalan,kalau tidak memang tak suka jalan-jalan tanpa tujuan.

Isnin, 2 Februari 2015

Atasi Masalah dengan Kertas Dinding Berpelekat

Bilik bawah ni bersebelahan dengan bilik air.Dah lama,dinding jadi kulat dan sakit mata memandang.Jika nak cat untuk menutup masalah tu,tak sanggup rasanya.Macam biasa,saya gunakan kertas dinding berpelekat.Dengan cara ini,memang saya boleh buat sendiri dan tak perlu nak tunggu suami buatkan kerana kebiasaannya suami hanya rajin bila menjelang raya.

Sebelum 

Selepas

Nota kaki:Kertas dinding berpelekat tidak sesuai dibiarkan lama tanpa memasangnya kerana gamnya akan kurang melekat.Itulah yang terjadi pada kertas dinding berpelekat bercorak batu-bata.Nak guna dah tak ada mood kerana kena tambah gam pula...border yang digunakan di kelas pada tahun lepas pun sama.Lebihan border tahun lepas yang digunakan untuk kelas sekarang kena stapler pula supaya tak jatuh...

Selasa, 9 Disember 2014

Idea Untuk Tak Cukup Kertas Dinding


Pada mulanya tak cukup satu baris saja,alang-alang nak beli satu gulung yang berukuran 10 meter tu.Lagipun harganya RM 60.Tiba-tiba pula berkira.Dalam pada itu,nak juga ke Diy untuk cari corak yang sama tapi tak sampai-sampai juga.Akhirnya,timbullah idea buat bingkai macam ni.Jenuh juga mengukur dinding dan kertas dinding.Agak leceh tapi itulah cabarannya.Lagi mencabar,ukuran di dinding tak sama pula dengan ukuran kertas dinding.Konfius juga tu...
Bila dah buat macam ni,banyak pula kertas dinding yang lebih.Bolehlah digunakan untuk sebelah dinding lagi.
Bila dah siap,baru perasan batu-bata bahagian bawah tak sama yang di atas...biarlah...

Kononnya supaya bahagian tepi cantik sikit tapi nampak macam ada yang tak kena pula...Tekap corak di kabinet dapur saja tu...Anak sulung minta buat semua melekuk macam tu,kalau rajin bolehlah sambung lagi...sekarang tak berapa nak rajin lagi...


Nota kaki:Kena pilih corak yang betul baru puas hati.Corak hijau ni memang kurang memuaskan hati kerana coraknya memang tak boleh nak dicantum.tak bertemu penyambungnya,macam buat kerja cincai saja...

Rabu, 5 November 2014

Beli Lagi Kertas Dinding Berpelekat

Selepas  ini saya mesti nekad untuk tidak membeli kertas dinding berpelekat lagi kerana sudah banyak stok yang saya simpan tapi belum digunakan lagi.Semalam,sempat lagi saya beli kertas dinding berpelekat ni untuk dijadikan hiasan di dinding bilik Ammar yang masih kosong.Bentuk hiasan dan cara nak menghiasnya belum difikirkan tapi harap-harap hiasan tu nanti akan menceriakan dinding tu dengan keceriaan kertas dinding berpelekat ni.Memang beli yang ceria kerana tak mahu menghias keanak-anakan sangat walupun untuk bilik kanak-kanak.Yang penting ceria.

Ini saja warna yang ceria...

selalu baca komen rakan-rakan deko, kertas dinding berpelekatnya berharga RM 3.30.Mengapa pula begitu?Inilah jawapannya...RM3.50 daripada OLAB tapi yang ini YEELO.Kertas yang ini tebal sikit.Gamnya,belum diuji kerana belum digunakan


Ahad, 26 Oktober 2014

Bilik Ammar dan Adib

Operasi menyempurnakan bilik kedua ni bermula jam 12 tengah hari.Dah lama nak menampal kertas dinding untuk menutup rekahan bucu dinding tapi tak terbuat.Rekahan tu dah ada sejak mula-mula tinggal di sini lagi memandangkan rumah saya rendah sikit berbanding rumah sebelah kanan.Dah minta pemaju baiki tapi macam tu juga.
Idea ni timbul bila lihat dalam fb juga.Walaupun sikit saja kertas dinding yang ditampal tapi makan masa hampir 3 jam juga.Percubaan pertama tak berjaya apabila kertas dinding yang digunting nampak pelik sangat.Rugi 5 kaki kertas dinding kerana terpaksa dibuang.Kali kedua nak gunting,barulah nampak bentuknya.Gunting dahulu barulah tampal,memang makan masa.

nak ambil gambar kedua-dua belah bucu tu pun tak boleh kerana bilik kecil,,,sekarang bilik ni jadi tempat menggosok baju kerama mereka belum tidur di sini lagi...pendingin hawa dah ada barulah boleh pujuk mereka tidur di sini...


langsir dibeli di Econ Save,RM59/69...lupa dah...


