Rabu, 8 Oktober 2014

Kembali Ke Sekolah.


Salam Hari Rabu...
Hari ni dah mula kerja.Cuti lima hari untuk Hari Raya Korban hanya sempat siapkan separuh saja markah PBS ni.Nak mengisinya pun kurang arif kerana borang offline yang ada ni macam  dah tersalah diset.Bila lihat borangnya,macam tak sempurna sangat.Bila dah ditarik-tarik,barulah keluar beberapa petak lagi.Apabila nak mencetaknya,kena ubah lagi saiznya.Kerja teknikal macam nilah makan masa.
Kertas 3 sejarah t4 belum mula dengan sempurna lagi.Soalan sejarah 2 pun tak siap lagi.Minggu depan , PT3 dah bermula. Minggu sibuk sudah bermula minggu depan.Minggu ni kita senyum dulu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan