Isnin, 29 Jun 2015

Rak Hiasan Dinding

Minggu lepas,rak ni dah sampai.Besar juga tapi ringan.Memang mudah dibawa.Memang tak sabar nak gantungkannya.Sampai di rumah memang terus dioperasikan.Tak sesuai pula salah satu skru yang ada di dinding.Kena gerudi pula satu lubang tapi tak ada masa yang sesuai.Terpaksa sorokkan rak ni di bawah katil dulu sebelum mempunyai masa yang sesuai.Petang semalam baru berkesempatan.Berkesempatan kerana suami take ada di rumah dan jiran sebelah pun tak ada.Memang masa itulah yang ditunggu-tunggu.Leceh nak minta suami buatkan kerana ada-ada saja suaranya.Dalam pukul 6 petang,sekejap saja gerudi satu lubang sebelah kiri tu.
barang-barang hiasan yang sedia ada saja digunakan di rak ni

bila gantung bingkai gambar tu,kelas sekali skru sebelum ini tidak sama tinggi.sebelum ni tak nampak dan perasan pula..


tiba-tiba datang idea.guna semula bingkai lama ni.sesuai pula dan selesai masalah skru tak sama tinggi apabila tali bingkai sebelah kiri tu dipanjangkan.

Ahad, 28 Jun 2015

Laman Seni 7

Alhamdulillah,berpeluang juga sampai ke sini semalam.Ammar yang teruja sangat nak pergi.Tersalah  pula cari tempatnya,makanya memang buang masa untuk sampai ke sana.Sebenarnya,dekat saja dengan Jakel.





























Labu Sayong Dan Pasu

Dah agak lama gambar ni bersarang dalam draf...
Hanya sempat transit saja di sini kerana bimbang akan dipunggah oleh Akmal yang sangat lincah sekarang.Selagi tidak tidur,ada-ada saja kerja yang nak dibuatnya.Bimbang terlepas ke tangannya,menangis tak berlagulah nanti.Habuk pun belum sempat nak lap di atas ni.Memang perlukan masa untuk buat ni tapi dalam kepala sekarang banyak perkara yang belum buat lagi menjelang raya.Utamakan yang nampak di mata dulu...


bila lihat gambar pasu hijau ni,cantiknya pula.rugi tak beli.macam mana nak beli,bonet kereta dah penuh..

agak sesak barang hiasan di sini.tunggulah bila dah lapang nanti,akan susun semula.mana-mana yang tak perlu berada di situ akan diturunkan

labu sayong tu agak tersembunyi,kena fikir cara supaya tinggi sikit kedudukannya tu

Ahad, 21 Jun 2015

Pasu Kuala Kangsar

Misi mencari pasu di Kuala Kangsar.Puas hati menjamu mata.Suami isteri borong pasu,makanya penuh bonet kereta dengan pasu.Bila dah sampai satau lagi tempat,cantiknya pasu hijau  ni tapi bonet kereta dah penuh,cuci mata sajalah.
Masuk saja ke kampung ni,banyak pilihan labu sayong dan pasu..