Jumaat, 31 Oktober 2014

Menukar Barang Kemas Emas Tanpa Riba

Tak gemar sangat pakai gelang emas dengan banyak,memadai satu saja untuk melengkapkan diri.
Itupun cepat bosan.Terasa nak menukar gelang emas dengan yang baharu lagi tapi belum berkesempatan.Catatan ini dikongsikan oleh seorang ustazah dalam kumpulan telegram sekolah.Rupa-rupanya cara saya selama ini sudah salah..


Mungkin ada yang akan bertanya, jadi kalau kita ingin melakukan 'trade in' dengan emas baru yang lebih mahal harganya?? Bagaimana kita nak bayar tambahan harga itu?

Jawabnya : Ia sama dengan kes dalam hadith Tamar Khaibar dan Janib tadi. Jawapan yang diberi oleh Rasulullah SAW adalah : "Juallah dengan sempurna , ambillah harganya dan kemudian belilah semula dengan duit kamu tadi"

JELAS, CARANYA : MESTILAH SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN 'TRADE IN'. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM 500, KEMUDIAN PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU.

Kemungkinan jika transaksi seumpama ini dibuat di Malaysia akan kelihatan pelik. Bagaimanapun itulah cara yang selamat daripada Riba.

Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


Khamis, 30 Oktober 2014

Cantik Juga Deko Kole Bergambar

Hari ni Adib baru terima hadiah hari lahirnya  daripada gurunya.Bukan main seronok lagi dia.Maka,si umminya yang sedang mabuk dengan PBS sekarang mulalah terfikir idea nak mendeko kole bergambar pula.




Susun Atur Hiasan di Dinding









Nota kaki:sekarang terfikir pelekat plastik yang dijual di Kedai Eco 2 dan pelekat kertas yang berlambak di Mr Diy untuk dibentuk sebegini tapi mesti rancang betul-betul dulu sebelum membelinya...

Rabu, 29 Oktober 2014

Cuci Mata

Sekadar cuci mata.Kononnya nak terjah juga untuk beli kerusi yang berharga RM 59 tu supaya mudah sikit nak buat kerja sekolah di rumah tapi tak berkesempatan.Kualitinya tak pasti tapi suka melihat risalah seperti ini.





Selasa, 28 Oktober 2014

Bawah Sinki

Jubin bahagian bawah di dapur basah juga menggunakan jubin yang sama.Warna coklat tua menyebabkan bahagian bawahnya gelap sahaja dan nampak tak bersih.Dah tak tahu cara,terfikir nak lekatkan kertas dinding berpelekat ni.Lagipun kertas dinding ni tak tahu tempat nak digunakan.Kiranya ini cara yang murah dan memudahkan.Penggunaan alas lain agak mahal.
Besen besar tu tempat saya tuskan kuali,periuk dan besen yang lain


Kadangkala agak sesak barang di sini.Nak gantung kuali di bahagian belakang tu,tak tergantung lagi penyangkutnya
Banyak barang boleh diletak di sini.sebelum ni tak banyak barang kerana nampak kurang bersih lantainya


Isnin, 27 Oktober 2014

Kain Lap Dapur

Pernah nampak kain lap dapur yang dibeli di Cosway macam ni dipos dalam fb deko tapi tak perasan pula harga dan kuantitinya.Bila ke pasar raya di kawasan perumahan,saya belilah kain lap ni.Sangkakan dah murah tapi bila lihat katalog Cosway,mahalnya kain lap ni ke pasar raya.Kain lap ni sangat mudah untuk lap dapur kerana tak melekit tangan bila menggunakannya.Kalau guna kain biasa untuk lap dapur,terasa tangan melekit dan bila kain dicuci,nak guna untuk lap lagi rasa dah selesa tapi kain lap ni lain sikit.Setakat ni kain lap ni lebih baik berbanding kain biasa untuk lap dapur.








Mangga Asam Boi

Hari ni dapat kerja baru lagi,mengisi markah PAJSK dalam sistem SPS.Sejak PBS ni,kerja menanda kertas peperiksaan dan mengisi markah  tak habis-habis.Tadi,baru saja dengar cerita seorang ustazah menanda kertas PI hingga nak termuntah.Kakak saya yang berada di Terengganu pun sama.Menanda kertas Sains PT3 untuk 4 kelas juga nak termuntah kerana terpaksa diselesaikan dengan segera sebelum kerja lain datang.Dalam hati,baru saja nak tumpukan untuk penandaan Sejarah Kertas 2 yang akan bermula esok,dah datang kerja baru yang agak rumit.Sabarlah hati.
 Balik dari sekolah,tiba-tiba teringat dengan mangga ni.Terpaksa beli lagi asam kerana asam yang dah dibeli dulu lupa dibawa balik dan masih tersimpan di sekolah tanpa menjamahnya lagi.
Bolehlah tahan dengan selera saya.semuanya main campak saja tanpa sukatannya hingga satu biji ni dah habis seorang makan,Nasib baiklah depan rumah ada lagi mangga yang belum masak.

Nota kaki:guru dulu bukan lagi seperti guru sekarang...


Ahad, 26 Oktober 2014

Bilik Ammar dan Adib

Operasi menyempurnakan bilik kedua ni bermula jam 12 tengah hari.Dah lama nak menampal kertas dinding untuk menutup rekahan bucu dinding tapi tak terbuat.Rekahan tu dah ada sejak mula-mula tinggal di sini lagi memandangkan rumah saya rendah sikit berbanding rumah sebelah kanan.Dah minta pemaju baiki tapi macam tu juga.
Idea ni timbul bila lihat dalam fb juga.Walaupun sikit saja kertas dinding yang ditampal tapi makan masa hampir 3 jam juga.Percubaan pertama tak berjaya apabila kertas dinding yang digunting nampak pelik sangat.Rugi 5 kaki kertas dinding kerana terpaksa dibuang.Kali kedua nak gunting,barulah nampak bentuknya.Gunting dahulu barulah tampal,memang makan masa.

nak ambil gambar kedua-dua belah bucu tu pun tak boleh kerana bilik kecil,,,sekarang bilik ni jadi tempat menggosok baju kerama mereka belum tidur di sini lagi...pendingin hawa dah ada barulah boleh pujuk mereka tidur di sini...


langsir dibeli di Econ Save,RM59/69...lupa dah...


Yang biru ni dah lama tampal tapi bilik tidak diubah ke posisi asal kerna bucu belum disiapkan lagi.hari ni barulah ke posisi yang betul..bilik memang sempit,memang inilah tempat katil yang sesuai




Ambil gambar yang dah ada saja.tak sempat nak gantung lagi.sandar saja dulu.bahagian ni nampak kosong saja..pelekat banyak lagi yang tak ditampal,kena cari idea dulu...

macam ada yang tak  kena dengan awan di atas tu...kena tambah lagi agaknya biar seimbang...

memang macam nilah saja susun atur perabot dalam bilik ni kerana kehadiran dua lamari baju menyukarkan untuk mengubah posisinya


Jumaat, 24 Oktober 2014

Selamat Tahun Baharu Hijrah

Salam Jumaat...Catatan untuk menghilangkan rasa bosan asyik tekun menanda kertas  peperiksaan...
Esok dah awal Muharam.Petang ni,jom kita baca doa akhir dan awal tahun


Nota kaki:Jika ada catatan yang mengguris hati dan mengusik jiwa,harap dimaafkan...




Cuti Seminggu...

Hari ni Akmal kena ke taska kerana saya nak habiskan penandaan kertas PT3...




Cuti sempena Deepavali baru boleh lihat aksi anak-anak ke sekolah.Biasanya tak tahupun pukul berapa anak-anak bangun kerana 6.05 pagi saya dah sedia nak bergerak ke sekolah.

Nota kaki:banyaknya cabaran nak habiskan penandaan ni.sekejap terfikir nak mengemas bawah kabinet,lepas tu terfikir nak beli bekas plastik untuk simpan periuk bawah kabinet...alahai, cepat bosan....::>_<::>_<%

Rabu, 22 Oktober 2014

Kertas Dinding Berpelekat di Kabinet Dapur

Hari ni mood nak menanda kertas PT3 dah ke laut.Tiba-tiba datang mood nak mendeko pula.Kabinet dapur tempat memasak pula menjadi sasaran.

Sebelum mendeko,
1. Bersihkan pintu kabinet dahulu
2. Buka pemegang kabinet. Bahagian ni susah sikit dan kena minta tolong suami.Kali pertama saya deko rumah masa suami ada di rumah.Kebiasaannya saya buat masa suami pergi kerja.
3.Ukur dan potong kertas dinding yang dikehendaki
4.Bila dah siap,pasang semula pemegang kabinet
Bahagian kedua akhir agak leceh sikit.Belum ditampal,dah melekat.Beginilah jadinya apabila ditarik kerana pvc tu dah mengembang.Maka,terpaksalah buang yang ini.Nasib baik saya beli 3 gulung.

Bahagian tepi ni memang tak pandai nak tampal.Biarkan macam tu saja

6 pintu ni sepatutnya guna 4 meter/2 gulung saja  tapi dah terlekat satu potong,terpaksa guna gulung ke-3

Ada rama-rama di situ untuk menutup potongan pada bahagian pemegang kabinet yang tak dapat dibuka pada awalnya
Bahagian dalam juga saya tampal supaya cerah sikit dalam tu

Blog Cilik

http://namakucell.blogspot.com/

Masa ke Pasar Kemboja semalam,saya ada membeli petai.Suka sangat petai jeruk,maka nak mencari cara menjeruknya.Dapatlah blog di atas.Bila membaca blog ni,saya terbayangkan empunya blog ni seorang guru sekolah rendah tapi bila membaca tajuk Bekal ke sekolah,terfikir pula mengapalah maknya pula yang buat bekal untuknya?Belek lagi cerita-cerita lain.Rupa-rupanya empunya blog ni baru tahun 6.Memang sangat kagum.
Melihat jumlah catatannya,sudah dua ratus lebih catatannya dan kebanyakan catatannya bukan cerita kosong.Bahasanya  agak o.k sedangkan dia baru lepas UPSR.Saya memang tak minat membaca blog yang ditulis bahasa pasar keseluruhannya.
Kagum dengan blog ni,saya dah buat pautan di blog saya dengan nama Blog Cilik.Sebenarnya sekarang ni sedang membuang blog yang dah lama bersawang kerana tidak memotivasikan saya untuk berblog.

