Sabtu, 28 Februari 2015

Deko Doa Cuci Beras

Petang semalam saya singgah di Kedai RM 2 di kawasan perumahan untuk beli biskut untuk anak-anak kerana di situ biasanya biskut hanya berharga RM 2 berbanding di kedai lain yang lebih mahal daripada tu.Bila dah masuk,memang cuci mata sekali.Intai-intai mangkuk hijau yang dalam tapi tak ada.Intailah pula bahagian bingkai gambar.Nampak bingkai gambar warna hijau yang kecil.Elok sangatlah tu.
Dah lama projek ni terbengkalai kerana tak jumpa bingkai gambar yang sesuai hingga gambar yang disimpan dalam telefon dah tak tahu tempatnya.Maka bermulalah projek ni.Gambarnya memang tak pandai nak edit.Guna warna asal saja dan dicetak mengikut kesesuaian bingkai gambar.


terpaksa potong gambar bahagian atas kerana tak muat...

Harapan untuk gantung penggantung cawan hijau masih ada di antara dua bingkai tu

Rak Penyangkut Baju

Masa nampak rak penyangkut baju ni,memang tak fikir panjang,terus ambil dua.Nak baca pun memang tak faham.Bila sampai rumah,cubalah susun penyangkut baju tu,tapi tak muatlah pula.Rupa-rupanya rak ni untuk penyangkut baju yang besar sedangkan penyangkut baju di rumah hanya bersaiz sederhana saja.Semua penyangkut baju yang ada tak muat.Alahai,ralatnya.RM 10 terbang kerana saya beli dua,satu untuk penyangkut baju saya dan suami  serta satu lagi untuk baju anak-anak.Takkan tak digunakan,sayanglah kalau simpan saja.Mulalah saya cuba juga untuk susun penyangkut baju di rak tu kerana tak tak mahu membazir.
depan plastik..

sepatutnya penyangkut baju disusun begini


Terpaksa buat inovasi,jika tidak, memang akan simpan saja.Beginilah jadinya.Yang penting, dapat digunakan.


Ammar

Ustaznya(guru sekolah agama) nak gambar satu keping yang penuh,kalau beri kena denda.Mulalah kena berposing di rumah.Nak bergambar di studio,alang-alang sangat.
Dah rakam gambar dan edit dengan telefon bimbit tapi bermasalah pula nak cetak.Gambar daripada telefon nak simpan dalam komputer riba,tak tahu nak buat dengan mudah.


Jalan-jalan Daiso Aeon Rawang

Dah lama nak ke Aeon Rawang ni tapi tak berkesempatan.Jika nak ajak suami jalan-jalan ke sana,memang dah tahu takkan dibawanya apatah lagi bila difikirkan gelagat Adib dan Akmal.Memang akan stress saja bila pergi ke tempat seperti itu.Makanya,terpendam sajalah hasrat tu.Lagipun bukannya penting pun,sekadar nak jalan-jalan saja.
Nak dijadikan cerita,pada hari Khamis,27.2, saya ditugaskan untuk menjadi hakim bagi pertandingan Bahas peringkat zon di salah sebuah sekolah di Rawang.Nak tak nak memang kena tahu jalan ke sekolah itu kerana kali ini saya memang nekad nak pergi sendiri dan tak mahu menumpang kereta kawan-kawan dari sekolah lain.Pada hari Ahad yang lalu,saya terpaksa memberanikan diri ke Rawang dengan ditemani anak yang sulung dan berpandukan wave.
Alhamdulillah,jalan yang ditunjukkan memang melalui depan Aeon Rawang.Semasa perjalanan balik,memang berhenti seketika di Aeon tu walaupun ramai orang.Mana tidaknya,dah jam 3 petang.
Bila masuk dalam Aeon ni,saya hanya nak masuk ke Daiso sahaja kerana nak mencari rak penyangkut baju sahaja.Daiso The Strands tak ada pula rak penyangkut baju tu.Sambil tu,sempatlah meninjau-ninjau barangan lain untuk cuci mata.Rak penyangkut baju hijau yang saya beli tapi alahai...
Berkenannya lapik hijau ni tapi yang dah beli pun tak guna-guna lagi.Lapik jenis plastik,bukannya kain.

