Sabtu, 14 Februari 2015

Produk Halal

Selepas kes bihun yang diproses dengan kotor,saya lebih berhati-hati nak membeli bihun dan suhun.Agak lama tak makan suhun kerana tak jumpa produk Muslim.Apabila membeli petola,terujanya nak mecari suhun.Kebiasaannya ada dijual di kedai Acheh tapi pada hari tu tak juga jumpa walaupun banyak kedai saya terjah.Kemudian,barulah teringat bahawa di Saujana Utama ni ada sebuah kedai untuk produk halal.Bila masuk ke kedai tu,memang jumpa suhun Mak Siti.Jumpa lagi mee sanggul dan mee wantan buatan Muslim.Lepas ni kena cari resipi untuk mee wantan dan mee sanggul pula.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan