Jumaat, 29 November 2013

Pelekat Dinding Dapur

Orang tampal pelekat dinding di dapur,saya pun nak buat juga.Mana taknya,masuk saja dapur tempat memasak tu,asyik nampak dinding coklat tua saja.Bosannya dah lima tahun menghadap warna tu.Nak ubah suai jubin,tak ada kerjalah pula.Banyak masalah yang timbul.Satu caranya ialah tampal pelekat tu.
Malam tadi terfikir-fikir kedai yang dirasakan ada menjual pelekat di dapur ni hinggakan tak tahu nak ke mana  tempatnya.Akhirnya,pagi tadi buat keputusan untuk ke kedai yang berhampiran di kawasan perumahan saja dulu kerana saya membawa ketiga-tiga hero.Jika tidak ada di situ barulah ke Bandar Baru Sungai Buloh.Di sana lebih banyak pilihan kedai. 
Sebenarnya tak tahu juga bahagian yang nak diterjah di pasar raya yang paling besar di SU ni.Terpaksalah melilau kesemua bahagian.Akhir sekali barulah berjumpa.Tersenyum lebar saya apabila melihat perkataan KITCHEN SHEET ni di depan mata.
pelekat yang dimaksudkan.tak tahupun anak sebut apa.gambar ehsan daripada rakan fb
Tak banyakpun yang ada dan hanya ada dua corak.Tak pasti pula pelekat ni ada banyak saiz tapi yang ada hanya saiz ini saja.Kedua-dua corak saya membelinya kerana nak lekat di dapur kering dan dapur basah. 
cara melekatkannya...

Setelah sampai di rumah,dengan tidak sabarnya saya terus memasang ketiga-tiga pelekat tu.Susah juga sebenarnya. Nak buka pelekat bahagian belakang pun dah makin masa,inikan pula nak melekatkannya.Dengan kesabaran,akhirnya siap juga.
masuk saja ke dapur,dapat lihat secawan air teh.
gambar dari dekat
dari pintu saja dah dapat lihat bunga tulip tu,ceria sikit dapur yang selama gelap saja
 



Nota kaki:sekarang dah minimakan perkakas untuk disangkut supaya tak tertutup pelakat tu...kuranglah serabut kalau macam tu

Ini Penyelesaiannya..RM 2.90 Saja

Masa balik dari Hospital Sunagi Buloh,saya singgah dulu di kedai perabot untuk mencari penghadang,nak letak di ruang menuju ke dapur supaya mudah nak letakkan pagar.Jumpalah dengan satu rak hiasan yang setinggi pinggang saja.Lebarnya dah sesuai rasa-rasanya tapi mesti betul-betul yakin dahulu baru beli.Rak hiasan tu berharga RM 120.Bila dicampur dengan harga pagar yang berharga RM110,RM 230 pula.Mahal juga tu untuk menyelesaikan masalah Akmal suka 'mengemas' dapur ni dan memanjat kabinet.
Belum lagi bersuara kepada suami pasal rak tu,suami dah ikat pemegang kabinet tu.Bila Akmal masuk ke dapur,macam biasalah kerjanya nak memanjat kabinet.Bila dia tak berjaya menarik pemegang tu,perkataan "tak oleh,tak oleh" keluar dari mulutnya.Gembiranya,selesai masalah.
tali tu dibeli untuk menggantikan tali yang mengikat pintu peti ais yang dah rosak.tak terfikir pula nak mengikat pemegang kabinet tu dari dalam.nasib baiklah suami ada idea...nyaris-nyaris nak beli rak hiasan dan pagar tadi...



Rak Bertingkat di Jeriji

Cuti sekolah ni seronoknya mendeko sehingga banyak dah habis duit.Tak apa,yang penting kita selesa dan barang yang dibeli nampak dek mata.Ruang dapur masih tak habis-habis nak dideko berbanding dengan ruang-ruang yang lain.Tak tahu sebabnya tapi ada-ada saja idea yang nak dibuat di dapur.
Projek ni saya buat masa hari Isnin yang lalu.Selepas selesai temujanji dengan doktor pada jam 3 petang,sempat lagi saya merewang-rewang di kedai perabot untuk mencari penghadang dan kedai biasa untuk mencari rak bertingkat dan pelekat di dapur.Jumpapun rak bertingkat tu tapi pelekat dapur tak pula jumpa.Seronok merewang-rewang,jam 5 petang baru sampai di rumah.Walaupun badan penat,tetap nak juga pasang rak tu.Memang tak susahpun,letak saja di jeriji yang ada.Siap.Cawan yang tak ada tempat nak diletak tu dah ada rumahnya.
saiz kecil ni RM 6.90 setiap satu.yang besar ada,tapi bimbang tak praktikal pula.kalau tak cukup,boleh beli lagi.dah tak ada kuali digantung di sini

Selepas ni projek di dapur lagi.Nak tampal pelekat di jubin dapur.Esok,misi jenjalan dengan anak-anak untuk mencari pelekat tu.

Rabu, 27 November 2013

Bolehkah Menggantung Foto?

Saya suka menggantung foto dalam kuantiti yang banyak di rumah hinggakan ada sudut galeri keluarga di tingkat atas.Tujuannya hanya nak mengimbau kenangan lama dan penyeri ruang juga sebenarnya.Masalahnya,bolehkah begitu?













Selasa, 26 November 2013

Berkorban Untuk Mendeko

Dalam memenuhi impian untuk mendiami rumah yang cantik dan selesa,berapa orangkah yang sanggup berkorban untuk melaksanakan hasrat hati seorang diri tanpa bantuan si suami?
Saya sebenarnya sangat kagum jika wanita sanggup buat apa-apa saja demi impiannya tanpa mengharapkan bantuan si suami seperti wanita ini.Saya kongsikan daripada fb NAK HIAS RUMAH...MACAM MANA EK untuk dijadikan teladan bahawa bukannya saya seorang saja yang sanggup melakukan apa-apa saja untuk menghis rumah,malah ramai lagi wanita di luar sana.Malah,saya akui kata-kata seorang suri rumah lelaki  dalam Semanis Kurma dulu bahawa LELAKI TIDAK BOLEH HIDUP TANPA WANITA TAPI WANITA BOLEH HIDUP TANPA LELAKI sangat betul.




Isnin, 25 November 2013

Si Bongsu,Akmal ...

Salam hari Isnin,permulaan hari kerja bagi orang yang bekerja.Cuti sekolah ni,banyak perkara yang nak dibuat.Kerja sekolah,abaikan dulu.Nampaknya projek saya yang terkini kena ke kedai perabot untuk mencari pengadang supaya Akmal tidak ke dapur dan memanjat sesuka hati di kabinet dapur.Bukannya sayang kabinet dapur,tapi sayang akan anak.Pantang kita terlepas pandang,tiba-tiba dia dah ada di atas kabinet dapur.

ruang agak luas menyebabkan pagar yang digunakan di tangga tidak boleh digunakan.alternatifnya,kena letak pengadang(dalam 3 kaki saja) dulu,kemudian baru letak pagar.jika tak jumpa pengadang tu,kena cari alternatif lain...

dia suka berlari ke dapur dan bermain dengan perkakasan dapur daripada bermain kereta macam ni...

@Nota kaki:sayang akan diri daripada sayang duit.duit terbang tak mengapa asalkan hati senang dan tak stress..

Ahad, 24 November 2013

Dapur Dulu dan Sekarang

Hari ni saya nak bercerita pasal dapur lagi.Dalam banyak ruang yang ada di rumah,dapurlah tempat yang paling saya suka.Anak-anak pun suka ke dapur.Si Akmal,pagi-pagi dah masuk ke dapur mengemas perkakasan dapur hingga di dalam laci,tempat letak botol dan sebelahnya dah tak boleh nak letak apa-apa.Ruang yang lain dah kena ikat pemegangnya.

Masa buat kabinet dapur dulu,tak terfikir nak habiskan ruang yang ada kerana kononnya nak letak meja makan sedangkan dah ada meja kecil tu.Penstoran,letaklah mana-mana tempat yang ada.Bila dah siap,dah terkena.Kononnya nak jimat,masalah pula timbul untuk letak air minuman,teh,susu anak,periuk nasi,mikrovef dan pinggan mangkuk yang dah kering.Lagipun,tak praktikal letak meja di situ kerana meja kecil dah ada.
disebabkan tak muat,terpaksalah penuhkan atas kaunter...semaknya mata memandang.kabinet bawah meja kecil tu saya letak barang-barang yang jarang-jarang digunakan

