Khamis, 26 November 2015

Jamu Mata di Haji Ismail Group,Langkawi

Gambar pisau dan sudu ni saya rakam di HIG,Langkawi.Terujanya bila rakan membeli beg bagasi yang besar semurah RM 49.Walaupun stok lama,yang penting masih baru cuma barang lama sikit.Itu pun tak perlu tawar-menawar.Teringatlah pula pengalaman saya membeli beg bagasi di Vietnam dulu.Disebabkan tak pandai tawar-menawar,saya membeli beg setelah rakan membelinya.Dapatlah harga yang sama,itupun melebihi 100 ringgit.








Ini saja yang dibeli.Nasib baik dah beli mangkuk Corelle yang kecil di RAM.Di sini tak jumpa pula tu.

Doa Masuk ke Dapur

Saja nak menambah koleksi hiasan di dapur.Kali ni buat syok sendiri dengan meletak gambar dapur sendiri.



Rabu, 25 November 2015

Bertampal Cantum Cuti Ni

Dari tahun lepas lagi nak buat  tampal cantum ni atau patchwork tapi tak juga jadi walaupun sanggup usung kain hijau dan hitam tu dari Kuala Terengganu.Alang-alang dah jumpa kain hijau,beli sajalah.Memang saya mencari corak yang mudah untuk sarung bantal hiasan kerana cuti ni banyak perkara yang nak dikerjakan jika diikutkan keinginan.Mudah-mudahan akan dilaksanakan terutamanya projek kertas didnding yang masih berlambak dalam simpanan.


Corak yang ketiga terpaksalah korbankan kain pasang ni.Nasib baik tak dibuat baju lagi.

Tak pasti lagi nak buat bantal atau tampal saja dibantal yang dibeli.Masih dalam pertimbangan kerana tak berapa nak pandai dan rajin menjahit sarung bantal...

Memang cantik walaupun ringkas saja coraknya




Khamis, 19 November 2015

Deko Dapur Lagi

Gara-gara bosan kemas kini markah koko pelajar secara atas talian yang sangat perlahan internetnya,minat tertumpu kepada benda lain.Akhirnya siap juga tapi belum dilaminat.Deko ni siap tapi markah hanya separuh yang berjaya dikemas kini.Petang keesokannya sambung lagi dan bertukar pula menjadi hijau.Alang-alang dapur tema hijau.
Jumpa sudu dan garpu ni di Langkawi masa ke sana hujung minggu baru-baru ni






Nota kaki:Jam belum digantung lagi.Cuti sekolah nanti bolehlah kemaskan rumah dan deko-deko lagi



Ahad, 8 November 2015

Pasu Daripada Tuala

Sumber daripada pos fb deko.Minta halalkan 

 Mula-mula bancuh simen dengan air.Celupkan tuala.Kemudian,jemur.Sumber, di sini.

Lagi Deko Hijau

Assalam...Cuti 4 hari sempena Deepavali memang tak ada hati nak ke mana-mana sebab dalam kepala asyik teringatkan kertas PAT Sejarah K2 yang belum siap-siap.
Dah lama rumah saya tak dikunjungi oleh jiran tetangga dan sanak-saudara.Saya lebih suka begitu sebab mood nak pastikan rumah sentiasa kemas tersusun tu selalu ada pasang surutnya.Apatah lagi dengan galagat 3 hero tu.Hari raya yang lalu,saja nak penuhi permintaan adik-beradik belah suami,kami adakan rumah terbuka.Kiranya cerita lama ni.Adalah anak buah bersuara bila dia ke dapur:'cantik,hijau je'.Memang kembang setamanlah bila mendengarnya.Bertambah semangatlah nak menambah koleksi hijau lagi di dapur.Apa taknya, bukan main kemaruk lagi saya mencari Kedai RM 2,Eco Shop 2,Mr Diy,Daiso dan mana-mana kedai semata-mata nak mencari peralatan hijau.
Bila asyik berfb,nampaklah deko ni.
Kesempatan ni saja nak kongsikan deko hijau yang berwajah Inggeris.Memang tergoda tapi tak naklah pula jadi Inggeris semata-mata.Peram saja dulu gambar ni.Lagipun tak sesuai sangat dengan keinginan.Akhirnya tak tahan godaan juga.Tertewas juga tapi corak hiasan lain pula.









Deko ni saya tempah di fb deko Kami Suka Deco Deco.RM 35 setiap satu.Setiap Sabtu dan Ahad boleh iklan dengan syarat ada ditulis harganya..Walaupun kumpulan ni tak aktif seperti DRKSK tapi taklah suka buang ahlinya...

Nota kaki:Belum terima lagi .Minggu depan bila dah terima baru fikir tempat nak digantung.Kalau boleh ke Romantika untuk menambah koleksi lagi bagus...Moga ada kesempatan...