Sabtu, 31 Mac 2012

Perbelanjaan Terkini...

Sampai di bilik guru pagi semalam,ada data emis di atas meja.Bahagian-bahagian lain tak bacapun tapi mata tertumpu ke bahagian gaji.Ada penambahan elaun tapi jumlah yang tercatat belum lagi terkini.Wang elaun tersebut bolehlah digunakan untuk membayar ansuran bulanan kereta.Gaji makin naik,perbelanjaan makin tinggi.Bayaran untuk taska,tadika dan pengangkutan anak-anak sudah mencecah hampir RM 800 bagi tiga orang anak.Belum lagi dikira susu dan pampes si kecil.Apa-apapun rasanya belum sampai tahap sengkek lagi kerana kenaikan gaji tu membawa perubahan yang besar.

Jumaat, 30 Mac 2012

Kali Pertama Memandu ke Tempat Kerja

Sebenarnya amat takut menunggu tarikh 30.3.Sebabnya,hari pertama pergi kerja dengan memandu kereta sendiri.Hari-hari asyik berdoa semoga ada keberanian dan keyakinan untuk membelah jalan sepanjang 14 km tu.Dalam pada itu,mesti ada strategi juga nak melalui jalan yang agak sibuk iaitu keluar awal pagi supaya kereta i10 tu boleh dipandu dengan aman dan selamat.Hari Khamis sudah ada sedikit keyakinan setelah sempat meronda-ronda sekitar dalam taman.Macam manalah tak kecut perut,selama ini saya hanya memandu untuk ke pasar raya saja.Tempat-tempat lain memang tak pernah sampai.Sebabnya?Kereta gen 2 yang ada memang tak sesuai dengan jiwa.Dahlah terasa kereta tu penuh satu jalan,cermin sisi pula seakan kurang membantu untuk melihat kereta di belakang.Ditambah pula dengan diri yang penakut,sampai sudah kereta gen 2 tu tak berani dipandu jauh.

Bila dah ada kereta yang kecil,tiba-tiba keberanian untuk memandu muncul.Tiba pagi Jumaat,seawal jam 5 lebih guruh sudah kedengaran.Alamak!Macam mana ni.Tiba-tiba pula keberanian yang ada sedikit dalam diri tu diuji.Makin lama, makin kuat guruh tu.Hujan akan turun tak lama lagi.Minta-minta hujan janganlah turun sekarang.Belumpun sempat solat subuh,gerimis sudah turun.Tak boleh jadi ni,saya mesti bertolak awal sebelum hujan makin lebat,jika tidak memang tak berani nak memandu sendiri dalam keadaan hujan.Maka, dengan diri yang sudah berwuduk,jam 5.55 pagi saya sudah meninggalkan rumah.Seawal itu,jalan raya sudah meriah dengan orang.Saya tidak keseorangan membelah pagi,cumanya kereta tidak banyak dan saya boleh memandu dengan aman kerana kereta di belakang tidak perlu mengekori saya sepanjang jalan.Mereka bebas memotong kereta saya yang terkedek-kedek di jalan raya.Apa tidaknya,paling lajupun hanya 50 km saja saya memandu tapi kereta di belakang faham situasi saya.

Alhamdulillah,jam 6.25 pagi saya sudah sampai di sekolah.Leganya.Dengan tak ada pelekat lambang sekolah di kereta,bimbang juga kalau-kalau pengawal keselamatan tidak benarkan saya masuk ke pekarangan sekolah.Nasib baiklah masa sampai,pintu pagar sudah ternganga luas. Saya merupakan orang kedua yang sampai di sekolah.Pejabat belum dibuka lagi kerana PK belum sampai lagi,terpaksa tunggu dalam kereta dulu.Tak lama kemudian,hujan turun dengan lebatnya.Ya Allah,nasib baiklah saya sempat sampai,jika tidak memang tersadai di jalan rayalah pagi ni.

