Rencah Kehidupanku...
Blog ini sekadar untuk merakam detik-detik dalam kehidupan seharian kerana rumah duniaku,keluarga kebahagiaanku,minat kepuasanku dan kerjaya inspirasiku.Jika ada mana-mana catatan dalam blog ini yang ingin dikongsikan atau disalin,silakanlah kerana saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan melainkan hanya ingin berkongsi ilmu yang datang daripada-Nya...
Ahad, 27 Mei 2012
Rumah Siapalah Ni..
Tersenyum sendiri bila saya menatap majalah Anjung Seri bulan Mei ini yang memaparkan dekorasi rumah jururawat dan guru.Gambar ini merupakan rumah seorang guru.Bukannya apa,bila tengok tersusun Tuperware dalam kabinet di dapur,teringatlah saya kabinet dapur di rumah kakak-kakak saya yang juga merupakan seorang guru.Kabinet dapur di rumah saya pun begitu kerana saya peminat barangan Tuperware juga.Bila tiba ada jualan murah,ramai guru yang membuat pesanan.Walaupun pada mulanya tak berminat,melihat gelagat rakan-rakan,akhirnya terpengaruh juga.
Label:
Dekorasi
Lebatnya Rambut
Ramai jiran menegur rambut Akmal jika dia dibawa keluar rumah."Lebatnya rambut." Memangpun,masa baru lahir dulu pun dah lebat,sekarang dah nak masuk 5 bulan umurnya.Maka,makinlah lebat sebab rambutnya tidak pernah digunting.31 haribulan ni,Akmal berkongsi tarikh lahir.Akmal 5 bulan,Adib 5 tahun...
Label:
Anak-anakku
1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
Label:
Agama
Rabu, 23 Mei 2012
Bukan Rezeki di Perabot Bahagia
Dah lama risalah ni dihantar ke rumah-rumah bagi promosi yang bermula pada bulan 4 lalu.Bila tengok saja risalah ni,memang terliur juga dengan tawaran yang diberikan terutamanya dengan katil dua tingkat tu.Sebelum sampai ke kedai perabot tu,cuba juga bertanya dengan jurujual di kedai perabot yang berdekatan.Bila dah begitu,timbul pula persoalan,tahankah katil ni untuk orang dewasa?Bolehkah anak-anak yang lasak tidur di katil tersebut?Berbelah bahagilah pula.Akhir sekali,tak jadi membelinya.
Pada masa yang sama,teringinlah pula mengurangkan kerja melipat pakaian dua beradik tu maklumlah kerja-kerja melipat baju merupakan kerja yang tidak pernah habis.Jika dah ada almari,senanglah nak menggantungkan baju-baju dua beradik tu.Maka,kedai Perabot Bahagia akan dijejaki memandangkan almari tersebut agak murah di sana.Tapi,bila dah bukan rezeki,nak buat macam mana.Namun,hari ini saya telah membeli dua buah almari yang sedemikian.Rasanya,harganya masih boleh tahan.Selepas ni,sesi mendeko bilik Ammar akan dilakukan.
Label:
Diri
Ahad, 20 Mei 2012
Singgah Santai Resort
Jika anda suka menghabiskan masa menikmati suasana kampung yang tenang,pergilah ke Singgah Santai Resort di Hulu Langat.Laman webnya,http://dusuntua.com/listing-singgah-santai-resort-129.html.Nak buat link,almaklumlah tak pandai pula.Sekejap jadi,sekejap tidak.
Hari Sabtu lalu,saya telah ke sana untuk menghadiri Hari Keluarga anjuran pihak sekolah.KAlau saja suka-suka,takkan pergi kerana sekarang musim yang sibuk bagi cuti hujung minggu.Bercuti sebegini bukan cara untuk saya hilangkan stress kerana saya ada cara yang tersendiri untuk hilangkan stress.Saya lebih suka berada di rumah jika hujung minggu sambil mengurus rumah berbanding keluar bersantai-santai dengan meninggalkan banyak kerja rumah yang tidak dapat dilakukan.
Disebabkan kena hantar surat tunjuk sebab jika tidak menghadirinya,nikmat menghadiri Hari Keluarga memang tidak ada.Badan saja yang ada di Hulu Langat tapi fikiran tetap ada di rumah.Akmal dan Adib bersama ayahnya di rumah.Tanpa suami,susah nak kawal Adib.
Hari Sabtu lalu,saya telah ke sana untuk menghadiri Hari Keluarga anjuran pihak sekolah.KAlau saja suka-suka,takkan pergi kerana sekarang musim yang sibuk bagi cuti hujung minggu.Bercuti sebegini bukan cara untuk saya hilangkan stress kerana saya ada cara yang tersendiri untuk hilangkan stress.Saya lebih suka berada di rumah jika hujung minggu sambil mengurus rumah berbanding keluar bersantai-santai dengan meninggalkan banyak kerja rumah yang tidak dapat dilakukan.
Disebabkan kena hantar surat tunjuk sebab jika tidak menghadirinya,nikmat menghadiri Hari Keluarga memang tidak ada.Badan saja yang ada di Hulu Langat tapi fikiran tetap ada di rumah.Akmal dan Adib bersama ayahnya di rumah.Tanpa suami,susah nak kawal Adib.
Label:
Jom Jalan
Rabu, 16 Mei 2012
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Tiba-tiba teringat motif kelarai ni.Anak-anak asyik menonton cd,saya dengan kerja saya mencari kelarai ni dalam internet.Dengan broadband ya...
-
Petua pindah ke pejabat/umah baru Info ni pernah saya baca dalam majalah Nur. Berguna juga masa masuk rumah baharu tahun lepas.Tak dapat nak...
-
Kadang-kadang kita berasa perut mengeras. Hal ini disebut sebagai Braxton Hicks Contraction. Kontraksinya akan terjadi sekitar 40-60 saat t...
-
Teks sastera tahun depan.Banyaklah pula kena baca dan faham.Setakat baca novel untuk kepuasan sendiri tidak ada masalah tapi novel2 ini ...
-
Cerita percutian ke Langkawi sudah pun basi.Jika hari pertama balik dari Langkawi, rakan-rakan tidak sudi berkongsi cerita dengan mereka yan...