Yang biru ni dah lama tampal tapi bilik tidak diubah ke posisi asal kerna bucu belum disiapkan lagi.hari ni barulah ke posisi yang betul..bilik memang sempit,memang inilah tempat katil yang sesuai




Ambil gambar yang dah ada saja.tak sempat nak gantung lagi.sandar saja dulu.bahagian ni nampak kosong saja..pelekat banyak lagi yang tak ditampal,kena cari idea dulu...

macam ada yang tak  kena dengan awan di atas tu...kena tambah lagi agaknya biar seimbang...

memang macam nilah saja susun atur perabot dalam bilik ni kerana kehadiran dua lamari baju menyukarkan untuk mengubah posisinya


Rabu, 22 Oktober 2014

Kertas Dinding Berpelekat di Kabinet Dapur

Hari ni mood nak menanda kertas PT3 dah ke laut.Tiba-tiba datang mood nak mendeko pula.Kabinet dapur tempat memasak pula menjadi sasaran.

Sebelum mendeko,
1. Bersihkan pintu kabinet dahulu
2. Buka pemegang kabinet. Bahagian ni susah sikit dan kena minta tolong suami.Kali pertama saya deko rumah masa suami ada di rumah.Kebiasaannya saya buat masa suami pergi kerja.
3.Ukur dan potong kertas dinding yang dikehendaki
4.Bila dah siap,pasang semula pemegang kabinet
Bahagian kedua akhir agak leceh sikit.Belum ditampal,dah melekat.Beginilah jadinya apabila ditarik kerana pvc tu dah mengembang.Maka,terpaksalah buang yang ini.Nasib baik saya beli 3 gulung.

Bahagian tepi ni memang tak pandai nak tampal.Biarkan macam tu saja

6 pintu ni sepatutnya guna 4 meter/2 gulung saja  tapi dah terlekat satu potong,terpaksa guna gulung ke-3

Ada rama-rama di situ untuk menutup potongan pada bahagian pemegang kabinet yang tak dapat dibuka pada awalnya
Bahagian dalam juga saya tampal supaya cerah sikit dalam tu

Selasa, 21 Oktober 2014

Beza Kertas Dinding Berpelekat Mr Diy dan BTL(Taiwan)





Saya masih kemaruk kertas dinding berpelekat.Yang sudah dibeli  tapi belum ditampal pun banyak lagi tapi hari ini sudah sampai lima gulung lagi kertas dinding.In sya allah,akan diusahakan dalam masa cuti yang masih berbaki ni.
 Semua corak kertas dinding berpelekat di atas ni saya beli di Mr Diy sebab teruja bila mengetahui murah,RM 8.50 dan RM 3.50 sahaja untuk satu gulung.Warna ungu tu untuk ruang menonton di tingkat atas.Warna hijau tu untuk bilik tetamu.Warna kayu tu untuk pintu tapi hanya sebelah pintu saja cukup masa beli tempoh hari.Rupa-rupanya kertas dinding ni ada juga dijual secara talian.Bila dah ada dijual atas talian,beli sajalah sebab kertas dinding di Mr Diy stoknya terhad.
Beza antara kedua-duanya,
1.Mr Diy tiada jenama tapi yang atas talian ditulis BTL daripada Taiwan.
2.Setakat ni hanya jumpa yang 5 meter saja di Mr Diy tapi yang atas talian 10 meter
3.PVC lebih nipis yang dijual di Mr Diy
4.Kertas dinding berpelekat dari Mr Diy sangat kuat gamnya.Tak ada lagi yang jatuh setelah ditampal berbanding corak hitam dan kuning dari BTL yang pernah jatuh dan sekarang nampak merekah.



beza sikit warnanya.

Nota kaki:Kertas dinding di Kaison tak pasti pula macam mana kualitinya kerana tak pernah membelinya.

Rabu, 8 Oktober 2014

Cara Tanggalkan Kertas Dinding Berpelekat


Lagi catatan untuk peminat kertas dinding berpelekat.Minggu depan,tiada masa untuk fikir pasal deko-deko rumah atau susun atur untuk memberi ruang menyelesaikan urusan sekolah...

Cara untuk tajuk di atas:
Sembur air dulu di kertas dinding berpelekat tu dan biarkan seketika supaya kertasnya kembang.Selepas tu kopeklah kertas dinding berpelekat tu sambil sembur lagi dengan air supaya gam tu betul-betul kembang.Bila dah tanggal semua,sembur lagi dengan air sambil menggunakan pengikis (yang macam kita buat burger tu),kikis sisa gam sampai habis.Lepas tu lap dengan kain lembap/basah dan biarkan kering.Dinding boleh dicat semula mcm biasa.Cara ni disalin daripada fb

Ahad, 28 September 2014

Cara Tampal Kertas Dinding Berpelekat

Video ni sebenarnya dirakam sendiri semasa saya menampal kertas dinding berpelekat tempoh hari.Agak mudah juga walaupun buat sendiri tapi jika buat berdua lagi mudah untuk meletak kertas dinding tu kerana seorang lagi boleh pastikan kedudukan bahagian tepi kertas dinding bersambung dengan bahagian sebelahnya.Jika dah banyak yang melekat tapi tak bersambung, terpaksa reda saja kerana agak susah nak menanggalkannya...

