Khamis, 7 November 2013

Kemas Meja Guru

Kata orang,meja yang berselerak menunjukkan seseorang itu KREATIF.Betulkah begitu?Di sebalik keburukan, ada juga kebaikannya.Hari ni tak ada misipun nak mengemas meja hingga bersih tapi alang-alang dah buat,bersih juga jadinya.Tahun-tahun lepas,meja guru tak perlu dibersihkan sebersih-bersihnya tapi tahun ini lain pula jadinya.Bilik guru akan ada perubahan besar,maka setiap guru mesti mulakan dengan mengemas mejanya terlebih dahulu.
Bermula awal pagi hingga balik,kerja saya hari ni di sekolah hanyalah mengemas meja.Kelas tak masukpun kerana saya mengajar tingkatan 3 dan 5.Pelajar tingkatan 3 sudah dicutikan manakala pelajar tingkatan 5 sedang menduduki SPM.Kebetulan pula tak dapat kelas ganti,memang kerja mengemas berjalan lancar sementalah pula dah ada nasi kerabu atas meja tu...

bahagian bawah meja saya letakkan rak buku tiga tingkat yang direbahkan.nak letak atas meja,besar sangat.bahagian atasnya boleh letak barang lagi

rak buku tersebut telah dialihkan dan dimasukkan ke dalam kereta.semua barang kena bawa balik ke rumah kecuali kotak plastik tu saja yang akan ditransitkan di stor sejarah.


Tahun depan,di atas meja guru tidak boleh ada banyak barang.Susahnya nak fikir keadaannya nanti kerana fail PBS,kertas PBS,buku pelajar,dan banyak fail lagi nak letak di mana?Tunggu dan lihat saja nanti.

4 ulasan:

  1. Meja kosong pun mcm x bersemangatkan nak buat keje

    BalasPadam
    Balasan
    1. begitulah...takut nanti lupa kerja yang menimbun sebab bendanya tak ada depan mata...

      Padam
  2. Saya x suka meja kerja byk brg.. apa lg bersepah. Kusut. Tkperlah x kreatif pun asal jiwa tenang heheee

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun tak suka meja kerja banyak barang tapi bila meja cinonet tu je,reda jelah dengan barang2 yang banyak.bersepah tu macam biasalah sebab barang2 selalu diusik...lepas kemas je sedap memandang...

      Padam