Sabtu, 29 November 2014

Jamu Mata Di Desa Murni Batik

Nama saja Desa Murni Batik,tapi sekarang banyak pula barang untuk deko.Tudung dan batik memang ada tapi tak terpanggil pula nak rakam gambarnya kerana teruja dengan barang-barang deko yang menghiasi kedai dua tingkat tu.
Berkenan tapi tak boleh nak bawa balik kerana naik bas...













Singgah makan di sini tapi tak puas hati pula...

Ikan keli goreng kegemaran Ammar...

Singgah pula di tapak konvo UMT.Teringat pula zaman konvo dulu...



Cari Telekung di Era Alem

Datang ke sini untuk menunaikan hajat kakak yang ingin menghadiahkan telekung kepada cikgu-cikgu anak sulongnya yang telah mendapat 5 A dalam UPSR baru-baru ini.Telekungnya boleh tahan juga kualiti dan harganya.Saya pun tumpanglah sekaki.



RM169 sepasang..baju,kasut dan tas tangan boleh beli yang mahal,inikan pula telekung untuk solat..rasa macam tak betul pula kalau berat hati nak beli telekung mahal...cuba muhasabah diri supaya seimbang dalam berbelanja...


Lama betul ambil masa untuk memilih 5 telekung hinggakan budak bertiga ni dah panas punggung menunggunya..sejukkan hatinya,belanja makan aiskrim...
Lepas tu ke kedai Eco RM2 yang berdekatan dengan rumah adik di Mengabang Telong.Ini kedai yang kedua saya singgah.Sebelum ni dah ke kedai yang terletak di Manir tapi tak ada pula pelekat yang dicari-cari.

Sambil menunggu sate ikan dibakar,sempat saya rakam gambar ni.

Akhirnya jumpa tapi tak banyak.Ada lima keping saja,itupun corak yang berlainan.

Nota kaki:Kedua-dua kedai Eco RM 2 yang saya singgah memang ramai orang.Adik memang hairan,kenapalah orang suka sangat ke kedai ni sedangkan tiada apa-apa yang menarik pun...susah nak terangkan kalau citarasa tak sama...

Jumaat, 28 November 2014

Terlepas Episod Akhir SKD

Gara-gara bas pancit,saya bertolak agak lambat dari Klang Sentral dan lambatlah sampai di Kuala Terengganu.Tiba di rumah adik jam 10 ++ malam,badan dah penat sebab seharian dalam bas.Balik ke Sungai Buloh nantilah akan dijejaki drama tu dalam youtube atau tonton...
Bestnya makan sate ikan.dah lama tak makan sate ikan ni..zaman bebudak dulu popular sangatlah ni..jaja dengan basikal roda tipa saja keliling kampung..

Selasa, 25 November 2014

Alhamdulillah

Dua minggu lepas,Ammar beritahu dia dapat nombor 7 dalam kelas.Bila mendengarnya,saya memang tak percaya kerana  semasa pertengahan tahun,dia mendapat nombor yang corot.Tempat tercorot dan sekarang melantun dalam kategori 10 tertinggi,agak mustahil.Nasib baiklah teringat tentang SAPS.Sekarang,tak perlu tunggu laporan daripada guru,ibu bapa sendiri boleh tahu keputusan anaknya melalui internet.
Bila buka slip keputusan dalam SAPS,Ya Allah…Macam tak percaya pula bila dia mendapat nombor 6 dengan 81%.Terasa selama ni susah payah saya mengajar anak-anak PT3 telah berbayar.Saya percaya dengan kata-kata ni:sekiranya kita berusaha untuk mengajar anak-anak orang dengan bersungguh-sungguh,kita juga akan dapat imbuhannya.Sejujurnya,komitmen saya terhadap pelajar PT3 sangat banyak hingga saya tiada masa untuk memantau anak-anak sendiri.Tapi,sebelum peperiksaan,dia ada membuat ulang kaji sedikit kerana saya sangat bimbang dia akan turun kelas.Anak lelaki,belajar bukan nak serius pun.Satu jam buat latihan pun dah jemu.Saya tak mengharapkan dia di kelas A dan mendapat nombor satu kerana saya dulu pun bukannya cemerlang di sekolah,cuma rajin yang lebih.Lagipun,membesarkan anak lelaki sangat besar cabarannya.Jika nak mengongkongnya mengikut kemahuan kita,stress sepanjang masalah jawabnya.Untuk itu,pada saya memadailah dia tahu tanggungjawabnya sebagai anak,abang dan Hamba-Nya. 

Kemudian,si adiknya yang berada di Kelas Khas pula mendapat surat untuk Hari Anugerah Cemerlang.Biarpun dia diletakkan di Kelas Khas kerana ada ciri-ciri Autisme(walaupun tak ketara),sekurang-kurangnya dia ialah yang terbaik.Alhamdulillah..
Aksi Adib setelah balik dari sekolah pada hari Sabtu lalu.
suka main telefon.suka melihat Youtube...Alhamdulillah,setakat ni mereka suci bersih lagi,tak pandai lagi mencari benda yang tak baik tapi kena selalu memantau apa yang dilihatnya...

Memang dia mendapat nombor satu tapi tersalah pula pialanya...




Memfailkan Dokumen-dokumen Semasa

Sambungan untuk projek memfailkan dokumen.

Catatan sebelum ini yang disimpan dalam draf dengan tidak sengaja diterbit.Padahal nak buat satu saja catatan untuk projek fail ni tapi tersalah terbit pula.
Dalam catatan sebelum ini,failnya  lain.Bila dah jadi,failnya lain pula.Itulah,bila ditenung-tenung semula,tak menariknya fail tu,dahlah besar pula tu.Masa beli,memang fikir yang tebal dan besar akan menjimatkan tapi bila nak buat,rasa macam tak sesuai pula.Tak terfikir pula fail untuk PBS yang dibeli sendiri untuk sistem fail di sekolah dah tak digunakan lagi kerana PBS yang terkini tak memerlukan cikgu menyimpan evidens pelajar.Pihak sekolah manalah nak menyediakan fail untuk cikgu.Nak sistematik,kena keluarkan wang sendiri.Jadi,fail tebal tu,fail PBS manakala fail yang nipis tu fail pelajar.Dia dah masuk ke Kolej Vokasional,ditinggalkan fail sejarah begitu saja.Menyemak mata,nak dibuang sayang,saya guna semula.Sekarang,fail ni dah ada isinya tapi belum sempurna lagi.Banyak bahagian yang masih kosong,perlahan-lahanlah proses mengemas rumah dan mencari surat-surat yang terselit.
kebetulan kertas berbunga tu ada dalam simpanan.gunakan saja.Kertas berbunga,kertas A4,alat tulis mesti ada untuk hiasan kelas.

di bahagian tulangnya perlu ditulis tajuk supaya senang nak nampak..tiada masalah untuk mencetak kerana dari 2006 lagi saya dah guna komputer untuk menulis Buku Rekod Mengajar.sekarang,kalau ada apa-apa masalah tentang pencetak,hantar ke kedai saja.

bahagian dalamnya.penanda tu dibahagi dua...nak jimat.tapi,fail ni tak disediakan pembahagi tu.pembahagi tu diambil daripada fail lama
fail ni akan diletak di depan pintu utama.ada rak buku di situ.lecehnya guna fail macam ni kerana kena buka satu-persatu kalau nak masukkan bil di bahagian bawah..

Untuk menyimpan dokumen kereta,rumah dan sijil-sijil yang ada,dokumen-dokumen tu dah ada rumahnya yakni failnya tersendiri.Hanya dokumen-dokumen itu saja yang melalui proses pemfailan pada awalnya tetapi dokumen-dokumen lain agak berterabur.Sekarang,alhamdulillah,semuanya dah tersusun cuma kena pastikan proses penyimpanannya dilakukan secara berterusan.In sya Allah...

Nota kaki:Teringin untuk kumpulkan sijil-sijil yang dapat di sekolah tapi sekarang ni kena mendobi dan menyimpan baju dulu.Pagi esok nak bertolak ke Terengganu.Mudah-mudahan dipermudahkan kerana sekarang musim hujan..Beli tiket bas pun kena melepasi hari Selasa supaya dapat tengok Setitis Kasih Darmia dulu...

Jahit Skirt Kembang Cara Mudah

Satu skirt memerlukan 4 meter kain.Agak membazir juga kerana apabila ditenung-tenung skirt yang saya pakai,tak sampai pun 4 meter.Bila dicuba untuk 2 meter,tak boleh pula kerana kain yang saya beli bidang kecil.Makanya,akan jadi skirt pendek pula.
Maka,mulalah saya mencari pola untuk skirt yang menggunakan 2 meter kain saja.Jumpa pun tapi bila dilihat bahagian atas yang lipat-lipat tu dan guna pinggang keras,malaslah pula nak buat macam tu.Jadi,timbullah idea sendiri.Idea yang malas.Saya hanya jahit skirt tu guna 2 meter kain tanpa membuang bahagian lebihan keliling pinggangnya.Saya hanay potong kain bahagian labuhnya saja.Jadilah skirt yang kembang setaman.Jangan pula orangnya kembang juga,nanti jadilah kembang bertaman-taman.


inilah hasilnya.pinggang guna getah saja.bahagian bawah hanya dijahit tepi halus dan bahagian penyambung bahagian dalam hanya dijahit tepi setelah siap dijahit..kain tu saya beli RM10 saja untuk 4 meter..

Sumber lain pun ada juga.Sebenarnya banyak paten untuk jahit skirt kembang.Memandangkan banyak kain cotton murah yang dibeli,bolehlah dicuba.

Nota kaki:Kena beli kain bidang 60,baru boleh buat skirt kembang guna 2 meter kain.

Khamis, 20 November 2014

Projek Memfailkan Dokumen

Dah lama nak memfailkan dokumen yang berselerak tempat penyimpanannya tapi belum terbuat lagi.Bila dah ada cabaran 'Home Binder' ni,sekurang-kurangnya saya lihat tiga kebaikan untuk saya.Pertama,menyegerakan projek yang belum mula lagi ni.Kedua,mendorong untuk menggeledah serata tempat penyimpanan sementara(semestinya ni main selit saja hingga banyak tempat simpanannya) dan ketiga memdapat idea yang lebih baik untuk sistem fail di rumah.

1.Fail poket yang telah dibuang semasa sesi mengemas bilik guru pada tahun lepas,saya ambilnya untuk memulakan projek menyimpan resit-resit dan sebagainya.Memandangkan barang yang disimpan di dalamnya akan jatuh apabila tersalah cara angkatnya,maka timbullah idea lain.Fail ni dah digunakan untuk perkara lain pula sekarang
2.Beli fail yang agak tebal(RM8.90) dan longgokkan di dalam tu semuanya
3.Peralatan untuk memulakan projek 
4.Beli fail yang ada indeksnya supaya menjimatkan kerana tak perlu membeli bahagian pembahagian indeksnya secara berasingan

Apabila nak memulakan projek,terfikir pula tentang ketidakrasionalnya cara saya menyimpan bil-bil semasa.Cadangnya fail ini akan diletakkan di tingkat atas.Jika begitu,susah juga nak merujuk bil-bil semasa.Maka,timbullah pula idea nak mengasingkan fail untuk simpan bil dan perkara-perkara lain.Sebab itulah saya sanggup ke Giant hujung minggu lepas tapi terlupa pula nak membeli fail.Terpaksalah pula tinjau-tinjau di pasar raya yang berdekatan rumah tapi mahallah pula.
Maka,saya permudahkan dengan menggunkan fail yang ada sahaja.Fail ni dalam RM 2.20 saja.
Untuk isi dalamnya,belum sempat dimasukkan lagi kerana sibuk dengan kerja akhir tahun di sekolah.

Selasa, 18 November 2014

Setitis Kasih Darmia

Sekarang seronok pula layan cerita ni di tv 9 setiap Selasa dan Rabu jam 8.30 malam.Suami dan anak sulung pun suka tonton drama yang diadaptasi daripada novel SR Productian.Ada 3 episod lagi.Episod malam ni,lega apabila Amir tu bukan abang kandungnya.Kahwin dengan abang kandung,tak bestlah cerita.Tak sabar nak tahu jalan ceritanya sebelum episod malam tadi hingga tercari-cari di kedai buku tapi tak ada pula.Tunggu sajalah di tv lagipun episod yang mendebarkan dah terjawab tadi.




