31 Ogos lalu,kucing-kucing ni dilahirkan.Lima ekor semuanya tapi seekor telah mati.Kucing oren ni paling comel dan sangat ligat seperti Akmal.Jika sebut saja cat-cat,Akmal boleh diam.Dia juga suka main dengan kucing.Alhamdulillah,setakat ni dia belum alahan lagi setelah bermain dengan kucing berbanding dengan abang-abangnya yang ada kalanya terkena alahan.
Blog ini sekadar untuk merakam detik-detik dalam kehidupan seharian kerana rumah duniaku,keluarga kebahagiaanku,minat kepuasanku dan kerjaya inspirasiku.
Memaparkan catatan dengan label Kucing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kucing. Papar semua catatan
Ahad, 6 Oktober 2013
Isnin, 24 Jun 2013
Kucing Lagi...
Ada 9 (rasa-rasanya) ekor kucing sebesar ini.Baka Parsi.Semua orang dalam rumah suka kucing.Masa dilepaskan(nak mencuci sangkar),barulah boleh pegang-pegang.
Sabtu, 15 Jun 2013
Coco Sudah Tiada
Coco merupakan kucing kedua yang dibeli untuk menggantikan Comel yang telah lari.Pada mulanya agak malu-malu tapi lama-kelamaan dia boleh membiasakan diri.Badan besar tapi agak penakut.
Semalam,dia telah mati setelah dua hari tiak makan.Agak terkejut apabila suami memberitahu Coco telah mati kerana saya tidak tahupun dia sakit.Apa punca sakitnya,tak pula saya ambil tahu tapi ada juga mendengar suami bersungut tentang Coco ..
Walau pun begitu, masih banyak lagi kucing di rumah ni...ada 23 ekor lagi....Banyak masa yang perlu diperuntukkan untuk kucing-kucing yang ada tu...
Ahad, 26 Mei 2013
Isnin, 8 Oktober 2012
Cerita Pasal Kucing
![]() |
| sangkar untuk Grey dan Coco |
![]() |
| sangkar untuk ibu-ibu kucing yang masih berpantang... |
![]() |
| Comey yang sebaya Akmal dan anak-anaknya |
Selasa, 5 Jun 2012
Comel Beranak Lagi...
Kononnya hari ini nak ke sekolah memandangkan folio sejarah belum ditanda lagi tapi terasa masih kepenatan.Tak jadi lagi.Duduklah di rumah sambil menikmati buah strawberi yang dibeli di Cameron Highlands.Tengah harinya,Comel ibu kucing telah beranak di atas katil Ammar.Menyirap juga rasanya.Sempat pula dia mengubah tempat apabila tuannya mula bising.Anak yang kedua dan ketiga dilahirkan di depan rumah.Anak pertamanya,Comey sebaya Akmal, 5 bulan dah.
setelah beberapa jam kemudian...
tak sempat nak lihat proses bersalin,tiba2 dah keluar seekor lagi dalam selaput...
setelah beberapa jam kemudian...
tak sempat nak lihat proses bersalin,tiba2 dah keluar seekor lagi dalam selaput...Sabtu, 12 Mei 2012
Kucing Baharu
Pagi ni,Hitam telah selamat melahirkan lima ekor anak tetapi seekor telah mati.Sekarang sudah ada sepuluh ekor kucing di rumah.Nama untuk kucing-kucing tu belum difikirkan lagi.
Rabu, 10 Ogos 2011
Penghuni Baru di Rumah Kami
Entah macam mana, tiba-tiba suami berminat membela kucing.Bermula dengan ada lima ekor anak kucing yang selalu bertandang ke rumah untuk mencari makan, suami terdorong untuk membela kucing. Tidak lama kemudian saya disahkan mengandung.Kebetulan agaknya atas kemurahan hati memberi makan kepada binatang.Atas nasihat saya akan kesan yang dibawa oleh kucing kepada ibu yang mengandung,kucing-kucing itu yang selalu dibelai oleh anak-anak mula dijauhkan tetapi minat anak-nak terhadap kucing mengatasi segalanya. Bila saja kucing tersebut terlepas ke dalam rumah, mulalah si adik membelai-belainya seperti adiknya sendiri.Memandangkan kucing-kucing tersebut tidak pernah dimandi(rasanya),suami mula membeli seekor kucing untuk dibela dan dibelai oleh anak-anak manakala kucing-kucing tersebut hanya diberi makan di luar rumah saja tanpa membenarkannya masuk ke dalam rumah.Malangnya, sehari saja kucing itu dibela, ia telah melarikan diri dan tidak dapat dijejaki.Hairannya, macammana kucing itu boleh memanjat gril di ruang dapur yang begitu tinggi untuk melepaskan diri.
Alang-alang sudah ada sangkar kucing yang agak besar, suami mula mengurung anak kucing yang selalu bertandang ke rumah kerana kucing tersebut tidak dijaga dengan dengan baik oleh tuannya(sentiasa merayau-rayau ke rumah oang lain untuk mencari makan).Tidak tahan dengan baunya yang kuat,tiga daripada lima kucing tersebut telah dihantar ke kampung.Maka tinggallah dua ekor sahaja kucing yang diletakkan di bahagian belakang dapur.Kini, bilangannya sudah bertambah menjadi empat. Jarang-jarang sekali mereka dilepaskan ke dalam rumah.Usaha untuk meletakkan kucing-kucing tersebut di luar rumah masih dalam proses.Jika dah itu minat suami, saya tak boleh nak kata apa melainkan memberi syarat kepadanya kerana bimbang kucing-kucing itu akan membawa masalah kepada saya dan bayi kelak.
DAH BESAR KUCING NI SEKARANG...DULU KECIL2 LAGI

Langgan:
Catatan (Atom)