Jam 12.30 tengah hari,masa untuk balik pula.MAsa ini memang jalan sesak.Kena tunggu sehingga jalan ok baru boleh balik.Buatlah kerja sikit,tapi memnag tak boleh bertahan lama,perut dah mula berbunyi.Nak sambung kerja,memang dah tak ada mood nak buat.Nak balik juga.Jam 1.30,saya mula bertolak,harap-harap jalan tak sibuk masa ni.Dengan kedudukan yang berbukit,susah juga nak keluar dari kawasan sekolah jika memandu kereta manual.Tak pasal-pasal akan malu dengan budak-budak sekolah yang berkeliaran di luar sekolah.Nasib baiklah kereta auto.Kali ini saya kena melalui jalan lain pula untuk balik kerana jalan yang saya lalui tadi memang sangat sibuk dan kenderaan yang melalui jalan tersebut seakan nak berlumba saja sesama sendiri.

Mencabar juga jalan balik ni.Jalannya yang berbukit menyebabkan saya terpaksa menekan banyak minyak.Jika dengan kadar biasa,seakan tak bergerak kereta dibuatnya.Apabila sampai di satu jalan yang ada masjid,memang nampak jalan agak sempit sedikit kerana kereta diletak di kanan dan kiri bahu jalan namun masih ada ruang yang selesa untuk melalui jalan tersebut.Jalan balik ini saya akan menempuh tiga lampu isyarat saja berbanding enam lampu isyarat untuk jalan pergi.Menurut rakan yang dah biasa,jalan balik(Jalan Kuang) dari sekolah ni tak sesuai digunakan untuk pergi ke sekolah bagi orang yang baru belajar memandu kereta sendiri kerana bimbang kita tidak menyedari kehadiran pakcik-pakcik yang menunggang motor untuk balik dari masjid dengan keadaan jalan yang gelap.Alhamdulillah,dengan hati-hati saya berjaya sampai di rumah.Hari Isnin, misi akan bersambung lagi.Moga-moga makin cekap pada hari tersebut dan hari-hari seterusnya supaya saya boleh singgah banyak tempat sebelum sampai ke rumah.

Selasa, 27 Mac 2012

i10 Putih Jadi Milik


Hari Jumaat lepas,kereta idaman ni sudah sampai ke rumah.Memang minta tauke kereta tu hantar kereta ni ke rumah.Kereta dah ada,keberanian masih dicari-cari untuk menggunakannya ke sekolah.Disebabkan kereta savvy banyak masalah,maka cinta terpaksa beralih arah.Dalam pada itu saya akan melilau memerhatikan kereta kecil yang ada di depan mata.Pertama kali saya memandang kereta ini,cantik juga.Suami pun suka,maka tiada masalah untuk membelinya.Entah apa sebabnya,Viva dan Myvi bukan pilihan suami.Saya pun bosan asyik melihat kereta-kereta tersebut di jalan raya.Tanpa memandu uji terlebih dahulu,tak rugi memiliki i10 ni kerana saya selesa memandunya.Tempat duduknya yang tinggi memberi keistimewaan kepada kereta ini.Tanpa duit 'book' dan bayaran muka,tak sangka juga kereta ini boleh dimiliki.Bayaran RM310 untuk nombor 4177 pun hanya perlu dibayar RM 110 saja kerana semuanya telah ditolak dengan pinjaman bank.Saya hanya mengeluarkan RM110 saja untuk memiliki kereta ini.Kepada sesiapa yang hendak membeli kereta baharu,mudah saja prosedurnya:
1.Hantar salinan slip gaji tiga bulan,ic, dan lesen kepada wakil jualan kereta
2.Tunggu panggilan telefon daripada pihak bank.Sekurang-kurangnya dua minggu
3.Tandatangan surat bank dan nombor kereta sudah boleh didaftarkan.Saya ambil masa satu minggu untuk tunggu kereta selepas didaftarkan dan dua minggu menunggu nombor kereta yang diingini.Keseluruhannya satu bulan lebih juga

Bunga Hiasan

Bunga hiasan yang ada di rumah sama ada dalam bentuk bingkai,bunga gubahan,bunga seramik,dan bunga di pinggan hiasan.Bunga yang digantung pun boleh berkurangan kudupnya.Jika diletak di atas meja,rasanya hari-hari kena menggubah.Tak kisahlah dalam bentuk apa-apa sekalipun,yang penting hiasan-hiasan itulah yang boleh mencuci mata kala berada di dalam rumah.









kipas dipasang sendiri oleh suami.dia jugalah yang menebuk dinding untuk wayarnya.semua kipas dan lampu yang ada dibuat sendiri oleh suami.


Sudah Tujuh Tahun

Gambar-gambar sebegini memang kebiasaan setiap kali menyambut hari lahir anak-anak.Apa-apapun ia sebagai kenangan.Hari ni genaplah tujuh tahun Ammar dilahirkan.Walaupun kelahirannya pada tahun kedua usia perkahwinan,namun ia memberi sinar penyeri dalam keluarga.Disebabkan itulah,anak sulung memang istimewa berbanding dengan anak-anak yang lain.Bila sudah besar,ia sama seperti anak-anak yang lain.Membesarkan anak yang lincah dan lasak seperti Ammar memang banyak dugaannya.NAmun,dalam kenakalannya,dia sudah boleh diminta dodoikan adik bongsunya.Moga dia menjadi anak yang soleh..

Kek sebagai penawar hati walaupun tiada sambutan besar-besaran dibuat...



Jumaat, 23 Mac 2012

Kenali Cendawan

Semalam suami beli cendawan lagi tapi berbeza daripada kebiasannya kerana cendawan kali ini kebanyakannya kecil-kecil saja bentuknya.



Dengan maklumat ni,barulah tahu.Cendawan yang biasa dibeli ialah cendawan shitake dan kali ini cendawan tiram putih.

Hari Kraf

Jom meriahkan Hari Kraf yang sudah bermula pada 21.3 yang lalu dan akan berakhir pada 2.4 ni.Saya tak pernah pergi pun tapi harap tahun ni dapat pergi untuk menjamu mata dan membeli-belah.


Menghitung Hari

Seminggu lagi saya akan mula bekerja.Maka,bermulalah fasa baru dalam kehidupan.Bangun awal pagi untuk bersiap-siap dan sebelum itu mesti menyiapkan baju-baju Ammar,Adib dan ayahnya,serta menghantar Akmal ke taska.Beratnya hati nak melepaskan Akmal ke taska tapi itu sajalah pilihan yang ada.Abang-abangnya sebelum ini pun memang diletakkan di taska tapi taska tersebut terletak di sekolah.Waktu tidak ada kelas,bolehlah intai-intai,main-main dan tidurkan dia dia di taska tapi kali ini memang serah bulat-bulat kepada pengasuh taska.Apa-apapun tawakkal saja.Gambar-gambar di bawah ini membuatkan hati kian kecut melihat anak-anak kecil dilayan di taska.Moga gambar ni jadi peringatan kepada ibu bapa,pengasuh dan pengusaha taska.


Selasa, 20 Mac 2012

Cabaran Wanita Bertudung ...

Kongsikan:
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Contohnya:
1. Membuka bahagian tangan
2. Membuka bahagian leher dan dada
3. Berpakaian tetapi telanjang (ketat, sendat, padat)
4. Agak terbuka sedikit
5. Tudung semakin kecil
6. Terdedah dengan melepaskan rambut sehingga kelihatan walau memakai tudung

Ingatan Kepada Ibu Bapa


Nasib baiklah saya tak ada anak perempuan.Membesarkan anak lelaki banyak juga dugaannya.Membesarkan anak-anak memang ada cabarannya tidak kiralah anak lelaki atau perempuan..

Lagi Kes Budak Hilang...


Selasa, 13 Mac 2012

Cuti Buat Apa..

Cuti ni saya tak buat apa-apa.Nampaknya kena mula menanda kertas ujian sebelum cuti persekolahan tamat.Cuti bersalin pun tetap ada kerja.Bukan senang jadi cikgu.Teks Komsas yang baharu belum lagi dibaca.Usahkan nak baca,bukupun belum beli.Entahkan sempat atau tidak selesaikan semua itu sebelum penghujung bulan ni.

Sabtu, 10 Mac 2012

Hiasan Dinding Guna Kain

Bagus juga idea ni.Cantik.Jika nak cuba,ringkas saja cara membuatnya.Keterangan lanjut http://miera301.blogspot.com/


ini hanya beli relung untuk buat sulam...

Gaji Baharu

DG41.Saya dulu gaji permulaan hanya 1444 sahaja tapi dah suka sangat.Tahun demi tahun,gaji makin meningkat selari dengan perubahan masa.



Gaji sudah naik,moga-moga lebih bersemangat untuk bekerja.Kredit kepada http://matkedah.com.
Gaji

Khamis, 8 Mac 2012

Akhirnya


Saya tidak pasti sama ada pengumuman ini akan memberi apa-apa kesan kepada saya.Yang pastinya,kenaikan pangkat sudah pasti dan kereta Hyundai i10 sudah dibeli sebagai penghargaan kepada diri sendiri atas kenaikan pangkat itu.

Jangan Stress

Saya salin catatan ni dalam fb sekolah saya untuk dikongsikan supaya orang yang tidak bergelar guru tahu akan bebanan kerja guru sekarang.

...wahai rakan guru , TOLONG jgn stress ,
adik iparku seorg ustaz di sek men di Johor
menghadapi tekanan kerja yg melampau,
didapati pendarahan dalam otaknya,
telah dibedah di HSA JB pd hr jumaat 2/3 yg lalu ,
pembedahan di otak kirinya yang bakal memberi kesan
pada kehidupan mendatangnya ,hari ini baru buka mata,
belum mampu brkata2,
TOLONGlah jika di sini ada
GB,Pengetua,GPK,GPKHEM,GPKKOKO atau siapa saja
yang mmberi tugasan
TOLONGlah beri dengan seimbang oleh akal yg waras,
jgn diberi tekanan,
TOLONGlah guru ini insan biasa
tetapi selalu membuat kerja sehingga luar biasa,
bila terjadi begini ,
bukan sekolah yang berada di sisi ,
hanya isteri dan keluarga sahaja di sisi,
pihak sekolah hanya memandang sepi,
TOLONGlah anda punya keluarga yang dikasihi,
jagalah diri......
di wad ICU ini bukan dia seorang sahaja ,
menurut jururawat,
ada lagi 5 org guru
yang senasib adik iparku ini
masih lagi dalam keadaan KOMA,
TOLONGlah ..

simpati dengan guru sekarang...mesti bijak untuk menangani stress...love this job!

Cubit Paha kiri,Paha Kanan Terasa...Ketuk Dinding Sana,Dinding Sini Berlubang.

Selesanya bila satu hari jiran sebelah tidak membuat kerja mengetuk dinding.Semalam,tiba-tiba kerja tu disambung semula.Tergesa-gesa saya mencari kapas untuk menutup telinga Akmal.KAli ni tidurnya agak terganggu setiap kali bunyi dinding diketuk.KAli ini bunyinya agak kuat hingga terasa seakan nak roboh rumah dibuatnya.Tak semena-mena dinding rumah saya pula yang berlubang.Berterabur serpihan konkrik di lantai.Nasib baiklah Akmal tidur di dalam bilik.KAlau dah begini kerjanya,kepada siapa nak marah?NAsib baiklah suami ada di rumah,dialah yang pergi beritahu orang sebelah.Dia jugalah yang sapu serpihan tu.Kerja-kerja mengetuk dinding tu sebenarnya kerana nak menutup ruang ini.Lantai nak dibuat pada bahagian ruang terbuka yang memantulkan cahaya matahari



Susah juga nak menyelami karektor jiran baharu di sebelah kanan ni.Perlukah kita faham karektor jiran?Setakat luaran rasanya perlu juga kerana kita tak mahu hidup dalam dunia sendiri.Sekurang-kurang apa jua aktiviti kita tidak akan mengganggu jiran sebelah.Melihat renovasi yang dibuat oleh jiran sebelah,kami suami isteri agak tidak faham kerana pagar yang dibuatnya menutup pandangan kiri dan kanan,pintu besar juga ditutup.Pintu bilik di aras bawah juga ditutup.Mungkinkah mereka hanya ingin berada di dunia mereka sendiri tanpa bercampur dengan orang lain?Apa-apapun,kita tengoklah nanti.


Ruang Sejengkal..

Dah lama tak mendeko sejak sarat dan sekarang nak habis cuti bersalin pun.Hari ni tiba-tiba terpandang ruang yang bersebelahan peti sejuk yang kosong saja.Ruangnya hanya sejengkal saja lebarnya.Jika ada apa-apa yang digantung,rasanya taklah bosan.Tapi,hiasan apa yang nak digantung dengan ruang sebesar itu?Sementara masih bercuti ni,sempatlah nak fikir-fikirkan.Hiasan-hiasan yang agak berkenan di hati,

cantiknya.memang tergoda...diambil daripada Inspirasi Alam

doa, bukan sekadar hiasan semata-mata

maksud surah al-Fatihah,bagus juga.diambil daripada fb Hajar Yusop...Home Decoration For Sale...

disalin daripada Eiyma Craf...

Ketiga-tiga hiasan ni dah ke ala-ala Inggerislah pula tetapi cantik terutamanya bunga tu.Antara deko lain ialah jam,bingkai gambar,kalendar,pinggan hiasan,senduk.Antara cara nak hilangkan stres juga ni,hias rumah.

Rabu, 7 Mac 2012

Bertudung atau Berfesyen

Alhamdulillah,makin ramai artis bertudung tetapi kecewanya,ada bonggol di kepala dengan fesyen baju sukar nak dikata.Mudah-mudahan mereka akan bertudung sesuai dan selayaknya cara bertudung yang disyariatkan.




Sudut Tangga

Rumah kita,jiwa kita.Jika kita tidak mempunyai tema dalam menghias rumah, sebenarnya tak ada masalah kerana kita yang menghuni rumah tersebut.Semestinya kita suka dengan cara dekorasi kita.Kadangkala,membuat kelainan dalam menghias rumah akan menarik perhatian orang yang bertandang.Kita buat apa yang kita nak,pedulikan kata-kata orang.Sudut tangga inilah antara sudut yang tak banyak berubah.

surat pembaca yang disiarkan sengaja ditampal di depan tangga supaya tidak hilang.

kulit majalah yang dilaminat dan dibingkaikan.jika bingkainya buat sendiri,memang jimat kerana upah membuat bingkai gambar agak mahal sekarang....digantung di sisi tangga.dinding pun ditebuk sendiri



Menaikkan Seri Sofa Ruang Tamu

Terdapat beberapa cara untuk ceriakan kembali ruang tamu anda:-

1) Gandingkan sofa dengan hamparan permaidani
Carilah permaidani yang senada dengan warna sofa ataupun jika mahukan kelainan, carilah permaidani yang mempunyai corak yang menarik!!

2) Hamparkan Throw Sebagai Penambah Hiasan
Percaya atau tidak, kain "throw" mampu menaikkan seri sofa anda!! Letakkan Throw secara bersahaja di atas sofa anda

3) Ayuh!! Pasangkan Lampu Itu
Carilah lampu meja yang menarik & sedondon untuk diletakkan bersebelahan dengan sofa anda!!

4) Side Table Yang Menarik
Kadang-kadang meja sisi juga berfungsi untuk menambahkan seri pada sofa. Pilihlah meja yang sesuai dengan warna sofa & tema ruang tamu anda

5) Hiasi Dengan Kusyen-Kusyen Kecil
Sofa tentunya menarik jika digandingkan bersama dengan kehadiran bantal-bantal kecil. Pilihlah yang bermacam-macam warna & letakkan di setiap bucu sofa anda

6) Sedondon Dengan Langsir
Tentunya menarik jika kita dapat menempah langsir sedondon dengan sofa atau kusyen kecil

7) Pelbagaikan Jenis Sofa
Gandingkan sofa 3 tempat duduk dengan sofa jenis arm chair. Barulah tak jemu mata memandang!!

dipetik daripada zailamohamad dalam Hias Kediaman Anda

Mari lihat apa yang sudah saya buat di ruang tamu rumah saya:
1.Permaidani digantikan dengan tikar Sarawak
2.Tak minat.Macam buat-buat saja
3.Ada.Cuma satu saja di tengah penjuru dinding
4.Tak ada.Nak kena beli ke?
5.Dah buat walaupun kusyen2 tu selalu jadi mainan Adib
6.Tak
7.Dah

Banyak yang sudah dibuat tetapi tak juga menarik.Mungkin warna dinding puncanya..


Dapur Gas / Elektrik

Akhirnya dapur yang telah lama dimiliki telah digunakan.Semasa buat ubahsuai dapur dulu,tauke ada bertanyakan kepada saya,tak nak ke beli dapur baru dalam RM 500 harganya.Bukan tak mampu tetapi dapur dah ada,tak perlulah membazir.Kotak dapur ni memang besar hingga tiada tempat nak letak.Tempat yang sesuai ialah bawah katil.Lama tersimpan di situ,berhabuklah pula bawah katil.Bila dah buat operasi mengemas bawah katil,jalan selamat supaya tempat tu tak berhabuk lagi,jangan simpan barang bawah katil.

Dapur ni saya tak belipun tapi hadiah daripada Anjung Seri.Dapur seperti ini senang sikit nak digunakan kerana ada tungku berbanding dapur induksi dalam ruang dapur kering yang mempunyai permukaan yang rata sebegitu.Wayar yang ternampak sedikit itu hanyalah penghubung untuk mendapat gas tanpa menggunakan pencucuh dan bukannya dapur elektrik seperti yang saya sangkakan sebelum ini.

dapur jenama Fotile dalam RM 1+++.baru lepas masak.ikan bakar dalam kuali aluminium tu diperap dengan sos tiram dan serbuk sesedap rasa saja dengan secubit garam.rasanya manis2,sedapp...


kurang selesa menggunakan dapur induksi sebegini kerana sukar nak mencari periuk yang sesuai.ada satu lagi dapur induksi yang 'single' hadiah daripada Anjung Seri juga.Hingga sekarang masih membeli AS biarpun beberapa ruangan dalam majalah tu dah tak sehebat dulu..

Selasa, 6 Mac 2012

Blog ... Diriku

Blog ini tentang diri saya.Semua perkara yang saya suka ada di sini.Memang banyak kegemaran saya,cuma masa tidak mengizinkan untuk komited dengan minat tersebut.Jika sesiapa yang baru singgah ke blog ini,pasti tertanya-tanya,kenapa ada blog beberapa orang penulis tanah air yang cukup dikenali masyarakat.Rapat sangatkah saya dengan mereka?Sekadar ingin mengetahui perkembangan mereka dan mengutip semangat untuk menulis.Kononnya nak jadi penulis tapi disiplin untuk menulis tak ada,hanya layak jadi penulis blog sajalah.Blog agama untuk panduan hidup.Blog hiasan dalam ala Inggeris sekadar untuk mencuci mata.Blog jahitan manik,kononnya jika rajin nak jahit manik,contoh dah ada dan tak perlu susa-susah google lagi untuk mencari maklumat.Blog bahasa untuk menambah pengetahuan dalam bidang bahasa

Akmal si Ebak-ebak

Ebak-ebak,panggilan daripada ayahnya kerana pipinya yang tembam.Dagu dua lapisnya kian jelas kerana dia makin besar sekarang.Dua bulan,beratnya 5.4 kg.Patutlah berat semacam saja bila mendukungnya.Biarpun dia ialah anak yang paling awal dilahirkan(37 minggu 5 hari)namun dialah anak yang paling berat dan cepat belajar.Baru dua bulan,dia pandai mengangkat dada dan kepala.Badannya juga sudah keras.Dia memang lain daripada abang-abangnya kerana suka tidur meniarap.Moga cepat dapat berjalan dan cepat juga bercakap.

Cross Stitch

Zaman sekolah dulu iaitu semasa menunggu STPM,sempatlah saya membelek-belek buku cross stitch(silang pangkah) yang ditulis dalam bahasa Jepun di perpustakaan awam.Disebabkan saya memang tidak faham tulisannya,maka saya hanya melihat gambarnya saja.Melalui gambarnyalah saya menghasilkan cross stitch.Disebabkan perasaan tidak sabar juga,saya hanya memilih corak yang mudah untuk membuatnya.Sebenarnya,banyak buku tentang kraf dalam bahasa asing yang ada.Mungkin masa itu tiada penulis tempatan yang ingin menulis tentangnya.Kini,sudah banyak buku tentang kraf yang ditulis dalam bahasa Melayu tetapi masa pula tidak mengizinkan kerana semua perkara nak dibuat.Sekiranya ada minat nak menulis, banyak perkara yang boleh ditulis tetapi kesungguhan pula tiada.



Jumaat, 2 Mac 2012

Penggemar Set Minuman Kecil

Saya sudah jadi penggemar set minuman kecil pula.Hingga kini gelas ni hanya disimpan di kabinet dapur saja.Jika dah banyak,mesti beli rak gantung pula untuk pamerkannya.