Setitis Kasih Darmia mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia yang kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan yang dia sendiri tidak rela. Lelaki yang bernama suami meninggalkannya kerana maruahnya tercalar. Mujur ada Opah dan Haliza sepupunya. Namun, lelaki bernama Khairul Amir yang pernah melafaz ijab kabul kepadanya merangkap kekasih dan majikan Haliza, mengharu birukan hidupnya. Lelaki itu muncul dengan dendam yang tidak dilupakan. Rahsianya harus disimpan sebaik mungkin.

Dari benci datang kasih. Jauh Darmia pergi, semakin kuat Khairul Amir mengejar dan rahsia yang terpendam selama ini terbongkar jua. Kasih Haliza pada Darmia juga berkecai. Buatlah apa saja, Darmia rela asalkan Haliza tidak disakiti. Khairul Amir nekad, biar hilang segalanya di dunia, setitis kasih Darmia dinanti.

Isnin, 17 November 2014

Cuci Mata Hingga Lupa Diri...

Cerita petang semalam...
Semangat nak memfailkan resit-resit yang dianggap penting dah lama ada tapi tak terbuat lagi.Disebabkan cabaran susun atur sioca tentang sistem pemfailan,maka semangat nak memulakan projek memfailkan resit tu dah berkobar-kobar.Saya dah beli satu fail tapi dirasakan tidak cukup lagi,maka naklah  membeli fail tu lagi.Apabila dah begitu,bolehlah cari fail tu  di Giant,alang-alang dah ke Klang Sentral untuk membeli tiket bas.Berkejar untuk membeli tiket bas tu pun disebabkan nak membeli fail.Sekali jalan,buat dua kerja terus.Kalau tidak,boleh saja beli melalui internet.
Bila dah sampai Giant,mulalah cuci mata dulu dengan melihat rak-rak buku yang ada.
Wah,mahalnya.Lihat barang kebanyakannya mahal,maka terlupa terus fasal fail.Tak ada barang pun yang dibeli,maka sajalah tengok-tengok apa-apa yang patut dibeli.Terpandanglah sabun Antabak dan kole yang murah.Tentang fail,tak ingat langsung hinggalah dah sampai rumah,fail tak tengok pun sama ada murah atau mahal.Lain kali,tuju tempat yang nak dituju dulu bukannya cuci mata diutamakan...
Gambar-gambar untuk cuci mata.Murah pula kole tu tapi kole dah banyak.RM 3,murahlah nak dibandingkan di kedai biasa yang hampir RM 4.Di kedai RM 2 pun tak jumpa yang secantik ni..
beli 3 dapat percuma satu...RM3

kole pun ada corak pasleyjuga tapi fine China...tak faham pula maksudnya tu..boleh guna atau tidak...











Ahad, 16 November 2014

Mahalnya Tiket Bas

Saja nak buat tempahan melalui internet untuk mengetahui kosnya.Bila dah nak beli tiket nanti taklah terkejut sebab tak cukup duit.Ya Allah,mahalnya tiket bas sekarang.RM 244.60 untuk satu dewasa dan dua kanak-kanak bagi perjalanan pergi balik ke Kuala Terengganu.Nasib baiklah dah buat tempahan dulu,kalau tidak memang akan terkejut sakan nanti.
mudah-mudahan dipermudahkan urusan nanti...

Kelakarlah pula baca mesej daripada adik ni.Memang itulah niatnya.Tak adapun hajat nak cari kain batik sutera sehelai dua kerana saya bukanlah suka sutera.Kalau Mr Diy di Selangor ni saya dah banyak jejak, tak puas hati pula bila Kedai Eco 2 tak sampai.Tengok gambar yang diposkan di laman DRKSK,lagilah bersemangat nak masuk ke kedai tu.Tapi,malu juga sebenarnya nak cerita kepada orang lain yang tak terjebak dengan kumpulan deko di fb ni.


 pinjam gambar yang dipos difb- Kedai Eco 2 di Kedah yang baru dibuka telah diserbu.agak-agaknya pekerja di situ hairan tak,mengapa kedai 2 ringgit ni diserbu...

banyak cawangan ni,agak-agak boleh sampai berapa kedai ni?