Memaparkan catatan dengan label Seramik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seramik. Papar semua catatan

Ahad, 21 Jun 2015

Pasu Kuala Kangsar

 Kami pergi tanpa dirancang. Pada mulanya hendak ke Taiping tapi tiba-tiba suami ubah keputusan dan singgah di sini. Pertama kali sampai di sini. Kami bertolak agak lambat kerana mengurus kucing dahulu di rumah. Bila sampai, dah lewat petang, terus cari hotel untuk menginap. Keesokannya baru jalan-jalan masuk ke kawasan kampung untuk misi mencari pasu. Banyak tempat yang kami singgah kerana saya mencari pasu dan labu sayung warna hijau.Puas hati menjamu mata.Banyak pilihan yang ada tetapi saya hanya membeli beberapa buah saja labu sayung dan pasu megikut kekosongan ruang untuk dipamer di rumah. Suami isteri memborong pasu,makanya penuh bonet kereta dengan pasu.Bila dah sampai satau lagi tempat,cantiknya pasu hijau  ni tapi bonet kereta dah penuh,cuci mata sajalah.
Masuk saja ke kampung ni,banyak pilihan labu sayong dan pasu..




























Selasa, 10 Mei 2011

Pinggan Hiasan

Ada teguran daripada jiran-jiran,'banyaknya pinggan hiasan".Nak buat macam mana, hati dah berkenan nak buat koleksi pinggan hiasan.Rasanya ada dalam 30 semuanya.


Ahad, 27 Jun 2010

Pecah Satu Ada Satu Lagi



Beberapa sms yang diterima daripada KKHome Deco menyebabkan hati ini meronta-ronta nak ke sana.Potongan harga untuk ahlinya mendorong saya meninjau-ninjau barangan yang akan dibeli.Melihat almari yang diberi potongan sebanyak 30% sedikit sebanyak menggugat hati untuk memilikinya.Tetapi apabila difikirkan semula, warna putihnya itu menggoyah minat.Jika warna hijau,rasanya memang saya akan membelinya.Saya bukanlah peminat deko Inggeris,tetapi disebabkan suka dengan suasana yang ceria dan meriah di dalam rumah,nampaknya saya juga seperti penggemar deko inggeris juga.Namun,seboleh-bolehnya saya ingin mengelakkan hiasan rumah yang ketara keinggerisannya.Jika dicat semula alamari tersebut, hilanglah pula corak bunga di atasnya, sayanglah pulak.Walaupun masih banyak ruang di rumah,namun saya lebih senang dengan almari murah yang dibeli dulu.Malas nak berfikir pasal almari dan rak bergantung yang dijual murah,saya ke bahagian lain.Entah apalah malang nasib hari ni,semasa hendak meletakkan mug,tiba-tiba satu cawan kecil jatuh.Berderai di atas lantai.Walaupun agak ramai orang masa itu, namun tiada seorangpun yang mengendahkannya dek kerana leka memilih barang.Pada masa itu,seorang kanak-kanak lelaki yang datang menjengok.Semasa saya meletakkan teko kecil,tiba-tiba penutupnya pula jatuh ke lantai.Berderai sekali lagi.Masa ini barulah ada mata yang memandang.Nasib baiklah tak mahal.Barangan tersebut juga akan dapat percuma satu apabila membeli satu.Selamat duit.Gara-gara nak membayar cawan yang telah pecah,terpaksalah saya mengambil cawan tu walaupun pada mulanya memang tak berminat. Nampaknya buat hiasan sahajalah cawan tu.