Khamis, 11 Disember 2014

Resepi Lockching(Sate Ikan)


Masa di Sabah dulu,saya dan rakan pernah menguli keropok lekor gara-gara dia mengidam.Nasib baiklah dia kerap balik ke Terengganu,dapatlah dia membeli tepung sagu.Untuk membuat sate ikan ni,saya dah edit sebaik-baiknya tepung sagu kerana tepung sagu melembutkan sate tersebut.Samalah juga apabila hendak membuat keropok lekor,tepung sagu memainkan peranan untuk melembutkan keropok.Jika keropok keras,itu tandanya banyak tepung kanji digunakan.Masalahnya,tepung sagu tu mudahkah diperoleh?

Bahan-bahan:
250g isi ikan selayang (mentah)– dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji-sebaik-baiknya tepung sagu
1/2 biji bawang besar - dikisar
1 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk perasa
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara2:
1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan soda bikarbonat
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. Penyet-penyet sikit lepas bulat.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
5. Cucukkan pada lidi dan bakar sekejap (api perlahan saja)
p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung ubi/kanji sehingga adunan tu tidak melekat di tangan.

Resepi sos:

Sos manis/sos pedas

Bahan-bahan:

-kisar lada kering secukup rasa
-4 ulas bawang putih – dikisar lumat
-1 ½ cawan air
-1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan -2 sudu besar air
-4 sudu makan gula
-½ sudu makan garam
-Sedikit serbuk perasa
-Sedikit pewarna merah

Cara memasak:

1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2. Masukkan air.
3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit saja untuk nampak warna pink. Kacau.
4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
6.Untuk sos pedas,tambahkan lada burung dalam masakan di atas

6 ulasan:

  1. sedap ni. baru berkira-kira nak buat ni. memandangkan lama dah tak lama Terengganu makan ni.

    BalasPadam
  2. boleh cuba buat ni..hujan2 ni makan sate ikan sedap betol kan..hihi..thanks kongsi resepi ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk dikongsikan ...nak cuba juga tapi tak pasti bila...dah ada sini,senang nak rujuk...

      Padam
  3. Serebuk perase tu ape.?ajinamoto ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blh guna pati bilis @ seumpamanya jika tak guna aji

      Padam