Alas yang berenda macam ni pun berkenan juga..

Hiasan ni bukan di Daiso tapi kedai hiasan yang berada di depan Daiso.Cantik juga telefon dan mesin jahit hiasan ni tapi agak berisiko untuk cepat rosak kalau beli.Maklumlah,Akmal tu sangat tinggi perasaan ingin tahunya.Memang akan dikerjakannya jika nampak    ni.



Nota kaki:Sejak dah pandai pandu kereta ni,ada-ada saja tempat yang nak dituju.Kebiasaannya,hujung minggu diam di rumah saja.Lepas ni rasa nak ke GM Klang pula...

Selasa, 24 Februari 2015

Kemas Lagi Dapur Hijau

Tak sabar nak menukar alas renda ni sebenarnya.Lagipun,kalau ditangguh-tangguh memang akan lupa tempat letaknya.Daripada lupa,lebih baik tukar cepat-cepat.Tengah malam Sabtu hari tu baru berkesempatan kemas-kemas hingga siap.Masa ni,si Akmal dah tidur baru boleh buat kerja.Jika tak,dia pun nak mengemas juga.
Beberapa hari sebelum tu,alas renda tu dah ditukar kerana sekejap saja untuk menukarkannya,cuma masih mencari idea untuk nampakkan hijau.Inilah hasilnya.Jika nak tukar semua perkakas yang nampak di mata hanya berwarna hijau,agak ambil masa juga.Buat masa ni,inilah yang termampu.
Dua bekas bertutup tu untuk simpan ubat.Banyak sangat ubat hingga dua bekas.Malas nak buang ubat yang lama;nanti suami bising.Bekas yang atas bertutup di atas tu untuk simpan sudu.Sebelum ni simpan dalam kabinet tapi disebabkan nak menonjolkan elemen hijau dan bukan hiasan semata-mata,bekas bertutup tu digunakan.
Hajatnya nak letak alas tu seperti yang di tengah-tengah tapi kain tak cukup.Alas tu pun kecil sikit berbanding yang sebelum ni.Kena alas dua lapis untuk bahagian tengah tu.


Buat masa ni,pinggan yang tak digunakan ni dipamer saja di sini.

Sesak sikit bahagian cawan-cawan tu.Kalau dapat gantung cawan-cawan  di ruang atas paip tu barulah nampak lengang sikit.Bilalah nak buat ni...

Dah alihkan kole yang bercorak supaya nampak hijau sekata di ruang ni... 







Ahad, 22 Februari 2015

Puding Jagung

Pagi tadi,jam dua pagi saya masak puding jagung manis ni.Buang tabiat agaknya masak pagi-pagi buta macam tu.



 Tak pasti sebab jadi putih macam tu pula...mungkin kerana masih panas dah dimasukkan dalam peti ais

Kole yang dijadikan cawan untuk sukat tepung kastard dan gula.rasa manis ok sangat.

Bahan-Bahan
  • 1 cawan tepung kastard 
  • 3 cawan air 
  • 3/4 cawan gula 
  • Satu tin susu cair 
  • Setin jagung manis

Caranya 
1.Masukkan semua bahan-bahan di atas dalam periuk dan masak dengan api yang sederhana hingga adunan tadi menjadi sedikit pekat. 

2.Bila adunan dah pekat, padam api dan tuangkan terus dalam bekas.

4.Biarkan sekejap hingga adunan tadi sejuk dan sedia untuk dimasukkan dalam peti ais.

http://darihati-yatiefizzy.blogspot.com/2014/06/salam-ramadhan-al-mubarak-1435.html

Sabtu, 21 Februari 2015

Cuti RC...Ramai Bercuti

Cuti Raya Cina....Saujana Utama agak lengang hingga hari ini.Banyak kedai masih tutup.Saya selesa di rumah sendiri.Nak  keluar ke mana-mana pun berkira-kira kerana banyaknya kerja yang nak disiapkan tapi tak juga siap-siap.Balik dari kedai dobi(hantar pakaian seragam sekolah untuk diseterika),lihat cantiknya pokok.Subhanallah...
 Buah mangga yang akhir untuk musim ini.dua kali berbuah dan pernah sekali langsung tak berbuah



Jumaat, 20 Februari 2015

Pindahkan Wang Tabung Haji dan Bayar Bil Melalui Cimb Clicks

Sebenarnya tak susah jika nak masukkan duit ke akaun Tabung Haji jika tahu caranya.Ada dua cara iaitu secara atas talian dan ke ATM.Melalui ATM,tak pernah cuba lagi tapi kali ini saya nak kongsikan melalui atas talian atau 'on line'.

Langkah 1:Klik bahagian 'Pay bill' dan tulis saja Lembaga Tabung Haji di ruangan yang ada..Jika nak bayar bil,tulis saja bil yang nak dibayar.

Jenuh saya mencari 'Malaysia Billers' ni.Begitu juga bila nak membayar bil.Jenuh mencari senarai nama tapi tak juga jumpa.Mungkin ini cara lama.

Langkah 2:Isikan maklumat yang dikehendaki dan 'summit'.Teruskan langkah yang lain.Langkah yang lain memang dah biasa buat,cuma langkah 1 saja yang tak diketahui jika kita mendapat maklumat melalui internet.

Nota kaki;Bimbang juga cara ni kerana dikhuatiri tersalah tulis akaun...Jika melalui ATM,kebiasaannya ada nama penerimanya untuk disahkan...



Percubaan Gunakan Tack-It untuk Gantung Gambar

Dari tahun lepas lagi benda ni popular di laman deko(fb).Ada juga cuba menggunakannya tapi tak lama kemudian,bingkai gambar tu dah jatuh.Mungkin tak betul cara penggunaannya.
Kali ini nak cuba lagi kerana terasa sayang bingkai gambar hanya disangkut di tingkat atas kerana paku dah ada di situ padahal dalam kepala memang nak gantung di ruang tangga.Saki-baki tack-it yang dah dibeli pada tahun lepas masih ada sedikit.Dalam mencari saki-baki yang lain,tiba-tiba satu bingkai yang baru digantung tapi belum sempurna tampalannya telah jatuh.Patah 3 bingkai tersebut tapi cerminnya masih elok.Terpaksalah beli bingkai yang lain untuk gantikannya.Tak adalah pula bingkai yang sama tapi terpaksa beli juga walaupun berbeza bentuknya.




 Pada mulanya hanya banyak ini yang saya gunakan untuk menggantung bingkai gambar.Bila balik dari kedai,bingkai dah nak jatuh...
 Tambah lagi bilangan pelekatnya.Harap-harap tak akan jatuh..kalau jatuh juga,kena fikir cara lain pula
Syok sangat nak menggantung,tak perasan pula kedudukannya.Bila dah siap,baru perasan,kalimah Allah di sebelah kiri.Dah tak boleh nak tarik lagi bingkai tu...Yang warna-warni tu beli di Kompleks PKNS,RM50...

Botol Susu Tupperware Tak Meleleh Lagi

Set Tupperware seperti ini dihadiahkan oleh rakan-rakan sekolah  masa melahirkan Akmal.Tak terfikir pula nak beli botol susu Tupperware tu tapi bila dah dapat macam tu,gunakan saja.Masalah pula timbul kerana susu meleleh apabila menggunakan botol tersebut.Tak ada cara penyelesaiannya,terpaksalah simpan saja botol tu.Agak lama botol susu tu disimpan hinggalah pertengahan tahun lalu baru digunakan semula.Puting susu yang suami belikan sesuai dengan botol tu.
Cadangnya nak buat catatan tapi tak terbuat pula.Bila dah agak lama dan stok puting susu dah habis dalam simpanan di rumah,saya dah lupa.Terpaksalah membeli dan mencuba lagi hingga jumpa semula puting susu yang sesuai.




puting susu mesti ada tapak di bawahnya...jika yang tak ada tapaknya,susu akan meleleh juga kerana puting susu tak ketat

jenama Fiffy

jenama Ok Baby pun boleh...tak mahal pun

Nota kaki:ada juga kawan beri botol susu Avent...bila tengok puting susunya berharga RM25,fikir dua kali pula...

