Memaparkan catatan dengan label Koleksi hijau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koleksi hijau. Papar semua catatan

Selasa, 14 Februari 2017

Memburu Pinggan Lagi

Penggemar barangan antik pula sekarang ni.Layan sajalah..







Rabu, 28 Disember 2016

Pinggan Hijau

Alhamdulillah...akhir dapat juga pinggan hijau.
Pinggan ni beli di Parkson dengan baucer RM 20 untuk 4 keping.RM 5 sekeping,kiranya taklah mahal.


Pinggan hijau ni kawan fb yang belikan di Air Itam,Johor.Pinggan makan tak ada,cuma pinggan kuih dan pinggan tambah saja yang ada.Beli juga untuk buat koleksi.Yang besar ni boleh gantung di dinding.Memang dah gantung pun di dinding.

Di sini tempatnya sebab dah tak ada tempat nak simpan di samping jadi deko untuk cuci-cuci mata di situ

Selasa, 9 Ogos 2016

Tempat Hiasan

Saja nak mencari tempat hiasan yang lebih besar,troli dan meja kacang tu jadi pilihan.Tempat muat lagi,Ahad lalu sekali lagi saya memborong ke Kk Home Deco di Shah Alam tapi belum deko-deko lagi.Inilah terapi kala sibuk,taklah stress sangat.






Nota kaki:kalau dapat tukar kerusi yang ada dengan yang ini alangkah bahagianya...



Selasa, 2 Ogos 2016

Barang Penghabisan Stok

Set teko ni sudah habis stok,yang tinggal hanyalah set yang dipamerkanJenuh si juru kedai mencari set teko ni kerana semua yang dipamerkan sudah rosak.Ada dua set yang dipamerkan,set inilah yang paling elok walaupun agak sompet di bahagian penutupnya.Yang satu memang rosak yang agak ketara pada bahagian penutupnya.Antara nak atau tidak,lama-lama terambil juga kerana bahagian tu tak ketara sangat.

Pinggan ni pun yang terakhir untuk 6 biji.Pada mulanya hanya 5 sahaja,memang dah ambil 3 biji yang bulat.Walaupun tak sama dengan bahagian satu lagi tapi reda sajalah.Tiba-tiba mata terpandang satu biji pinggan yang dipamerkan,Alhamdulillah...
cukup juga 6 biji.Maka,samalah kedua-dua bahagian.

Pinggan bertingkat ni memang ambil di rak pamer.Ini satu-satunya yang ada dari jenis ni.Kole tu pun sama.Tak nampak pun kole seperti ni dalam kotak.Yang namoak hanya ni sahaja.

Koleksi Hijau di Kk Home Deco

Berjaya juga menambah koleksi pinggan hijau hiasan tu bila ada jualan murah macam ni.Kalau jualan 90% untuk barang kedua dulu masih terasa mahal.Lagipun masa tu ke Plaza Shah Alam,pinggan hijau tak banyak.Kali ni saya ke Kota Damansara.Pinggan hijau juga masih tak banyak,mungkin stok lama.





















Sabtu, 2 April 2016

Memburu Pinggan Hijau

Sumber fb..kemaruknya mencari pinggan seperti ini yang warna hijau.Sampai sekarang tak nampak bayang...

Sebelum ni saya pernah nampak dalam katalog Giacomo tak silap,gambar pinggan hijau macam ni.Mintalah akak yang jual pinggan kat sekolah bawakan katalog.Berkobar-kobar membelek katalog tu.Memang tak ada,yang ada hanya biru,merah dan coklat.Nak ubah citarasa?Memang suka hijau..






Selasa, 26 Januari 2016

Deko Pinggan Hijau

Hanya dua keping pinggan hijau yang sempat dideko kerana ketandusan idea.Pinggan-pinggan yang lain masih dalam simpanan lagi.Jika lama terperam,boleh jadi akan terlupa tentang kewujudan pinggan-pinggan ni.

ni yang sempat dideko kerana penyangkutnya sesuai..RM 14.90 sekeping...
lebih kuranglah macam tu harganya..dah lupa sebenarnya..

set kopitiam ni masih dalam kotak...

bersusun lagi..


tak ada idea nak deko pinggan yang dibeli.di rak terbuka nilah nanti pinggan tu dideko..masih berfikir,bekas-bekas hijau tu nak simpan mana?