✦ RESEPI PANCAKE ✦

Biasanya kita makan lempeng saja,kan?Kali ini kita ubah sikit selera kota.'Pancake' bila di-Melayukan jadi kuih dadar.Apa-apalah...

sumber gambar dan resipi :fb

Bahan-Bahan:

2 Cawan tepung gandum
4 Sudu Besar Mentega
2 Sudu Besar Jus Lemon
4 Sudu Besar Gula Kastor
3 Sudu Teh Baking Powder
2 Biji Telur
1 Sudu Kecik Garam
1 1/2 Cawan Susu Full Cream Dutchlady

Cara Penyediaan:

1. Cairkan mentega.

2. Campur susu dan jus lemon, biarkan selama 5 minit.

3. Campur sekali susu, jus lemon, telur dan mentega yang dicairkan.

4. Dalam mangkuk berasingan, adunkan bahan kering iaitu tepung, garam, baking powder dan gula.

5. Kemudian tuang adunan basah ke dalam mangkuk yang berisi bahan kering  dalam langkah 4. Dan kacau hingga sebati.

6. Panaskan 'nonstick pan' yang digriskan dengan sedikit minyak sayur, tuang 1/4 adunan ke atas kuali dan masak sehingga buih timbul di permukaan.

7. Masak sehingga keperangan di kedua-dua belah bahagian.



Menanda Kertas Peperiksaan...

sumber:google.PT3 tak ada soalan objektif.Semuanya berbentuk struktur atau esei.

Dari dalam bilik ke ruang dapur.Kemudian,beralih ke ruang menonton dan tamu.Masih lagi diganggu Akmal yang nak menulis juga.Makanya,terpaksalah saya naik ke ruang menonton di tingkat atas.Jenuh bertukar tempat semata-mata nak menyiapkan penandaan BM PT3 kelas 3A1.Kelas pandai,memang pelajar menjawab dengan baik.Malam tadi,selesailah menanda untuk satu kelas.Tinggal satu kelas lagi.Itupun 20% lagi.Mesti disiapkan sebelum Isnin kerana hari Selasa kertas Sejarah 2 tingkatan 4 pula akan menyusul.Dua kelas lagi kerja menanti...
Jika ditanya,nak menanda kertas SPM?Awal-awal lagi saya dah geleng kepala kerana saya bukannya jenis yang boleh fokus dengan kerja berjam-jam.Saya hanya hadkan satu jam sahaja sekali menanda kertas.Bila dah bosan,saya perlu buat perkara lain dan menyambung semula kemudiannya.


Selasa, 21 Oktober 2014

Beza Kertas Dinding Berpelekat Mr Diy dan BTL(Taiwan)





Saya masih kemaruk kertas dinding berpelekat.Yang sudah dibeli  tapi belum ditampal pun banyak lagi tapi hari ini sudah sampai lima gulung lagi kertas dinding.In sya allah,akan diusahakan dalam masa cuti yang masih berbaki ni.
 Semua corak kertas dinding berpelekat di atas ni saya beli di Mr Diy sebab teruja bila mengetahui murah,RM 8.50 dan RM 3.50 sahaja untuk satu gulung.Warna ungu tu untuk ruang menonton di tingkat atas.Warna hijau tu untuk bilik tetamu.Warna kayu tu untuk pintu tapi hanya sebelah pintu saja cukup masa beli tempoh hari.Rupa-rupanya kertas dinding ni ada juga dijual secara talian.Bila dah ada dijual atas talian,beli sajalah sebab kertas dinding di Mr Diy stoknya terhad.
Beza antara kedua-duanya,
1.Mr Diy tiada jenama tapi yang atas talian ditulis BTL daripada Taiwan.
2.Setakat ni hanya jumpa yang 5 meter saja di Mr Diy tapi yang atas talian 10 meter
3.PVC lebih nipis yang dijual di Mr Diy
4.Kertas dinding berpelekat dari Mr Diy sangat kuat gamnya.Tak ada lagi yang jatuh setelah ditampal berbanding corak hitam dan kuning dari BTL yang pernah jatuh dan sekarang nampak merekah.



beza sikit warnanya.

Nota kaki:Kertas dinding di Kaison tak pasti pula macam mana kualitinya kerana tak pernah membelinya.