


Catatan yang dah basi tapi nak tulis juga kerana hari ni (25.9.11)penuh makna.
Kali kedua saya mengadakan majlis bersempena hari raya.Kali ini tujuannya untuk menjemput adik-beradik dan rakan-rakan yang terdekat setelah jiran tetangga telah diraikan dua minggu lepas.Kali ini terdetik untuk menjemput seorang rakan pena yang tinggal di Klang.Kami sudah lama berkawan iaitu sejak di tingkatan dua lagi(1991).Maknanya sudah 20 tahun kami berkawan tapi tak pernah pun berjumpa.Kami mula berkawan apabila gambar paspot saya terpampang di majalah Dewan Pelajar kerana memberi pendapat.Sejak itu, banyak surat dari merata negeri yang diterima daripada rakan sebaya untuk dijadikan kawan.Ramai antara mereka yang sudah terputus hubungan setelah beberapa tahun kemudian, tapi dengan rakan yang ini, kami terputus hubungan pada tahun 2000 setelah dia berkahwin dan saya berada di tahun akhir di u.Mengingatkan keakraban hubungan kami, dua tahun lepas saya cuba menjejakinya melalui google dan fb tapi tak berjaya kerana saya sudah lupa nama penuhnya.
Apabila berkesempatan balik ke kampung, saya cuba membelek-belek kembali surat-surat dahulu yang masih disimpan.Sayangnya tiada pula alamat dan nama penuhnya. Tapi saya tidak berputus asa, usaha menjejakinya menerusi fb masih dilakukan.Berkat kesabaran,akhirnya saya dapat menjejaknya setelah berkali-kali berusaha.Walaupun tak berapa pasti dia orangnya, saya tetap mengharap bahawa dia memang orangnya. Dari situ, kami berhubung kembali.Sudah dua tahun kami berhubung melalui fb tapi tak pula kami mengambil nombor telefon dan alamatnya.Bila dah begini keadaannya, barulah rasa bersalah kerana tidak mengambil nombor telefon untuk dihubungi.Bila nak menjemputnya ke rumah, saya hanya reda saja.Manalah tau jika dia tak aktif berfb sejak akhir-akhir ni kerana saya pun kurang aktif berfb kerana sibuk dan kekangan masa.Pesanan hanya dibuat melalui fb.Jika dia membuka fb,dapatlah dia membaca mesej tersebut.Tapi, jika dia tidak membuka fb sehingga tengah hari Ahad, maka tiadalah harapan nak berjumpanya.Alhamdulillah,akhirnya saya dapat panggilannya daripadanya untuk bertanyakan alamat rumah saya kerana dia dalam perjalanan kini.Memang tak terkata apabila pertama kali berjumpa.Gembira memang terlalu gembira.
Untuk menu hari itu, suami yang banyak main peranan kerana saya semain penat setelah berbadan dua.Saya hanya membantu ala kadar saja. Tripple masih tak menjadi walaupun sudah kali ketiga saya membuatnya dalam masa yang terdekat.Tapi,disebabkan badan kurang bertenaga, hanya dua juadah itu sajalah yang dapat kami hidangkan kepada tetamu pada hari itu.Ramai yang memuji mee udang yang dimasak oleh suami sedap.