Isnin, 16 Disember 2013

Terapi Percakapan


video
Semasa Adib mengikuti terapi percakapan,saya sempat rakamkan.Sebelum ini,ayahnya yang hantar kerana saya tak boleh nak keluar sesuka hati,nanti kena ganti kelas,leceh juga tu.Bila dah cuti sekolah yang lepas,saya berkesempatanlah menghantar Adib untuk terapi percakapan ni memandangkan encik suami tak dapat hantar.Terkial-kial juga membawanya ke Hospital Sungai Buloh,maklumlah lesen kereta hanya lulus ke sekolah saja.Nak bergerak jauh kurang keberanian terutamanya nak ke hospital yang selalu mengalami masalah nak parir kereta.Apabila dah terpaksa,boleh pun.Kemudian,barulah minggu berikutnya berani ke Tesco Setia Alam,Setia City Mall.Masih ke tempat yang berdekatan lagi.
Berbalik kepada terapi percakapan ni,nampak mudah saja cara tetapi nak praktikkan di rumah jadi masalah juga kerana Adib hanya akan tumpukan perhatian di tadika,dengan kata lain dia akan buat jika orang lain suruh.Itu yang masalahnya.

4 ulasan:

  1. salam pn,
    bole saya tau anak puan umur brp ni? anak saya umur 2 thn masih tidak bole bercakap, ada jugak ciri2 autism. dah mula dengan therapy tp therapist ni mcm xmahir dgn speech therapy.. bnyk main2 je.. bole bg info lebih lg pasal speech therapy ni? email saya nurulkausar@utem.edu.my.. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menurut maklumat yg saya terima, jika dpt mengesan anak dlm masa umurnya 2 thn, in sya allah boleh baik sblm mereka ke tahun satu...main2 tu mmg prosesnya utk merangsang anak2 bcakap....mungkin bgantung kpd umur jg aktivitinya...

      Padam
  2. Anak saya umur 7 tahun dan masih lg pelat..cikgunya bgtau yg dia perlukan terapi percakapan..adakah puan terus membawanya ke hospital..atau minta surat pengesahan dari klinik terlebih dahulu..? TerimaKasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti jumpa doktor dahulu kalau hospital kerajaan tapi lama jg proses menunggunya...bgantung kpd hospital juga...mungkin boleh ke hospital swasta jika nak cepat

      Padam