Jumaat, 30 April 2010

Khamis, 29 April 2010

Selesainya Tugas Baharu


Tugas menjadi guru pembimbing kepada cikgu pelatih Kesusasteraan Melayu akhirnya berakhir kini.Terima kasih banyak kepada cikgu pelatih kerana berjaya melaksanakan tugas dengan baik.Persediaan mengajarnya memang baik walaupun tiada lagi buku ulasan untuk subjek ini di pasaran.Sememangnya cikgu yang beriya membuat persediaan untuk mengajar tetapi murid-murid hanya memandang kosong terhadap pengajaran cikgu.Situasi begitu sememangnya sudah menjadi lumrah terutamanya bagi kelas-kelas yang hampir tercorot.Pengalaman tiga bulan di sekolah diharapkan akan dijadikan panduan untuk melalui rutin sebenar seorang guru.

Ahad, 25 April 2010

Wajah Baharu ...



Alangkah lapangnya mata apabila sesi mengemas ruang dapur selesai.Dengan koleksi cawan dan gelas yang baru dibeli,beberapa pinggan mangkuk terpaksa dialih ke tempat lain.Dua pinggan hiasan yang berukuran empat segi terpaksa dicutikan kerana tempatnya sudah diambilalih oleh papan tulis yang berbentuk teko.Lokasi untuk pinggan hiasan tersebut belum difikirkan kerana dalam minggu ini saya agak sibuk merencana soalan peperiksaan pertengahan tahun dan melatih murid-murid berpantun.

Sabtu, 24 April 2010

Hari Keusahawanan


Hari ini merupakan hari persekolahan ganti.P&p hanya dijalankan pada masa pertama dan kedua sahaja.Hanya guru yang menjadi penasihat persatuan dan kelab sahaja yang terlibat untuk membuka gerai,jadi guru-guru yang lain hanya goyang kaki sahaja pada hari ini termasuklah saya.Seronok tak terkata apabila tidak tersenarai untuk berniaga.Pengalaman tiga kali berniaga semasa di sekolah lama amat memeritkan.Pada mulanya memang saya ada membawa kamera untuk merakam peristiwa hari ini tetapi apabila hendak digunakan,bateri pula telah lemah.Maka,tidak dapatlah saya merakamkan suasana hari tersebut.Gambar ini ehsan daripada teman fb.Tahniah kepada murid-murid yang terlibat.Untung atau rugi dalam perniagaan,memang sudah menjadi adat.Yang penting pengalaman berniaga dapat ditimba sepanjang hari itu.Rumah hantu nampaknya untung besar pada hari ini.Tahniah kerana berjaya melalui detik-detik yang merimaskan di dalam rumah hantu.Pengalaman pertama akan menjadi panduan untuk aktiviti yang seterusnya.

Jumaat, 23 April 2010

Idea Datang Lagi...Alahai Dapurku

Hari Sabtu lepas saya dan beberapa jiran lain berkesempatan menziarahi jiran baharu yang baru bersalin anak yang kedua.Rumahnya hanya depan rumah saya.Kesempatan itu digunakan untuk menerjah ke ruang dapur rumahnya.Nampaknya saiz dapur rumahnya agak luas kerana dapurnya bersaiz empat segi sama berbanding dapur rumah saya yang agak memanjang.Agak selesa ruang dapurnya.Apabila berkumpul beramai-ramai,mulalah keluar idea tentang deko rumah.Terlintaslah pula di hati saya untuk memecah dinding tandas supaya dapur saya agak luas.Keesokannya,mulalah saya mereka kabinet baru.Buat masa sekarang,saya belum lagi mempunyai banyak himpunan pinggan mangkuk,tetapi kebinat dapur yang berukuran 12 kaki itu sudah tidak mampu menampung pertambahan koleksi pinggan mangkuk baharu.Apa-apapun mesti bersabar dahulu memandangkan Pertandingan Dapur impian belum berakhir.Borang penyertaan sudah dihantar Jumaat lalu.Manalah tahu tuah saya kali ini.Kalau tidak ada rezeki,wang simpanan yang semakin berkurangan tu sedia dikorbankan.

CHEMPAKA GA-ENGLISH LAVENDER

Selasa, 13 April 2010

Dapat Juga Merasa...



Akhirnya dapat juga anak saya si Ammar memotong kek Ben 10 biarpun hanya seorang diri.

Sabtu, 10 April 2010

Pecah Tradisi Setelah 12 Tahun...