Selasa, 17 Februari 2015

Hiasan Ruang Depan Kelas

Gambar atas,kelas terkini manakala gambar bawah merupakan kelas dua tahun lepas.Sempat ambil semula bingkai gambar pemandangan tu.Sekarang tersimpan saja.Depan kelas dah ada dua buah pinggan kertas,makanya tak ada idea dah nak letak bingkai gambar tu.Lagipun,kena letak paku pula tu untuk gantungkannya,leceh sikit.

Bekas dan Berus Cuci Pinggan

berus yang dah lama digunakan untuk cuci singki manakala yang kuning tu untuk pinggan...

Sekarang ni bekas pencuci pinggan yang mempunyai dua lubang lebih memudahkan kerana berus untuk cuci singki dan pinggan boleh diasingkan.Saya tak suka menggunakan berus yang sama untuk cuci singki kerana  singki lebih kotor berbanding pinggan.Tak tergamak sebenarnya nak guna berus mencuci pinggan untuk menyental singki.
inilah berus yang saya guna.benda ni keras sikit tapi yang belum digunakan.biasanya warna hijau saja.saya tak suka guna span kerana terasa berlendir bila basah..

Nota kaki:entah betul atau tidak istilah berus tu tapi itulah yang mudahnya...

Isnin, 16 Februari 2015

Corong Lembut

Unik juga corong ni.Harganya RM 2.99.Selalu saja minyak yang dituang ke dalam bekasnya meleleh,harap-harap dengan adanya corong ni,minyak tak meleleh lagi.

Kain Renda Hijau Ada di Super Save

Minggu ni saya bercuti seminggu sempena Tahun Baharu Cina.Hari ni kononnya nak masukkan duit raya anak-anak ke akaun Tabung Haji setelah duit raya tahun lepas pun belum dimasukkan lagi.Bila sampai di PKNS,Tabung Haji dah berpindah tempat.Rasa-rasanya ke bangunan Anggerik Mall.Alang-alang dah di PKNS, cuci mata dulu di situ dan kemudian ke SACC Mall.Salah satu tujuan juga kerana nak singgah di Supersave,menjejak kain renda hijau lagi.Dah merata-rata kedai cari,masih tak jumpa juga..Kalau tak ada lagi di situ,nak singgah pula ke Plaza Alam Sentral,masuk Mr Diy.Itulah perkiraan pada mulanya.Super Save seperti juga Mr Diy,semua barang ada di dalamnya
Pernah datang sekali masa nak cari hadiah hari guru,bila hari ni dah lupa aras keberapa kedai ni.rupa-rupanya berdekatan dengan KK Home Deko

Nasib baiklah ada kain renda hijau ni.Tersenyum lebar bila jumpa kain renda ni walaupun tak secantik yang dibeli sebelum ini.




Masa ke Eco RM2 dulu,lupa nak beli botol hijau ni.kononnya nak beli hari ni tapi bila harganya hampir lima ringgit satu,terus tak jadi..

sarung bantal...













tak sangka dipermudahkan untuk masuk ke ruang parkir di bangunan SACC Mall ni walaupun masa nak masuk dan nak keluar kena buka tingkap kerana jarak kereta agak jauh dengan mesin parkir 

Barang-barang yang diborong...

 Akmal pun nak bergambar juga...


Lepas keluar dari SACC Mall,nak singgah pula ke Anggerik Mall tapi bila sampai depan bangunannya,kelihatan banyak saja kereta,malasnya nak masuk...kereta jalan terus saja...ada pula macam tu padahal itu tujuan asal ke sini.bila dah banyak 'window shooping',badan pun penat sebenarnya...