Ahad, 25 Ogos 2013

Koleksi Gambar Raya

Semasa ayah masih ada,sesi bergambar merupakan acara yang mesti terutamanya jika ada penambahan ahli keluarga.Lihatlah perbezaan jumlah ahli keluarga dari gambar 1 hingga 4.Gambar keempat merupakan gambar terakhir bersama arwah ayah kerana awal Disember 2007,telah telah pergi buat selama-lamanya.Selepas itu,tiada lagi kesempatan saya untuk bergambar sedemikian.








Isnin, 19 Ogos 2013

Ruang Membaca

Sejak minggu akhir puasa lagi,saya mula mengemas rumah secara berdikit-dikit.Setelah selesai membuang barang-barang yang tidak diperlukan,ruang ampaian kain menjadi  sedap mata memandang dan sesi mengemas ruang-ruang lain kian teratur.

Hujung minggu lepas,saya berpeluang mengemas ruang keluarga yang juga menjadi ruang membaca dan menonton di tingkat atas.Hasilnya,sekarang sedap mata memandang dan tak pasti keadaan itu akan kekal sebegitu untuk tempoh berapa lama.





rumah saya tak guna astro pun...satu2nya rumah yang tak ada astro..












@@Nota kaki:ruang ni menempatkan banyak bingkai gambar.galeri keluarga juga...




Sabtu, 17 Ogos 2013

Riang Ria Raya 2013


Cerita ikut putaran jam:
@Malam raya,sempat lagi kami ronda-ronda pekan Kuala Selangor kerana nak 'menidurkan' Akmal.Belum jauh berkereta,dia dah tidur.Cari baju raya untuk suami tapi semua baju Melayu warna merah dah habis....
@Rupa2nya sepupu Ammar juga tema merah juga...main game masa raya.
@Adib bad mood sebab tak berpeluang main game gamaknya ni...tetiba bad mood.
@Pintu jeriji mesti ditutup selalu.Kalau terlepas pandang,macam lipas kudung si Akmal berlari keluar..dalam pada itu,boleh pula 3 kali dia terlepas kurungan,penatnya mengejar...

Cerita ikut putaran jam:
@Masa bertolak ke Besut jam 12.30 tengah hari pada hari raya kedua, terserempaklah pula dengan kaum Cina yang nak bercuti ke Genting,bersesak2lah pula di jalan raya
@Akmal sudah bosan,panjat di belakang kereta.Nasib baiklah dia tak buat hal sangat dalam dalam perjalanan yang jauh.
@Dalam perjalanan ke Kuala Terengganu,sempat beli keropok lekor dulu.Mana-mana gerai yang singgah rasanya tak ada masalah tentang kesedapannya kerana majoriti keropok yang ada di Trg rasanya sama,cuma nak pilih yang tak gatal apabila dimakan...
@Dalam perjalanan,ada sekumpulan kerbau di padang,anak-anak seronok tengok.
@Hanya dapat beraksi di motor saja...
Masa bertandang ke rumah abang dan sepupu,sempatlah tinjau-tinjau deko-deko raya.

Cerita ikut putaran jam:
@Hiasan di dinding di rumah baharu abang...
@Semasa membelek majalah,jumpalah dengan deko ni.Nak cari idea untuk ruang keluarga di tingkat atas
@Tiada kaitan dengan deko tapi amat kagum dengan kebolehan anak buah yang boleh buat tulisan sebegini dengan baik,hanya sekali lakar saja..
@Sekali pandang rak ni,cantiknya.Agak2nya boleh jumpa rak sebegini di Sungai Buloh?
Disebabkan kami tak bergambar semasa raya kerana suami tak ada baju merah,gambar ni diambil pun masa dia pergi kerja.Maka, suamipun tak ada dalam gambar ni...

Khamis, 15 Ogos 2013

Batu Hiasan Dinding

Raya masih belum diraikan di kawasan perumahan, namun mood untuk mengadakan rumah terbuka seperti kebiasaan seakan hilang bersama lasaknya gelagat Akmal.Semua kerusi diikat untuk mengelakkan dia memanjat di atas kerusi dan berjoget di atas meja.Mana nak ada masa untuk memasak dan melayan tetamu jika asyik melayannya seorang.
Ditambah pula dengan suasana rumah yang makin comot kerana dua tahun tiada apa-apa dibuat sedangkan tangan yang menconteng dinding makin bertambah.
Bosannya dengan suasana ruang makan.Walaupun meja makin besar,tapi keadaan sekitarnya sangat merimaskan kerana sana sini banyak contengan anak-anak rebina.Alangkah seronoknya jika dapat bertukar wajah.Idea apa yang sesuai untuk anak-anak rebina supaya tahan lama?Kertas dinding?Tak sesuai kerana mudah dikoyakkan.
Cat semula?Agak-agaknya berapa tahunlah boleh tahan?Tiada pensel, tapak tangan yang basah pun boleh dicap di dinding.Letak mozek?Terasa seakan agak ketinggalan pula idea tu.