Comelnya Bekas Minyak

Gara-gara menonton rancangan 5 rencah 5 rasa di tv 3 jam 11.30 setiap Isnin,saya tertarik dengan penggunaan bekas kecil untuk mengisi minyak masak.Rasa tidak berbaloi mengangkat bekas minyak yang besar tetapi hanya sedikit minyak yang digunakan.Bila jalan-jalan ke Central Mart,terpandang bekas ni,cantik juga.Tanpa berfikir panjang,saya rembat dua.Satu untuk disimpan,dan satu lagi untuk digunakan.Bekas sekecil ni memang sesuai untuk mengisi minyak yang sering digunakan bagi tujuan menumis.Taklah terasa beban nak mengangkat bekas minyak seperti ni.

Dapur Basah

Sekadar untuk menambah koleksi catatan tentang rumah saya,kali ini saya ingin bercerita tentang dapur basah tempat saya memasak setiap hari.Moga-moga catatan ini akan memberi panduan kepada mereka yang berhajat untuk mewujudkan ruang dapur basah yang menjimatkan wang.

Bahagian dapur basah di rumah saya memang tidak dibuat perancangan yang teliti pada awalnya.Kami juga tidak mengkaji kesesuaian bentuk dapur yang dikehendaki.Sebab itulah ia banyak cacat celanya.Sejak kami mendiami rumah ini,bahagian belakang dapur disambung tanpa mengganggu urusan kami di dapur asal.Pada mulanya dapur basah hanya berdinding setinggi 7 kaki dan beratap saja.Yang penting,beberapa masalah dapat diselesaikan dengan kos yang minima:
@tiada ruang untuk meletakkan mesin basuh,
@tiada ruang memasak yang agak luas
@tiada tempat untuk menyidai pakaian yang terselindung supaya tidak perlu mengangkat kain sekiranya hujan..
@tiada tempat untuk menyimpan perkakasan dapur yang agak banyak seperti kuali,periuk,basin

beginilah dapur basah yang kami kehendaki pada mulanya...ambil gambar drpd google..

                                                       dapur saya sebelum diubahsuai..

Bila dah siap,masalah-masalah tersebut memang selesai tetapi masalah lain pula yang muncul kerana tidak selesanya kerja-kerja memasak di situ kerana:
@akan kena tempias jika hujan turun.
@bila pagi,pancaran matahari akan masuk ke ruang tersebut menyebabkan dapur menjadi panas
@dapur sebegitu yang agak terbuka menyebabkan jiran di belakang boleh nampak kerja-kerja di dapur.Pernah juga semasa saya melakukan kerja-kerja di dapur,tiba-tiba saya terpandang ada lelaki sedang memerhatikan saya.Ya Allah!Takutnya.lagi mengerikan, dengan kepala yang tidak bertudung,saya malu sendiri.
@dengan bumbung yang agak tinggi,kerja-kerja di dapur tersebut pada waktu malam agak mengerikan dan menakutkan.ini memang kes penakut lantaran banyak sangat cerita hantu di tv
@untuk menjemur baju di ampaian belakang juga tidak selesa pada waktu malam.
@sering mengunci pintu dapur apabila tidak berada di dapur kerana bimbang kes kecurian.
@tidak berani nak meletakkan makanan yang dimasak di dapur tersebut
@pernah dimasuki kucing dan berak di situ

Itu belum lagi ditambah dengan table top yang agak tinggi dan singki yang terbalik.Setahun saya bekerja dalam keadaan sebegitu,saya sudah tidak tahan.Biarlah berhabis wang,asalkan keselesaan dan keselamatan saya terjamin semasa melakukan kerja-kerja di dapur basah tersebut.Dalam melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah,sepatutnya dibuat dengan teliti supaya tidak melakukannya dua kali.Kini,saya selesa dengan keadaan dapur basah saya walaupun tidaklah secantik mana.

tempat letak tudung periuk dibeli di Cosway(RM 29.90=tak silap)...table top mesti rendah daripada singki jika menggunakan dapur sedemikian...

terpaksa tambah batu-bata lagi dan pemasangan jeriji bagi menutup dapur.pemasangan jeriji supaya dapur tidak gelap dan memudahkan asap keluar apabila memasak