Selasa, 4 November 2014

Space U8:Indah Khabar Daripada Rupa

Dah lama nak ke Space U8 ni.Semuanya 
gara-gara Mr Diy.Sebelum ini pernah sampai di sini beberapa dulu tapi tak masuk ke dalam.
Rasa-rasanya belum beroperasi lagi masa tu.Jadi,keinginan untuk mengetahui isi dalam bangunan itu amatlah tinggi.Setelah bertungkus lumus memahami jalan ke sana melalui peta,hari Ahad lepas,nekad nak ke sana untuk cuci mata setelah berhempas pulas menyiapkan markah PAJSK.Dalam kepala,memang nak mencari pelekat plastik yang berwarna warni tu di samping nak menambah koleksi kertas dinding berpelekat warna hijau di Mr Diy.
Jam 9.30 pagi,saya dah sampai di sana tapi suasana amat lengang.Merayau-rayau seketika di sekitar Pasar Tani Shah Alam tapi tak keluar dari kereta pun.Sekadar lalu-lalu untuk memahami jalan saja.Jam 10 pagi saya ke sana lagi tapi suasana masih lengang.Apabila masuk ke dalam bangunan tu,banyak lot kedai yang masih kosong dan suasananya sangat sunyi.


Dari jauh,dah nampak bangunan merah putih ni...




Mr Diy di sini agak besar dan banyak barang tetapi barang yang menjadi pilihan saya tak banyaklah pula.Orang pun tak ramai.









Di ruang bawah ada pameran buku dan gerai menjual baju.Tapi,orang tak ramai.Boleh lakukah barang-barang yang dijual di situ?Sangat kasihan mengenangkan situasi dalam Space U8 ni.Mungkin kalau ada pesta atau pameran,bangunan ni akan meriah.




Semasa saya keluar dari bangunan ni dalam jam 11.30 pagi,tempat letak kereta di bahagian luar bangunannya masih banyak yang kosong walaupun tak berbayar.Memang tak ramai orang di sini,hari-hari lain,tak pasti pula.Tak puas hati membeli di   Mr Diy Space U8,saya ke Mr Diy Setia Alam pula.Masih dengan misi yang sama tapi tak ada juga.








Beli lagi kertas dinding berpelekat.Suka sangat tengok coraknya tapi tak tahu tempat nak tampal pun.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan