Selasa, 17 Disember 2013

Kertas Dinding Murah Berpelekat(Wallpaper Murah)

Sebenarnya saya tak tahu macam mana tiba-tiba  boleh terjebak dalam penggunaan kertas dinding di rumah.Pada asalnya hanya disebabkan bosan dengan kesan contengan mural anak-anak ribena di dinding terutamanya di bawah cermin.Tapi yang peliknya,saya mula menampal kertas dinding di bahagian depan pintu.Tak tahu nak fikir macam mana boleh jadi begitu,mungkin juga disebabkan kertas dinding yang mula-mula saya beli berwarna cerah,maka kena cari tempat yang selamat untuk menampalnya.
Hingga sekarang,sudah 4 corak saya gunakan.Ada cerita di sebaliknya tu.Akibat beli secara 'on line',warna yang ditunjukkan dalam internet sebenarnya tidak dapat menceritakan wajah sebenar.Apabila sampai di tangan,lain pula warnanya.Di bahagian tangga memang pilih yang itu tapi disebabkan kertas yang bercorak batu-bata sangat berbeza dengan yang biasa(mengembang apabila ditarik berulang kali) dan sangat susah untuk menampalnya ,maka saya memilih batu-bata biasa pula untuk ruang bawah cermin sedangkan sebelum ini saya tidak suka kepada batu-bata biasa kerana beranggapan seperti rumah tidak siap.

Kertas dinding untuk ruang makan dipilih kerana kononnya warna hitam itu nampak seperti blue black tetapi apabila sampai di tangan dan nak menampalnya,baru perasan itu warna hitam dan bukannya biru.Ya Allah,bukan salah gambar tapi salah penglihatan sendiri.Tak salahkan sesiapapun dalam hal ini.Apabila dah tampal,suami tanya kenapa warna lain pula?Ada orang buatkah macam tu,tampal separuh saja tu?Dia pun serabut tapi dia diam saja.Nasib baik.Orang lain tak buat,biar kita buat.Hahaha,jawapan untuk selamatkan diri.Sebenarnya saya tak berani nak menampal kertas dinding hitam & kuning hingga ke bawah kerana kawasan tu kawasan hitam.Kawasan yang paling kotor kerana anak-anak suka mengecap tangan di situ.Laratkah saya nak mengelapnya selalu kalau kotor?Sebab itu dibuat separuh batu-bata.

Cadangnya nak buat sama jenis di ruang menuju ke bahagian dapur tu supaya selari saja mata memandang dan nak sambung lagi untuk ruangan menonton.Itulah yang pujuk suami pergi ke Paradigm Mall.Nampaknya kena pujuk suami ke GM Klang pula kali ni.Dalam kepala sebelum ni nak buat bingkai untuk ruang makan tu tapi tak beranilah pula.Bimbang nampak pelik semacam.
Apabila dah terjebak dengan penggunaan kertas dinding murah ni,saya mula tahu tempat yang ada menjual kertas dinding dan harganya.Kaison,Mr Diy dan GM Klang & Kedai dekorasi di Tesco Setia Alam menjual kertas dinding yang berbeza.Kertas dinding di Mr Diy merupakan kertas dinding yang paling murah dan kualitinya sudah tentu tidak setanding di GM Klang.Kertas dinding yang dibeli secara atas talian sama kualitinya di GM Klang dan kedai dekorasi,cuma harganya saja yang berbeza.
GM Klang ~RM 50 satu gulung
Kedai dekorasi Setia Alam~RM 75 tapi sekarang diskaun RM 50 segulung
MR Diy~RM 3.50(2 meter)8.50 (5 meter) segulung
Kaison~RM 19.90-10 meter
Apabila dah tampal,barulah terfikir:
kalau dah bosan dengan kertas dinding tu macam mana?Boleh ditanggalkan kerana ia hanya tahan 2-3 tahun saja menurut tauke yang menjualnya.

Nota kaki:Semua kertas dinding berpelekat di rumah saya seorang saja yang mengerjakannya.Semuanya untuk memuaskan hati di samping memenuhi masa cuti serta nak menguji diri.Semua kerja dibuat semasa ketiadaan suami di rumah.Saja ambil kesempatan untuk membuat kejutan kepadanya...Suami pula tak melarang,banyak lagi projek deko akan dilakukan...tunggu cuti sekolah lain kali pula....Semuanya dapat inspirasi daripada kawan-kawan fb deko yang boleh mengecat rumah sendiri...

68 ulasan:

  1. nak ke GM Klang tu plak cajuk..tp memang cantik2 pun kan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak pergi sendiri memang tak tahu...suami pula memang tak suka jalan2 ke sebelah sana...nasib baik ada kedai dekorasi di tesco setia alam tu..tapi kadang2 tak buka pula...huhu

      Padam
  2. teringin jugak nak beli tapi ntah la bile..rumah dekat je ngan tesco setia alam tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat tesco tak banyak pilihan sekarang..akak baru nak belajar ke Aeon Bukit Raja tapi anak selalu ajak ke tesco...memang kena pergi lagi ke tesco sbb nak cari kertas dinding untuk pintu di mr diy..

      Padam
  3. wallpaper kat Mr. DIY tu berapa meter yer? semua Mr. DIY ada jual tak? Nak cari yang murah2 jer sebab duk kuarters nanti nak keluar nak kena buang jugak... ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. 5 meter...tak semua juga.4 kali sy ke Mr Diy di tesco Setia Alam,tak pernah jumpa yg luar biasa,yg ada hanya yg biasa,itupun tak byk.kat Mr Diy Shah Alam ada yang batu bata berdaun(baca komen dlm fb).kena rajin mencari.kadang2 di kedai biasapun ada(baca dlm komen fb jg)kaison pun murah,panjang sama dengan yg jual on line(10 meter).nak beli,terus beli dlm kuantiti yang cukup sbb kertas dinding memang cepat habis...selamat mendeko...

      Padam
    2. 2 meter pun ada juga...RM3.50

      Padam
    3. Assalamualaikum mr diy dekat kl gate way ade jual.. ayh sy dh g sana dh.. 😍

      Padam
  4. Beli online kat mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. beli di fb NAK CARI WALLPAPER MURAH..

      Padam
  5. tq atas info wall paper... tengah mengusha2 ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. moga mendapat manfaat.tak pandai nak masukkan video cara tampal kertas dinding yang dikongsikan di fb..

      Padam
  6. Bismillahhirrahmanirrahim. saya ada menjual wallpaper. sy boleh dtg rumah puan siap bawak catalog lagi.. tapi area klang dan shah alam je la. bermacam2 pilihan corak dan warna boleh dipilih dan kertas dinding adalah yg berkualiti dan boleh tahan sehingga tahap maksimum 5 tahun keatas brgantung pd condition dinding. harga pula boleh nego nipis2.. kalau berminat boleh hubungi saya ditalian 016-9741861 - omar-. aminnnn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Askom cik omar jual wallpaper brapa 1roll

      Padam
  7. nak tampal tu guna gam ape yer? @ mcm mn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. guna gam khas untuk kertas dinding...boleh beli di kedai hardware..boleh rujuk di youtube sbb banyak video untuk tampal kertas dinding yang tak bergam...

      Padam
  8. nak tampal tu mcm mn yer? guna gam biasa blh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tengok dalam catatan sebelum ni. Label kertas dinding untuk yg ada gam sahaja.yang tak ada gam,kena beli gam kertas dinding...

      Padam
  9. Like kt fb ..... Malyan expo...

    BalasPadam
  10. Salam..nak tanye..
    Kalo kite bukak kertas dinding tu...cat rosam x?
    Thnx :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'salam...rosak juga kalau lama sbb gamnya dah melekat.

      Padam
  11. Assalamualaikum tuan rumah,,maaf tumpang berniaga mencari sesuap kfc..hehehe.
    Nama saya mkay installer dan suply wallpaper jenis vinyl kualiti berbagai, saya jual rm 399.00 korean wallpaper saiz 150 sft .upah pemasangan rm210..kalau beli pakej 5 roll dpat harga rm470.00 per roll termasuk pemasangan..berminat call saya 01123231600 erea klang valley..terima kasih tuan rumah.

    BalasPadam
  12. Cara nak tanggalkan kertas dinding berpelekat ni : spray dulu di kertas dinding bpelekat tu.biarkan seketika supaya kertasnya kembang ...lepas tu kopeklah kertas dinding bpelekat tu sambil spray lagi dgn air supaya gam tu betul2 kembang...bila dah tanggal semua...spray lagi dgn air sambil pakai pengikis yg mcm kita buat burger tu...kikis sisa gam sampai habis...lepas tu lap dengan kain lembap/basah...biarkan kering...boleh cat balik mcm biasa...cubalah buat ya...cara ni disalin daripada fb

    BalasPadam
  13. As Salam nk tnya..

