Ahad, 30 Jun 2013

Aksi Anak-anak

Anak penawar hati.Alhamdulillah,ada juga tiga orang hero.Cukuplah tu buat penyambung keturunan.Seronok merakamkan aksi budak 3 beradik ni.

Akmal,muka lembut saja tapi dialah yang paling lasak masa kecil.Ramai dah tertipu dengan kelembutan wajahnya.

Adib...memang kanak-kanak yang ada tenaga lebih,suka melompat-lompat di kerusi dalam rumah.Katil di bilik bawah sudah runtuh dibuatnya.

Ammar...walaupun dah darjah dua,lasaknya masih ada malah kadangkala mengalahkan adik-adiknya yang lain tapi boleh diharapkan untuk jaga adiknya,Akmal.Ada dia,senanglah sikit.
 Dah dapat kain lap...suka lap lantai dan meja.






 Kerja Adib...suka buka peti ais dan tukar suhu hingga maksima.Beku jadinya telur ni....



 Suka tarik rak ni. Dah tak boleh nak simpan apa-apa lagi di sini. Rak botol pun kena dibiarkan kosong...

 Kerja abangnya mengalahkan adik pula...
Aksi bila bercakap di telefon....

Banyaknya Kena Isi..

Kerja mengisi markah PLBS  dan folio sejarah telah disiapkan semasa cuti yang lalu.Nasib baiklah kerja menanda kertas peperiksaan telah siap sebelum cuti.Itupun terpaksa bangun awal pagi(4 pagi pada hujung minggu) untuk menyiapkannya.Tahun depan,rasa-rasanya dah tak ada kerja-kerja ni kerana PMR sudah tiada lagi....


Untuk folio sejarah,banyak juga perkara yang perlu diisi,sabar sajalah...






Hias Kelas 2

Alhamdulillah,minggu pertama naik cuti yang lepas 3E telah mendapat gelaran KELAS PALING CERIA.Biarpun baru sekali namun usaha gigih pelajar 3E agak berbaloi kerana sebelum ini ada satu kelas yang telah berusaha keras juga untuk mendapat gelaran tersebut,namun belum berjaya.

Untuk mendapat gelaran tersebut,agak susah juga kerana tingkap mesti dilap sentiasa.Begitu juga dengan lantai,mesti disapu sentiasa sedangkan mereka selalu membuat sampah di dalam kelas tetapi kerja nak menyapu lantai agak malas.Dua perkara itulah yang menjadi masalah untuk mereka.Bukan setakat mengecat kelas tapi memastikan kebersihan kelas menjadi syarat utama.Perkara inilah yang sukar diterapkan dalam jiwa mereka kerana di rumah,semua perkara ibu atau pembantu rumah yang buat.

Gambar-gambar sekitar kelas 3E:














Idea-idea hiasan daripada kelas lain yang sempat dirakam:







Selasa, 25 Jun 2013

Jerebu


Hari ni bersekolah seperti biasa tapi murid yang datang hanya seratus lebih sahaja.Kantin pun tidak dibuka,makanya terpaksalah meredah padang sekolah ke kantin sekolah sebelah bersama-sama beberapa cikgu yang lain.Alamak!Mahalnya.Apa-apapun,kenyang juga walaupun terasa agak terkilan.Makan tak seberapa,bayar yang lebih.

Keadaan jerebu di sekitar sekolah.





Apabila ke kedai buku,ada jualan novellah pula.Ada pula tu novel Sebenarnya Dia Isteri Saya.Wah,sangat cantik ni.Tak perlu ke kedai buku lain dah.Tak sabar nak tahu jalan akhir cerita yang ditayangkan sekarang,sampai rumah saja novel itu yang ditatap.Soalan BM untuk percubaan belum difikirkan lagi.padahal itulah yang perlu diutamakan.



Kesudahan cerita Sebenarnya Dia Isteri Saya:
Sya melarikan diri daripada Chad dan balik ke Shah Alam setelah Chad memaksa Sya melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri.Tidak lama kemudian,mereka bertemu semula di pejabat bapa Chad kerana masing-masing bekerja di situ.Di situ,hubungan mereka baik semula.Daina (dalam novel) pula tetap tidak putus asa dan memaksa Chad berkahwin dengannya.Pada masa yang sama Chad merancang persandingannya dengan Sya tanpa pengetahuan Sya.Akhirnya mereka bersanding.Daina telah dipenjara kerana kes khalwat.

Begitulah serba sedikit mengikut pemahaman saya yang membaca novel tersebut secara langkau-langkau kerana banyak benda yang nak dibuat.Tak sempat nak hayati satu-persatu...Memadailah terjawab persoalan      bagaimana persandingan Sya boleh berlangsung dan kesudahan dendam Daina.


Isnin, 24 Jun 2013

Sukan Tahunan Adib

Hari Sabtu yang lalu, sukan tahunan bagi Tadika Prima di Pristana.Ibu bapa yang teruja lebih kerana  selalu kerumun trek apabila acara bermula.Ada yang nak merakam dan masing-masing tidak melepaskan pekuang untuk mengambil gambar.Kamera yang dibawa oleh suami kehabisan bateri,terpaksalah ambil gambar dengan telefon bimbit.Nasib baik dapat walaupun tak nampak apa-apa gambardi lelefon  semasa mengambil gambar.
Dua acara sukan saja iaitu lari dalam guni dan pancing belon dalam air kerana cuaca berjerebu.Lagipun,acara dimulakan dengan perbarisan oleh murid-murid Tadika,dan dua persembahan tarian menyebabkan masa berjalan pantas.Acara untuk ibu dan bapa juga ada.Apabila habis sukan, ibu dan ayah juga yang tidur tak puas-puas  kerana keletihan.Dengan cuaca yang tak menentu, memang seronok tidur tengah hari hingga petang.Adib juga yang masih cergas macam biasa,boleh sambung main di rumah lagi...