Pendek saja video ni kerana nak menunjukkan caranya saja ...terpaksa berhenti kerana bawahnya ada
tombol pintu


Nota kaki:kalau tak berapa nak menjadi video ni,saya minta maaf kerana kurang mahir nak muat naik video sendiri.akhirnya muat naik melalui gambar saja..dalam video 37 saat tu memang nak tunjukkan pergerakan tangan saja.satu tangan tarik dan satu tangan lagi ratakan kertas dinding dengan plastik seperti tu.tak ada plastik tu,boleh gunakan apa-apan yang sesuai...

Ahad, 21 September 2014

Ubah Wajah Pintu Hanya RM7

Dah lama tak selera tengok pintu dapur ni.Hari ni dapat ubah wajah pintu dengan kertas dinding berpelekat yang dibeli semalam.Jika tidak diusahakan segera, maka tersimpanlah saja dan tak pasti pula bila akan menampakkan hasilnya.Terjadi sebegitu kerana kertas dinding berpelekat yang dibeli tidak mencukupi.Garis tengah tu pula kerana kedua-dua bahagian di atas tidak bercantum.Untuk menutup kecacatannya, timbullah idea itu dengan menggunakan kertas dinding yang ada.





Khamis, 14 Ogos 2014

Menampal Kertas Dinding Berpelekat

Memandangkan catatan tentang kertas dinding sangat popular sekarang,diharapkan catatan ini akan membantu kepada pembaca yang ingin mencuba menampal kertas dinding sendiri.Catatan ini hanya berdasarkan pengalaman saya menampal kertas dinding seorang diri saja.
Peralatan untuk menampal kertas dinding ialah kertas dinding,gunting,pisau dan peralatan dalam gambar ni.

tangga untuk memanjat..

jika ada gelembung sedangkan bahagian lain sudah melekat,cucuk saja bahagian yang bergelembung itu dengan peniti dan ratakan perlahan-lahan.cucuk pun mesti secara kecil sahaja supaya tidak nampak berlubang.ratakan semula lubang tersebut.

pengukur ni untuk mengukur panjang kertas dinding berpelekat.

plastik untuk meratakan tampalan kertas dinding ni digunakan untuk memastikan semua bahagian melekat dengan baik di dinding.ratakan saja tampalan tersebut dengan tekan plastik tu di dinding dari atas ke bawah.


gam yang saya guna.tak pasti pula ini memang untuk kertas dinding atau tidak tapi melakat saja apabila saya gunakan.hanya ini yang ada.gam ini digunakan apabila tampalan mula jatuh beberapa hari kemudian...

Beberapa perkara yang perlu diteliti semasa  menampal kertas dinding:
1.Setelah kertas dinding dipotong,pastikan kertas dinding tidak ditarik semasa menampal kerana kertas dinding pvc akan mengembang jika ditarik.Keadaan ini akan menyebabkan kertas dinding akan mengecut tidak lama kemudian(beberapa hari setelah ditampal)dan terbuka jadi seperti ini,

sekadar mencantum sahaja coraknya,lama-kelamaan jadi begini.jika ditindih sedikit,mungkin tidak akan berlaku sebegini apabila kertas dinding pvc ni mengecut

2.Sebaik-baiknya tindih sedikit di atas kertas dinding yang telah siap ditampal semasa proses menampal kertas dinding yang seterusnya tetapi jangan dalam ukuran yang besar kerana kertas dinding akan menampakkan kesan apabila ditindih dengan banyak.Maka,hasilnya tidak cantik.
3.Sebelum memotong kertas dinding,pastikan sambungan coraknya telah dikenalpasti terlebih dahulu.jangan terus potong tanpa mengambil kira sambungan coraknya kerana hasilnya akan nampak kecacatannya.jika nak mudah,pilih sahaja kertas dinding yang tak perlu disambung coraknya...

Ahad, 20 April 2014

Idea Menampal Kertas Dinding

Kebiasaannya kita hanya menampal kertas dinding dengan cara biasa saja.Kadangkala bosan juga.Apa kata,kita pelbagaikan cara.Semua contoh saya ambil daripada internet sebagai panduan.Tuan punya gambar,mohon dikongsikan.Hanya satu saja yang saya punya.
corak batu-bata mengapit dengan corak utama
  
ruang ke dapur...letak tudung saji sebab dapur...

corak batu-bata dijadikan bingkai untuk corak utama



corak bunga diselang-selikan dengan corak bergaris