    - MR Diy~RM 8.50 segulung berape meter?
    - Kaison~RM 19.90 segulung berape meter?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Mr Diy-RM 8.50 tu untuk 5 meter.jika RM 3.50 untuk 2 meter..di Kaison pula biasanya 10 meter.ukuran sama juga jika beli on line.

      Padam
    2. Sape pernah jumpa kedai 5sen, ada jual wallpaper mcm DIY cuma rm2 aje.. Tapi stock cepat habis

      Padam
    3. Macam di Mr Diy juga, cepat habis dan stoknya tak banyak

      Padam
    4. Ada...sekarang coraknya cantik lagi sbb ada yang coraknya timbul..nampak mahal jadinya..

      Padam
  14. Asalam,,,,Sayaa bru nk jinak dgn Wallpaper...ade sape tahu wallpaper yg berkualiti dn tahan lame.. . Jenama ,harga dn upah pasang..pls TQ

    BalasPadam
  15. Mungkin boleh tanya en khairul mohamad yang beri komen di atas...boleh juga tanya di mewahwallpaper

    BalasPadam
  16. Asaalam...macam bes je kan ade pasang wallpaper ni...saya teringin jugak tapi umah sewa pulak...hihi...sedap mata memandang kan..saya ade gak tgok kt mr.diy...tp x bnyk pilihan kan...thz 4 sharing..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok juga sbb boleh tutup cela yang lain...stoknya terhad tapi boleh cari tempat lain...blh minta kebenaran dengan rumah tu kalau nak mendeko lebih2..

      Padam
  17. Assalamualaikum... puan pasang sendiri wallpaper tu, memang boleh jadi ye?.. sbb saya memang nak beli n pasang sendiri, nak tggu Encik suami, tah la bile ada masanye. ada tips tak utk org yg first time nak pasang sendiri ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...semua saya pasang sendiri...buka sikit2 pelekatnya dan tarik saja.kemudian ratakan wpaper tu...kadang2 bahagian bawah tak lurus spt bahagian atas...kena samakan bahagian tepi juga

      Padam
  18. Sg buluh kt mane kdai wallpepar murah sy tggl d paya jaras..sy nk buat d peti n kabinet tv bleh x.

    BalasPadam
  19. Sg buluh kedai jual wallpaper murah kt ane.sy tggl d paya jaras sy nk deko peti ais n kabinet tv bleh x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kota Damansara paling dekat...di Mr Diy.ada di Aeon Big Kota Damansara dan The Strands

      Padam
  20. bukan saja online,kedai yg menjualnya juga makin banyak sekarang...

    BalasPadam
  21. Cahaya nurul (circle creative collection)29 Mac 2015 10:32 PG

    Salam, tumpang iklan ye,
    Nak cari wallpaper murah2 jenis sticker yg plain shja (mcm2wrna) atau bercorak boleh kunjungi circle creative collection di fb..
    Chalkboard sticker pn ada πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  22. Salam
    Nak tyalah kat mana ada jual gam wallpaper.area gombak

    BalasPadam
    Balasan
    1. gam wallpaper ada dijual di kedai hardware...boleh tanya kedai yang berhampiran...Kaison pun ada jual juga ..

      Padam
    2. gam wallpaper ada dijual di kedai hardware...boleh tanya kedai yang berhampiran...Kaison pun ada jual juga ..

      Padam
  23. as salam...pada sesiapa yg bminat untuk dpat kan wallpaper pvc ini secara online blh laa join group FB sy untk tgk lbh bnyk pilihan corak..name group NAK CARI WALLPAPER MURAH atau trs je wssp sy 0195141686 ZAIRI
    sy admin bg group tersebut
    tq

    BalasPadam
  24. Kualiti wallpaper yg dijual di fb sama ke dgn yg dijual di kaison atau mr diy?tq pd yg mnjawab

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wallpaper di Kaison tak pernah beli pula,tapi yang Mr Diy memang nipis tapi gamnya kuat.Itulah yang tak sabar nak ke Kaison...yang jual di fb tak ada yang murah tapi yg di Kaison ok saja nampak...