pandangan sebelah peti ais.tarikh tu salah kerana saya masuk rumah ni pada penghujung 2008

masalah tak akan selesai kalau tak buat sesuatu.makanya, ruang tepi tangga tu ditambah kabinet.bila dah buat baharu,masalah untuk cari permukaan kaunter yang sama pula timbul.corak yang seakan sama dah tak ada.terpaksalah buat warna merah

deko pun sesedap mata saja supaya tak bosan apabila masuk ke dapur.tak mahu sarat sangat


tempat simpan milo,teh, kopi dan balang biskut kaca


bawahnya tempat letak air masak.di belakng tu,botol-botol ditransitkan di sini sementara Akmal besar.bekas kaca tu dah lama beli,nak guna masa buat makan-makan di rumah,tak guna juga.buat isi air masaklah


disusun begini sebenarnya supaya Adib dan Akmal tak nampak dan tak main air ni


cawan yang diguna setiap hari di sebelah sinki.cuci cawan,tos di sini.dah beberapa tahun guna penggantung besi tu tapi tahan lagi walaupun kena air setiap hari

@@Nota kaki:buat kabinet dapur sebaik-baiknya diambil kira penstorannya sekali.kedudukan perkakasan dapur dah ada dalam kepala supaya tak timbul masalah tempat nak letak barang  









Tampal Kertas Dinding

Hari Selasa,kertas dinding yang dipesan sudah sampai tapi tak tahu ruang yang sesuai untuk dipasang kerana semua ruang ada hiasan.Yang ada paku di dinding lebih sukar nak memasang kertas dinding kerana bila dah siap pasang kertas dinding,paku tu kena ketuk semula.Mesti dah tak sama yang asal.
Pada mulanya kertas dinding ni nak ditampal di ruang makan tapi bila beli tak cukup ruang dan terlupa bahawa ruang tamu warna biru,maka tak jadi nak gunakan kertas dinding ni di ruang makan.Masa buat pesanan,tak jelas pun warna sebenar kertas dinding ni tapi bila dah rambang mata,tak kisahlah asalkan cantik.Bila dah sampai,rupa-rupanya latarnya warna kuning cair,dalam gambar nampak macam kelabu saja.
Bila ditenung-tenung,ruang ini yang sesuai kerana kecil dan hiasan yang digantung guna skru yang dah ditebuk.Maka,operasi telah bermula pada hari Jumaat lalu.Akmal dijaga oleh abangnya di dalam bilik.Guna tak banyak pun dan masih ada satu gulung lebih lagi untuk ruang tangga.

ada harga lagi di besi penyangkut pinggan hiasan tu.sengaja tak buang supaya tahu harganya.

operasi bermula setelah melihat video.memang mudah tapi bila praktikalnya,masalah juga jika tak ada skil.bahagian ini agak susah kerana tepinya ada dinding

mesti samakan tepi dahulu,baru kertas dinding jadi lurus.bahagian atas tu mesti potong sama, tapi saya belasah saja.lupa,bahagian belakang ada garisan...

bila dah lekat,tarik saja kertas di bahagian belakang.tarik sikit-sikit supaya tidak melekat di dinding.


lepas tu,tekanlah permukaan kertas dinding supaya melekat.kalau tak sama,boleh tarik saja kertas dinding ni.cat tak terjejas dan mudah untuk ditanggalkan tanpa merosakkan dinding dan kertas dinding


sepatutnya gunting ikut garisan supaya senang nak luruskan tampalan.

dah siap.perhiasan tu mudah saja digantung semula kerana lubang yang ditebuk dapat dikesan kedudukannya.

bila dah siap,ada sesuatu sikit di bahagian bawah meja...

tampalan jadi renggang...

dah selesai masalah...tampal saja.tak nampakpun kesan...

Jumaat, 22 November 2013

Ruang Dapur Belakang

Tanah yang ada dalam 5 x 22 kaki di bahagian belakang rumah telah diubahsuai untuk dapur basah,ruang mendobi dan ampaian.Walaupun tidaklah luas tapi kerja-kerja memasak,mencuci  dan menjemur pakaian dapat dibuat dengan selesa di situ.

