Misi nak mencari pasu di Sabah tidak berjaya menyebabkan saya bersungguh-sungguh nak ke Sarawak. Nak menyambung kerja sekolah untuk akhir tahun pun dah tak besemangat.Tidak berfikir panjang, pada 26hb November, saya berusaha untuk mengurus pecutian ke sana.Alhamdulillah,saya telah mendapat tarikh 15hb Disember.Tiket kapal terbang telah ditempah dengan kos RM 2210 untuk 5 beranak pergi dan balik.Timbul masalah untuk tempat penginapan.Pada mulanya saya telah berurusan dengan satu pihak yang mengurus pakej percutian dengan bajet yang murah tapi timbul kemusykilan apabila fbnya hanya memaparkan resipi makanan Sarawak sahaja dan tidak pula saya jumpai gambar tentang pelawat-pelawat yang telah diurus olehnya. Jika nak batalkan begitu saja urusan dengannya,rasa seperti kurang elok pula kerana kami telah banyak berurusan dan tiba-tiba tidak jadi.Untuk itu, saya bertanyakannya untuk mendapatkan perkhidmatn pemandu pelancong dan kenderaan saja tapi dua perkhidmatan tersebut tidak disediakan.Saya sepatutnya mengambil pakej yang disediakan iaitu penginapan homestay, makanan dan kenderaan. Makanya,saya terpaksa menolak perkhidmatan tersebut disebabkan ragu-ragu kerana tiada bukti yang meyakinkan saya.Saya berusaha lagi mencari pemandu pelancong yang boleh membawa kami ke tempat-tempat yang menarik di Sarawak.Setelah gigih mencari,saya menjumpai Khaimal Car & Rental.Bayaran yang dikenakan pun agak ok,makanya saya pun bersetuju untuk menggunakan khidmatnya.rupa-rupanya Khaimal juga mempunyai syarikat pelancongan yang menguruskan pelancongan.Tak mengapa,segala jadual saya diaturkan oleh pihak Khaimal.Insurans pelancongan juga diuruskan olehnya.
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.Saya telah membawa banyak bekal roti memandangkan ketiga-tiga anak lelaki saya tu kuat makan dan di Sarawak tiada roti Gardenia,berbaloilah saya membawanya.
Jumaat/15.12
Penerbangan Air Asia jam 11.35 pagi.Rasanya masa tu dah ok,tak terlalu awal.Bila tiba di Sarawak,kami terus boleh ke tempat-tempat yang menarik.Apakan daya,jalan sesak dan kami agak terlewat keluar rumah,kami terlepas penerbangan.Mimpi ngeri rasanya.Nak tak nak terpaksa beli tiket lain.Terbang RM 2000 pula untuk penerbangan satu hala.Penerbangan jam 3.25 petang pula.Masa pemeriksaan kastam,saya lupa sama ada membawa atau tidak KP anak kedua yang istimewa.Yang ada di tangan saya ialah kad OKUnya tapi kad tersebut tidak diterima.Saya memang ingat tak membawanya kerana persediaan menyimpan KP anak-anak telah dibuat beberapa hari sebelum tu.Dalam mencari-cari KP anak dalam beg,Alhamdulillah jumpa juga dalam beg duit.Peringatan juga;KP saja yang diterima untuk ke Sabah dan Sarawak.Ke Semenanjung kad OKU boleh diterima tapi sebaik-baiknya bawalah KP supaya lebih selamat. Setelah melepas kastam,jangan lupa simpan slip pelancongan yang diberi kerana slip tersebut akan diambil apabila ingin balik ke Semenanjung nanti.Tiada slip tu,laporan polis perlu dibuat.
Dengan lega, kami masuk ke tempat menunggu.Kami tidak membawa pakaian yang banyak dan beg hanya 8 kg di bagasi.Masing-masing membawa beg sandang sendiri.Pertama kali saya belajar,penerbangan Air Asia memerlukan kita membeli berat bagasi dan makanan di kapal terbang jika ingin makan.Dua perkara ni saya terlepas pandang.
Akmal sangat teruja kerana pertama kali menaiki kapal terbang.
Tiket yang ada hanya di pintu kecemasan saja tetapi kanak-kanak yang berumur hingga 12 tahun tidak dibenarkan duduk di pintu kecemasan. Makanya,ketiga-tiga beralih ke belakang.Saya dan suami di pintu kecemasan.Ada seorang hamba Allah yang belanja kami makan.
Jam 5.20 petang kami sampai di Sarawak.Tempat pertama dibawa ialah Bandar Kuching.Jalan-jalan sehingga isyak.Kami menaiki bot penumpang tradisional meronda sekitarnya.Tambang untuk dewasa ialah RM 19 dan kanak-kanak pula RM 9.Bot mewah agak mahal.
Selepas itu kami dibawa makan malam.Saya dan suami memilih nasi goreng terubuk masin.
Anak pula makan nasi putih ayam goreng penyet..
Kemudian barulah kami mendaftar di hotel Grand Supreme.Bilik hotel agak luas.Saya memilih bilik yang mempunyai dua katil iaitu satu katil berkembar dan satu katil bujang.Memang taraf inilah hotel yang selalu saya kunjungi semasa bercuti.Hotel tak perlu mewah-mewah kerana untuk tidur saja.Pada mulanya saya nak juga merasa hotel di Pandai Damai kerana ada kolam dan pantai tapi pada masa itu dah penuh.Banyak hotel yang agak penuh.Jadi,saya memilih hotel yang menyediakan sarapan dan mempunyai wifi sebagai keutamaan.
Sabtu/15.12
Kami bersarapan di hotel.Adib sangat berselera makan nasi goreng hingga menambah nasinya.Di rumah,dia memang tak suka makan nasi goreng.
25 minit kami menunggu kelibat orang utan namun tak juga muncul-muncul.Tak mengapa,tak ada rezeki nampaknya.
Tempat kedua yang kami tuju ialah Taman buaya Jong di Siburan.Seronok anak-anak datang ke sini kerana banyak hiwan lain yang ada.Sangat berbaloi.
Tempat ketiga ni ialah tempat kegemaran saya iaitu ke Top Deco(kilang pasu).
Hari ni rasa macam cantik pula pasu ni.
Sempat posing sini.Kalau dapat ke kilang pasu yang lain lagi seronok
Tempat keempat pula ialah Perkampungan Budaya Sarawak.Tiketnya boleh tahan mahalnya.Dewasa RM 60 dan kanak-kanak RM30.
Ada pertunjukkan pada jam 4 petang.Tamat pertunjukkan,tempat ni ditutup untuk pelawat.
Tempat terakhir pada hari kedua ialah Jambatan Darul Hana.
Menu makan malam.Saya dan anak sulung makan nasi goreng,anak bongsu makan sate manakala anak kedua makan nasi putih dan sup daging.Makanan di sini kurang ok.Kalau boleh,nak saja saya makan di tempat makan yang tengah hari tadi iaitu di Senapi Corner.Makanan di situ banyak pilihan dan sedap.
Ahad/17.12
Jam 8 pagi kami bertolak ke sini untuk sesi bergambar.Kereta diparkir di tepi jalan saja.Pelik juga saya lihat kerana saya takkan parkir kereta di tepi jalan macam tu tapi memandangkan hari masih pagi dan tiada tempat nak parkir kereta,mungkin masyarakat Sarawak sudah terbiasa dengan situasi macam tu.
Van yang selesa untuk kami.Dalam perjalanan ke Serikin
Kapal Ponyo kami panggil kerana kapalnya sama seperti dalam kartun Ponyo(Jepun)
Tshirt Sarawak agak murah di sini.Untuk kanak-kanak RM 10 dan dewasa RM15.Jika di Sabah,di Kinabalu Park pun harganya RM12 untuk kanak-kanak.Di Pasar Filipin,lagilah mahal.Banyak juga gerai yang menjual tshirt Sarawak.
Beg Sarawak.Beg Sabah dah beli tapi belum digunakan lagi.Makanya, jangan membazir.
Ole-ole Sarawak saja yang dibeli.Itupun buat syarat saja.Ole-ole Sabah pun belum diagihkan kepada mereka yang berhak.
Tempat terakhir disinggahi kami ialah Tasik Biru untuk bergambar saja.
Makan tengah hari kami di Bau.
Jumpa ikan keli,seronoklah tu.
Selalu anak-anak tertukar antara teh ais dan teh o.Mereka suka teh o.
Bagasi kami.20 kg.
Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk percutian ini RM 200 lebih murah berbanding pakej murah yang ditawarkan oleh pihak Khaimal dengan mengambil kita tidak termasuk tiket kapal terbang.Namun,saya banyak belajar mengurus percutian.Nanti mudahlah untuk saya uruskan lawatan sekolah dan percutian-percutian yang seterusnya.
Nota kaki:Anak-anak seronok bercuti di Sarawak.Kakak saya dan sepupu juga berminat untuk ke Sarawak selepas melihat gambar-gambar yang saya pos di fb.Untuk maklumat lanjut tentang Sarawak,boleh ke link ni. Hasrat nak menulis minit mesyuarat tapi tergendala kerana lama singgah di blog.Catatan ni tak boleh panjang walaupun banyak perkara yang nak diceritakan.

































































































