Memaparkan catatan dengan label Laman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Laman. Papar semua catatan

Jumaat, 12 September 2014

Laman Idaman

Alhamdulillah,esok dah mula cuti sekolah dan saya sudah menghabiskan penandaan kertas percubaan BM PT3.Tiga hari bersengkang mata hingga nak tambah catatan blog pun tak ada masa.Nak mengemas rumah pun ala kadar saja.Bila dah siap menanda kertas peperiksaan,leganya.Barulah ada mood nak buat kerja-kerja lain.
Semaknya mata melihat pemandangan di depan rumah tapi buat-buat tak nampak saja sebelum ni.Almari dapur yang diletakkan di depan untuk menyimpan peralatan cuci-cuci kereta dan perkebunan sudah rosak tapi tak tahu tempat nak dibuang,makanya terbiarlah di situ.Bila dah cuti sekolah,baru terasa nak ubah keadaan di luar rumah tu.
Sebelum raya tempoh hari,jiran sebelah telah melakukan ubah suai dengan meninggikan dinding tepi.Ada baiknya juga begitu,terlindunglah sedikit pandangan ke dalam rumah.Bila terpandang gambar ni,sukalah pula tengok wajah macam ni.Kayu yang bersilang tu dah ada di rumah,rak kecil tu pun dah ada tapi tersimpan saja kerana dah tak tahu tempat nak gantung.Masalahnya,mana nak humban almari dapur tu?Kerusi jati pun dah ada di luar.
gambar hiasan yang dipetik daripada fb...

Ahad, 7 April 2013

Deko Laman Depan rumah

Sukarnya nak mencari gambar dalam internet yang memaparkan laman depan rumah secara keseluruhannya seperti gambar yang tidak dicantumkan  ini.Makanya,telefon bimbit samsung pula yang mengambil peranan merakam gambar dalam majalah.








Jumaat, 14 Disember 2012

Bunga di Laman

Agak lama orkid di laman menyepikan diri tidak mengeluarkan bunga kerana tuannya(suami) sudah lama tidak menyentuhnya lantaran sibuk dengan kucing peliharaannya.Maka,orkidpun merajuk dalam tempoh yang agak lama.Baru-baru ini,suami barulah berkesempatan membelek-belek semula orkidnya.Minggu ini,satu daripadanya telah berbunga..Orkidpun seperti kita juga,perlukan perhatian.


Layan sajalah bunga-bunga lain yang ada di laman..



baru nak berkembang...







di luar rumah






Sabtu, 11 Februari 2012

Bunga Lama di Laman

HAri ni saja nak kongsikan bunga-bunga yang ada di laman.Bunga-bunga ni bukan saya yang tanam tapi suami.Saya langsung tak bercucuk tanam.Menyiram pun kadang-kadang saja.Mungkin masa banyak dihabiskan mengurus hal ehwal dalam rumah,jadi saya lepas tangan pada bahagian luar rumah.Lagipun kita selalu berada di dalam rumah,jika bahagian luar rumah juga penuh dengan bunga-bungaan,bonuslah untuk cuci mata.Gambar-gambar ni diambil 2 tahun lepas,terkini orked dah tak berbunga lagi bila suami sekarang sudah tidak ada masa nak membelek-belek bunga.MAsa banyak habis dengan membelek-belek kucingnya.Laman pun seakan terbiar sekarang.Kasihan pada sesetengah bunga,terutamanya orkid, dah merajuk tak nak berbunga.





Ahad, 6 Jun 2010

Bunga Di Laman






Bunga-bunga ni semua hasil tangan suami.Dia yang membeli,menanam,membaja dan menyiram.Tangan sejuk,semua yang ditanam menjadi.