Ini wajah dapur basah setelah dikemas dan dideko beberapa hari lepas.


bekas bawang telah dipotong kerana tinggi sangat hingga susah nak cari apa-apa yang ada pada bahagian atas

dalam kabinet untuk susun periuk,kuali.sebelum ni gantung saja di penyangkut S atas dapur ni tapi rasa macam serabut sangat

tempat letak rempah ratus dan lebihan minyak dah beralih tempat

troli ni untuk letak bekas plastik dan besen yang dah kering
Terkesan setelah mengikuti ruangan deko di blog atau fb untuk cuba amalkan beberapa perkara supaya dapur ni sentiasa bersih dan kemas:
@selalu menyimpan pinggan mangkuk atau periuk yang dah kering sebelum sesi memasak supaya tempat letak pinggan mangkuk tidak serabut
@mengambil garam dan kunyit dengan sudu.sebelum ni ambil dengan tangan saja.mulalah bekas kecil tu cepat kotor
@menggantung hanya beberapa perkara saja di dinding dapur supaya tidak semak

Bahagian tengah pula ialah ruang mendobi.Kerusi tu tak tau nak letak di mana,makanya dah jadi tempat letak bakul pakaian.Satu bakul untuk pakaian ibu & ayah dan satu lagi untuk pakaian kotor anak-anak.
Bekas biru dan tempat yang bergantung tu tempat letak stokin.Ada 3 semuanya tempat letak stokin.Tak perlu nak fikir dah pasal stokin.Ammar pun dah tahu cari stokin di sini.

masa tercari-cari rak yang mudah untuk disangkut,terpandanglah rak ni.bolehlah untuk ruang deko ala-ala Melayu.tak perlu nak tunduk untuk ambil sabun.juga tak perlu nak pusing untuk ambil sabun di kabinet dapur depannya

Bahagian akhir pula ialah ruang menjemur baju.Setelah sesi mengemas dan membuang barang-barang yang tak diperlukan,ruang menjemur menjadi agak selesa walaupun ada lagi kerusi di bawahnya.Kerusi tu pun ada peranannya,bukan sembarangan letak.Kerusi tu dijadikan tempat untuk menjemur stokin.
semua pakaian doleh dijemur di sini kerana banyak tempat ampaiannya.sebelum ni,kalau mendobi banyak sikit,dah tak muat.sukanya menjemur di sini kerana tak perlu keluar rumah.leceh betul nak menjemur di luar kerana kena pakai tudung,bila pakai tudung saja,Akmal pun ikutlah di belakang,"nak alan...alan..".Nak berjalan...

bila hujan saja,dinding jadi basah tapi setakat tu sajalah.ini dinding yang asal.biasanya saya akan jemur baju dengan pasangannya supaya senang nak gabung baju bila dah kering memandangkan saya gantung semua baju yang ada.sebelum ni,angkat dulu barulah gabungkan baju-baju(jika yang sepasang)leceh juga kerana kena memilih baju pula.sekarang lagi jimat,cantum terus,angkat  dan masukkan dalam almari.

Khamis, 21 November 2013

Blog Berwajah Baharu

Proses memberi wajah baharu kepada blog belum selesai lagi.Ada beberapa yang belum sempurna.Walaupun masih terikat dengan  bentuk yang ada dalam blogger kerana masih tak pandai nak mengolahnya,sekurang-kurangnya boleh juga ubah penampilannya.



Facebook Deko

Syoknya melayan mata melihat dekorasi dalam dua buah halaman di fb ni.


Bila dah lihat karpet tampal cantum ni, berminatlah pula nak membeli.Hujung bulan pula tu.Layan sajalah kehendak hati.Semuanya untuk keluarga juga,bukannya untuk diri sendiripun.
Saya juga mula berminat dengan kertas didnidng pun disebabkan halaman yang pertama tulah.Siap minta pandangan lagi tapi akhirnya beli kertas dinding yang lain.Tak cukup pula tu.
Paling menarik,halaman yang kedua ni mengadakan pertandingan dekorasi dapur.Hadiahnya bukan calang-calang juga. Salah sataunya perabot jati iaitu meja.


Inilah karpet yang dah dibeli.Nasib baiklah dah cuti sekolah,jimat sikit belanja.



@Nota kaki:Bersemangat pula nak mengemas rumah apabila melihat dekorasi rumah yang cantik dan bersih.Cantik tapi tak bersih,cantikkah itu?