Pagi tadi telah berlangsung Sukan Tahunan yang ke-13 dengan jayanya walaupun hujan lebat telah membasahi padang sekolah.Padang sekolah yang digenangi air tidak menjadi halangan untuk warga sekolah meneruskan acara yang telah dirancangkan.
Dengan sisa-sisa hujan yang masih menitis,saya ke khemah untuk memastikan keadaan sekitar padang sekolah.Pada mulanya saya agak berhati-hati berjalan di padang kerana ada lopak air di sesetengah tempat.Apabila acara bermula dengan perbarisan rumah sukan dan unit beruniform, saya mula kecut perut apabila mendapati beberapa orang atlet belum lagi ditemui.Murid2 berkeliaran.Sasaran saya hanya kepada murid yang memakai baju warna oren.Sambil mencari peserta,saya sempat mengambil tugas sebagai juru gambar dengan merakam beberapa gambar.Pengumuman yang dibuat di pentas kurang memuaskan menyebabkan saya terkejut kerana tiba-tiba peserta telah dilepaskan untuk acara 100m.Keadaan agak terkawal kerana guru-guru lain memainkan peranan memastikan peserta ada.Terima kasih kepada mereka.Kalau tidak,terkontang-kantinglah saya keseorangan mencari peserta.Seorang lagi peserta tidak dapat dikesan. Walau bagaimanapun peserta simpanan sudah ada menunggu.Tidak puas hati kerana gagal menemuinya,saya cuba menjejaki.Alhamdulillah,saya berjaya menariknya ke padang.Rupa-rupanya dia tidak mahu masuk acara kerana padang becak.Apa nak dihairankan dengan padang becak,memang sudah begitu.Peserta lain boleh berlari,mengapa pula dia memberi alasan.Sedangkan pada masa itu kasut saya sudahpun basah dan dah tak nampak rupa kasut cikgu.Apa dikisahkan,biarlah...Dengan keadaan padang yang becak,nasib baiklah tiada peserya yang jatuh tersungkur.
Setelah selesai acara balapan,acara Tarik Tali pula diteruskan.Peserta sesi petang berjaya mara ke peringkat akhir manakala peserta sesi pagi telah kalah pada peringkat awal lagi.Kini tinggal harapan untuk peserta menengah rendah sahaja.Dengan berkaki ayam,peserta sesi petang berjaya mengalahkan pihak lawan yang berkasut lengkap.Kegusaran kerana tiada kasut tidak menjadi penghalang untuk menang.Dengan berkaki ayam,peserta berjaya membuat penahan dengan tumit mereka.Tahniah kepada semua kerana Hang Nadim berjaya mendapat tempat pertama bagi Sukantara Pagi,Perbarisan,Tarik Tali dan Johan Keseluruhan dengan menumbangkan Rumah Hang Lekiu yang telah menyandang sebagai johan selama 12 tahun berturut-turut.Olahragawati juga disandang oleh peserta rumah Hang Nadim.Tahniah dan syabas serta terima kasih kerana kerjasama yang padu...Sebagai ketua rumah sukan,tugas saya sudah selesai ..TAHNIAH UNTUK DIRI SENDIRI,DUA KALI MENJADI KETUA RUMAH SUKAN(SEKOLAH YG BERBEZA),KEDUA-DUA RUMAH SAYA TELAH MENJADI JOHANNNN.ALHAMDULILLAH...

Isnin, 5 April 2010

Untuk Diri Sendiri

pinggan ayat al Quran yang dibeli masa meronda-ronda di Shah Alam.ayat seribu dinar dan ayat Kursi
sbg peringatan untuk tulis apa2 yg perlu dibeli...maklumlah selalu pelupa dan terover bajet bila membeli
dah jadi penggemar pinggan hiasan pulak.nak seimbangkan ayat2 al Quran dgn gambar dlm rmh

Minggu lepas merupakan minggu yang agak kepenatan kerana berlangsungnya acara padang. Hari ini, saya berkesempatan menjamu mata dengan window shooping. Sambil window shooping,sempat jugalah saya berbelanja untuk membeli beberapa barang. Semuanya untuk kepuasan diri.Minggu ini masih jua terasa kepenatannya sehingga fikiran jadi blur.Baru menghadap note book seketika, otak sudah hilang idea.Untuk berfikir di samping melakukan kerja-kerja lain pun saya tidak mampu.Tinggal 10% lagi projek yang sekian lama diusahakan akan tamat. Sabarlah hati supaya semuanya dapat selesai dengan segera.

Sabtu, 3 April 2010

Memang Susah Jadi Cikgu...


Sebab-sebabnya:
%perlu tahu semua perkara.Kalaulah tiba-tiba murid sawan dalam kelas,apa yang perlu dilakukan?
%perlu bijak menangani tingkah laku murid.Melayan kerenah merekalah yang paling membebankan
%perlu pandai menarik perhatian murid supaya mereka boleh beri mata dan telinga untuk mendengar yang kita cakapkan
%perlu bijak menangani emosi diri jika berhadapan dengan murid yang masalah
%perlu ambil tahu latar belakang dan perkembangan murid.

Banyak lagi perkara yang perlu diambil berat oleh seseorang cikgu.Disebabkan masa kerja cikgu tidak tetap,hujung minggu biasanya digunakan untuk menanda buku.Apa jua yang dilakukan,ikhlas atas tanggungjawab yang dipikul di samping melaksanakannya dengan cara yang santai agar tiada tekanan di hati menyebabkan bebanan yang tergalas di bahu tidak terasa.

Kanak-kanak Riang













Pagi tadi Adib mula demam, patutlah dah merengek-rengek sejak jam 4.30 pagi lagi.Nasib baik hari ni hari sabtu.Suami tak kerja tapi saya tetap bekerja. Tak pula suami bersuara apabila saya kena bekerja pada hari sabtu.Petangnya barulah Adib dibawa ke klinik. Badannya agak panas sehingga suhu badannya mencecah 38.Dalam keadaan yang tidak sihat, dia masih aktif seperti biasa.Berlari dan melompat di dalam rumah masih menjadi rutinnya, cuma dia mudah merengek apabila tidak dapat melihat cerita yang digemarinya.Itulah bila dah kanak-kanak riang, memang tak tahu nak diam.