Apabila ada anak yang aktif, otak ibu bapanya pun aktif berfikir.Orang lain, idea nak menghias rumah boleh ditahan-tahan jika ada anak lasak tetapi saya tidak.Rumah yang kosong ibarat orang tiada jiwa...makanya otak mesti berfikir panjang untuk sesuaikan dengan keadaan.Maka,idea untuk meletakkan batu hiasan muncul di benak tatkala dapat durian runtuh.Suka dengan gambar-gambar yang diambil daripada GOOGLE ni...Alangkah seronoknya jika dapat menjadi realiti biarpun terpaksa berhabis wang...

idea batu-bata ni tak minat kerana macam rumah tak siap...jangan marah bagi peminat seni dekorasi ni...

jenis batu hiasan

nampak gambar siapa tu?Munif Hijjaz...diapun suka batu hiasan dinding...


Dua Perkara(Ingatan Ketika Beraya)

Ingatan untuk diri sendiri kerana jarang-jarang orang kita nak menegur apabila buat perkara yang tidak baik dan renungan untuk mereka yang membaca.
Apabila raya,ingatlah dua perkara ni:
@@@batasan untuk bersalaman
@@@etika berpakaian.ramai yang berbaju tetapi hakikatnya mereka ...

Rabu, 14 Ogos 2013

Budaya Menghulurkan Wang Semasa Raya


Salam Lebaran kepada pembaca yang singgah ke blog ini kerana hari raya masih dirai.Lebaran kali ini memang meriah dan memberi seribu makna.Semasa sesi menziarah,saya berfikir sendiri tentang kata-kata seorang rakan guru yang saya panggil akak.Sememangnya kebanyakan rakan guru di sekolah memang terdiri daripada golongan kakak yang lebih senior daripada saya pun.
Berbalik kepada kata-kata akak kepada saya tadi:"mak mentua akak dapat beribu duit raya".Kata -kata itu diucapkan apabila kami bercakap pasal duit raya.Beruntung jika kita bermurah hati menghulurkan wang apabila menziarah terutamanya kepada mereka yang bergelar warga tua.Alangkah bertuahnya jika mempunyai ibu yang selalu mengingatkan kita untuk melakukan kebaikan.
Mak saya juga sering berpesan supaya menghulurkan wang apabila menziarah ibu saudara.Kala itu kami bersepakat adik-beradik untuk menentukan nilai yang akan kami hulurkan nanti.
Perlukah kita menghulurkan wang semasa menziarah terutamanya kepada warga tua?Sukar juga nak menjawabnya tetapi manisnya perbuatan itu jika dapat diamalkan kerana melalui perbuatan yang ikhlas itu,mudah-mudahan rezeki akan diberkati.Lagipun,menghulurkan wang semasa perayaan tidak akan menjadi buah mulut malah akan sentiasa diingati.

@@Seronok dengan budaya mengulurkan wang yang diamalkan dalam keluarga.Orang memberi,kita merasa,ada hari kita akan membalas... 

Isnin, 5 Ogos 2013

Rahsia Refleksologi

Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat jantung adalah di kaki kiri.

Gambar diatas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

ALLAH (swt) telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa.
Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik.

MashaALLAH Subhanallah

" Ya Allah.Sinarkan lah cahaya NurMu kedalam hati kami, pada seluruh anggota diri kami, pada darah kami & pada setiap saraf kami, jadikan Nur itu pada semua pandangan & fikiran kami dengan rahmatMu ya Allah yang maha pengasih. Ya Allah,keluarkan diri kami dari kegelapan keraguan & hiasi diri ini dengan akhlak yang baik & kasih sayang, sinari hati kami dengan cahaya hidayah Mu seperti Engkau terangi bumi & langit dengan rahmatMu Ya Allah yang maha esa..amin ya rabialamin."

Semoga kita semua diberikan Allah kehidupan yang sihat rohani dan jasmani.

Ahad, 4 Ogos 2013

Alunan Zikir




Tema Kemerdekaan Ke-56

Agak lama mencari-cari tema kemerdekaan ni untuk laksanakan Sudut Kemerdekaan di sekolah.Majlis perasmian telah lama berlangsung tapi programmnya belum dilaksanakan lagi kerana tidak tahu tema kemerdekaan.Semalam,tiba-tiba tema ini muncul di Dinding Facebook.Alhamdulillah...