      Padam
  25. Sya tinggal area cheras... kedai mana yg jual wallpaper murah ...bru beljar2 dan berjinak dgn wallpaper ni... utk percunaan pertama.. x nklh yg mahal2.. bole bagi idea. Tq admin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cari di mr diy.Cuba google lokasi mr diy untuk tahu kedai mr diy berdekatan

      Padam
  26. assalamualikum..thanx sbb share crita ni..hihi..tgh pkiaq nak cat ka..nak tempek wallpaper ja...nak tanya... hmmm...yg 10 meter tu kan...lebar dia berapa?heheh...pastu kan,,lepas lekat tu baru nak tebuk dinding mcm gantung tv ka...frame ka..takpa ka..tak rosak?hehe..tq..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam...lebarnya 45 cm saja.dinding tak rosak jika nak tebuk tapi biar sekali saja.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  27. Askum nak tanya .susah ke nak pasang.kalau sorg boleh pasang ke.kat arej kl yg jual murah2 kat mane ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'salam...susah sikit nak pasang kalau bercorak tapi kalau corak lurus mudah sikit sebab akan menutup celanya.Di Mr Diy ada corak yang cantik,corak timbul lagi.Baca catatan saya yang terkini...

      Padam
    2. Boleh cari dalam fb...online ok juga harganya menjelang raya ni

      Padam
  28. Salam Admin...nak Tanya wallpaper yg berpelekat ni, tahan lama ke? X de masalah gelembung? Yg admin pasang tu dh brp lama?
    Yg bli kat mr diy tu color dia faded x bila dah lama pasang?
    Tq Admin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam...wallpaper bpelekat ni sy dah pasang 3 thn.ada juga masalah gelembung tapi kena hati2 masa memasangnya..gelembung tu sy cucuk dgn peniti saja spy anginnya keluar..
      Wallpaper mr diy ok saja di bhgn dapur basah.

      Padam
    2. Salam...wallpaper bpelekat ni sy dah pasang 3 thn.ada juga masalah gelembung tapi kena hati2 masa memasangnya..gelembung tu sy cucuk dgn peniti saja spy anginnya keluar..
      Wallpaper mr diy ok saja di bhgn dapur basah.

      Padam
  29. Salam Admin,
    Sy baru siap pasang wallpaper berpelekat (self adhesive) di bilik anak semalam, dan ingin share dengan pngunjung di blog ini.
    Saya beli melalui Kaison on line, dan pelekatnya kuat dan walaupun 2-3 kali di pasang/kopek, tapi masih lekat kuat.

    Tetapi apa yang saya lalui sebagai beginner ini, bila wallpaper di pasang dan buka semula 2-3 kali, ia akan mengakibatkan "paper stretch" (paper mengembang) dan akibatnya "matching" corak akan boleh lari jauh.
    Juga, saya sarankan supaya dinding yang hendak di tampal tu diperiksa dan diratakan sebolehnya, kerana permukaan yang ada pasir didinding akan bole akibatkan wallpaper tu tembus.

    Harap pengalaman saya ini dapat memberi panduan kepada para beginner.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman.untuk dinding yg panjang,boleh juga dipotong dua dalam ukuran yang sama kerana kebiasaannya susah juga nak samakan bahagian bawahnya jika panjang sangat.bahagian yang dipotong boleh ditampal border..

      Padam
  30. Sebenarnya tiada masalah akan kotor jika kertas dinding berpelekat tu warna cerah kerana material pvcnya menyebabkan kotoran kotoran daripada cap tangan tak boleh melekat melainkan jika diconteng.tahi cicak dan habuk yang melekat pun senang dibersihkan tapi jika dinding yang dicat,kesan cucian tu mungkin akan melunturkan warna cat dinding tersebut...

    BalasPadam
  31. hallo tumpang tanya... gam wallpaper ni selelau nya nak cari di kedai mana ya?? ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hardware atau Kaison ada jual..

      Padam
  32. gam wallpaper yang readymade ok x? ramai cakap tak kuat cepat tercabut hehe

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/2017/01/pengedar-sah-shaklee-salak-tinggi.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada yang tak kuat sangat..setakat ni yang Mr Diy je yang ok..puas hati tentang gamnya tapi nipis sikit pvcnya

      Padam